HIPOGLISEMIA

57 3 0
                                    

Y/N satu-satunya anak perempuan dalam keluarga Park. Semua orang dalam keluarga sayang sangat dengan Y/N terutama kembar tahunnya, Yoongi. Walaupun macam tu, Yoongi tetaplah Yoongi. Bukan senang nak tunjuk sayang dia tu. Yoongi ni jenis tsundere. Lagi sayang, lagi keraplah orang yang dia sayang tu kena marah. Lagi satu, semua orang dalam rumah panggil Y/N kakak. Tapi Yoongi tak. Dia panggil nama, oi, hei, macam-macamlah. Yoongi memang suka cari pasal dengan Y/N sampai Y/N rasa Yoongi tak sayang Y/N. Y/N selalu mengadu pada Seokjin dia serabut dengan perangai Yoongi sampai last-last dia abaikan aja apa yang Yoongi buat. Dah malas dah nak layan katanya.

Y/N merupakan satu anugerah bagi keluarganya. Dan anugerah yang satu ini juga didatangkan dengan pelbagai ujian. Y/N tidak mempunyai kesihatan yang sempurna seperti orang lain. Atas sebab itulah semua orang selalu menjaga Y/N sampai kadang-kadang Y/N naik rimas. Apalagi Yoongi. Dia sangat cerewet terhadap Y/N dan selalu menunjukkan kasih-sayangnya dengan cara yang berbeza.

~SKIP~

Hari ini Y/N sangat sibuk di sekolah. Maklumlah, hari terakhir persekolahan sebelum cuti semester. Ya, Y/N merupakan seorang guru. Lebih tepatnya Y/N merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah di ibu kota. Sampai di rumah, tak ada apa lagi dalam kepala Y/N selain tidur. Ya. Tidur. Sampai rumah, tegur semua orang, naik bilik, mandi, dan tidur. That's all yang ada dalam kepala Y/N. Makan malam? No! That does not included. Apa yang penting sekarang, tidur. Y/N memang. Part ni, Y/N sama macam Yoongi. Tidur paling penting daripada semua yang lain, waima makan. Y/N lupa mungkin, yang kalau dia tak makan, perkara buruk akan terjadi. Well, we'll see what's gonna happen tomorrow.

Awal pagi. Semua masih tidur. Seokjin sedang memasak di dapur. Jungkook turun paling awal ke dapur. Cuti sekolah dah bermula, bermakna cuti untuk Y/N walaupun abang dan adik-adiknya yang lain tetap perlu bekerja. Seokjn menyuruh Jungkook membangunkan adik-beradik mereka yang lain.

Seokjin: Kookie, tolong bangunkan semua ya. Kejap lagi kita nak sarapan dah ni.

Jungkook: Okay hyung. Kookie bangunkan diorang kejap ya.

Seokjin: Oh ya, Kakak biar dulu ya. Kesian, hyung nampak dia penat sangat semalam. Kejutkan                      dia lambat sikit. Lagipun, abang-abang Kookie yang mandi lama nanti, bila empat 
                  daripada abang Kooke dah mandi, baru bangunkan Kakak ya...

Jungkook: Okay hyung. 

Jungkook kembali ke ruang keluarga dan duduk bersama Seokjin yang sedang menunggu adik-adiknya yang lain datang. Setelah melihat Yoongi, Jimin, Hoseok, dan Namjoon siap mandi, Jungkook bangun untuk mengejutkan Y/N. Taehyung? Taehyung baru bangun dan sedang menuju bilik mandi. Memang Taehyung akan mandi terakhir dalam kalangan adik-beradik lelaki sebab Jimin selalu memanjakan adik kembarnya itu, bahkan lebih manja daripada si bungsu Jungkook.

Yoongi? Kenapa Yoongi bangun awal hari ni? Ya. Mestilah sebab nak menyakitkan hati Y/N. Yoongi tahu hari ni Y/N mula cuti sekolah. Jadi, banyaklah idea dalam kepala dia nak mengacau Y/N.

Jungkook dah berdiri depan bilik Y/N. Diketuk pintu bilik Y/N beberapa kali. Yelah, sorang je perempuan kan. Jungkook kenalah beradab sikit. Kalau bilik abang-abang yang lain, dah lama Jungkook main redah masuk je. Jungkookmemanggil Y/N beberapa kali dari luar bilik.

Jungkook: Kakak... Kakak... Dah bangun ke belum? Kakak... Oooo kak... Bangunlah... Semua
                       orang nak sarapan dah ni...

Y/N tidak menyahut.

Jungkook: Senyap je kakak ni. Masuk je ke macam mana ni? Hmm... Aku masuk je lah. Kakak                               penat sangat kot, jadinya tak dengar aku panggil ni.

Jungkook masuk dan melihat Y/N tidur mengiring membelakangkan pintu bilik. Jungkook segera masuk dan menyelinap ke dalam selimut Y/N. Jungkook memeluk Y/N dari belakang sambil berbisik untuk membangunkan Y/N.

Jungkook: Kakak... Bangunlah... Dah pagi ni...

Jungkook menyelitkan mukanya di ceruk leher Y/N. Jungkook berasa hairan bila mendengar deru nafas Y/N yang agak perlahan. Dan Jungkook baru sedar yang badan Y/N menggigil dan berpeluh sejuk. Cepat-cepat Jungkook bangun dan melihat wajah Y/N.

Jungkook: Kak! Kakak! Kakak okay tak ni?

Jungkook menepuk perlahan pipi Y/N tapi Y/N tidak memberikan respon. Apa yang dapat Jungkook lihat adalah kerutan di dahi Y/N yang kelihatan menahan sakit dan bibir Y/N yang sedikit pucat. 

Jungkook berlari keluar dari bilik Y/N dan memanggil Seokjin.

Jungkook: Hyung! Jin Hyung!

Seokjin: Ada apa Kookie? Kenapa jerit-jerit awal pagi ni?

Jungkook: Hyung! Kakak... Kakak tak bangun bila Kookie kejutkan dia. Badan dia menggigil 
                       hyung. Bibir dia pucat. Hyung tolong!

Seokjin tidak menjawab tapi segera berlari ke bilik Y/N. Seokjin cuba membangunkan Y/N tapi tak mendapat sebarang respon. Seokjin panik tapi cuba untuk tidak terlalu menunjukkannya kepada Jungkook.

Seokjin: Kookie, Kookie tolong panggilkan Yoon Hyung. Cepat!

Jungkook mengangguk dan berlari ke bilik Yoongi. Mujurlah bilik Yoongi di sebelah bilik Y/N sahaja. Jadi, tak perlu ambil masa yang lama Jungkook dah sampai ke bilik Yoongi.

Jungkook masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dilihatnya Yoongi sedang duduk di atas katil sambil menggunakan fon kepala. Jungkook terus memegang tangan Yoongi dan menariknya paksa ke arah bilik Y/N.

Yoongi: Kookie! Kenapa tarik-tarik hyung ni? Kenapa tarik hyung ke bilik Y/N?

Jungkook terlalu cemas sehingga tidak dapat menjawab pertanyaan Yoongi.

Yoongi: Kookie! Ada apa ni?!

Yoongi bertanya dengan sedikit membentak. Akhirnya mereka masuk ke bilik Y/N.

Seokjin: Yoon, tengok kakak!

Yoongi melihat ke arah Y/N yang masih memejamkan mata dalam keadaan mengiring. Yoongi segera menghampiri Y/N.

Yoongi: Kak! Kakak! Buka mata kak! Jangan buat Yoon takut!

Y/N membuka mata dan memandang Yoongi sekilas namun tatapan matanya tidak fokus. Yoongi tahu ada yang tidak kena dengan bacaan gula dalam darah kembar tahunnya itu.

Yoongi: Hyung, mana glukometer kakak?

Seokjin segera mencari di meja sebelah katil Y/N, tempat biasanya peralatan perubatan Y/N diletakkan.

Seokjin: Yoon, hyung tak jumpa. Biasanya kakak letak semua barang dia kat sini.

Yoongi: Takpe hyung. Kookie..

Yoongi memanggil Jungkook bertujuan untuk meminta Jungkook mengambil kit perubatan yang ada dalam bilik Yoongi. Ya, Yoongi merupakan seorang doktor. Tapi dilihatnya tubuh adik bungsu mereka itu bergetar dan Jungkook sedang menangis dalam diam. Seokjin dan Yoongi lupa yang Jungkook masih di situ melihat kekacauan yang berlaku.

Seokjin segera memeluk Jungkook bagi menenangkannya dan Yoongi pergi ke biliknya untuk mengambil peralatan yang diperlukan. Dalam masa yang sama, Yoongi memanggil Namjoon untuk membawa Jungkook keluar dari bilik Y/N.







TBC


KAKAKWhere stories live. Discover now