HIPOGLISEMIA (2)

41 2 0
                                    

Setelah mendapatkan peralatan yang diperlukan, Yoongi segera memeriksa bacaan gula Y/N. Sebelumnya Yoongi mengubah keadaan Y/N berbaring daripada mengiring kepada terlentang di atas katilsupaya lebih selesa. Yoongi juga menyelak sedikit selimut Y/N.

Setelah beberapa saat, Yoongi melihat bacaan pada glukometer.

Yoongi: 3.0 .. Hyung, Kakak hipo ni. Malam semalam Kakak makan tak? 

Yoongi bertanya sambil tangannya menyuntikkan glukagon ke lengan Y/N dengan cepat. 

Seokjin: Hyung tak pasti. Tapi semalam lepas hyung balik kerja memang hyung tak nampak  muka dia. Bila hyung tanya yang lain, diorang cakap Kakak dah tidur. Hyung ingatkan dia dah makan. Hyung minta maaf sebab tak check betul-betul.

Yoongi: Takpe hyung, bukan salah hyung. Sepatutnya Kakak ni tau sendiri yang dia tak boleh skip waktu makan. Bukan baru lagi dia ada diabetes ni hyung, dah 15 tahun dah. Hmm.

Yoongi meluahkan kekesalan tapi sebenarnya Yoongi lebih kepada risau melihat keadaan kembar tahunnya itu. Yelah, andaikata Jungkook masuk lebih lambat, Y/N berhadapan dengan kemungkinan koma.

Setelah selesai, Yoongi mengelap muka Y/N dengan tuala basah, guna untuk menyegarkan kembarnya itu. Bibir Y/N telah kembali berwarna dan tubuhnya juga sudah tidak menggigil seperti tadi. Seokjin telah turun bagi memastikan adik-adiknya yang lain telah bersarapan. Tidak lama kemudian, Seokjin naik dan membawakan sarapan untuk Yoongi. 

Setelah 15 minit, Yoongi memeriksa semula bacaan gula Y/N.

Yoongi: Masih rendah glukos Kakak ni, hyung. Yoon akan suntik glukagon sekali lagi.

Yoongi berkata sambil menyuntik lengan Y/N di bahagian yang berbeza daripada bahagian sebelumnya. 

Setelah itu Yoongi makan sarapan yang dibawakan Seokjin tadi. Selesai bersarapan, Yoongi memeriksa semula bacaan glukos Y/N.

Y/N: Auch! Yoon.. 

Y/N mengaduh bila jarum terkena pada jarinya. Yoongi hanya memandang dengan pandangan datar. Mood tsunderenya sudah kembali.

Seokjin: Kakak, kakak dah bangun... Kakak rasa macam mana? 

Y/N: Kakak okay...

Y/N menjawab lemah.

Yoongi: Yelah okay. Bacaan glukos ngam-ngam je tu. Kena dua kali glukagon cakap okay lagi. Baguslah.

Yoongi menyela pedas. Hilang Yoongi yang hampir menangis melihat keadaan Y/N tadi. Seokjin hanya tersenyum nipis melihat kelakuan adik keduanya. 

Yoongi: Kau makan tak semalam? (Yoongi memang tak panggil Y/N Kakak kalau depan-depan).

Y/N: Tak. Balik sekolah semalam terus tidur.

Yoongi: Baguslah. Buatlah selalu. Seronok buat orang takut macam tadi kan.

Mula-mula Y/N muncung je sebab kena marah dengan Yoongi tapi dia senyum sikit bila dengar ayat Yoongi tadi. Yoongi jenis yang takkan mengaku dengan perkataan kalau dia sayang tapi dia akan tunjukkan dengan perbuatan. 

Seokjin mendekat ke arah Y/N. Y/N melekapkan mukanya ke dada Seokjin. Mode manjanya datang. Y/N memang manja dengan Seokjin, tapi bila sakit macam ni, lagilah manja datang. Seokjin mengusap perlahan kepala Y/N.

Yoongi: Kau takde rasa apa-apa ke sebelum hipo? Takkan tiba-tiba jadi macam ni je?

Y/N menoleh ke arah Yoongi.

Y/N: Pukul 5 tadi Kakak terjaga, rasa berdebar-debar. Tangan pun dah gigil sikit-sikit. Kakak amik glukometer nak cek, tengok 3.9 ... Kakak nak bangun cari makanan ke apa kat dapur tapi kepala kakak sakit, lepas tu mata Kakak macam kabur-kabur sikit, jadi Kakak baring semula kat katil sebab takut jatuh kalau bangun jugak.

Yoongi: Habis kau tak boleh ke mesej dalam group family atau telefon siapa-siapa. Telefon je aku kat sebelah.

Y/N: Alah kalau telefon Yoon, Yoon bukannya senang bangun.

Yoongi diam mendengar jawapan Y/N. Telinganya memerah menahan malu. Seokjin tertawa kecil namun segera ditahan kerana takut Yoongi akan marah.  

Yoongi: Orang lain kan ada. Jin Hyung, Joon, Hobie ke... Hish... Lain kali apa-apa telefon kitorang.

Y/N mengeratkan pelukannya ke arah Seokjin.

Y/N: Oppa, suruh Yoon berhenti membebel. Telinga Kakak sakit dengar Yoon bebel. 

Seokjin: Yoon, dahlah. Kesian Kakak ni. Biarlah dia rehat dulu. Nanti Yoon sambung bebel okay?

Dalam lembut memujuk, Seokjin pandai perli adik-adik dia. 

Yoongi: Tulah hyung, manjakan sangat dia ni.

Y/N: Adik perempuan sorang okayyyyy...

Yoongi mencebik mendengar jawapan Y/N.

Y/N: Oppa, Kakak nak turun nak tengok yang lain. Mesti Kookie risaukan Kakak. Kakak dengar samar-samar apa yang dia cakap tadi, tapi Kakak tak boleh nak respon.

Yoongi: Tak payah. Rehat dulu. Nanti baru turun.

Y/N: Oppa, please....

Seokjin: Okay, jom oppa tolong. Perlahan-lahan okay.

Seokjin membantu Y/N bangun. Badan Y/N masih lemah tapi dia tetap degil nak turun ke ruang keluarga. Yoongi hanya memerhati sambil memeluk tubuh, tanda protes atas tindakan Y/N. Sampai di pintu bilik, Y/N hampir mencium tanah kalau Yoongi tak cepat-cepat pegang Y/N sebab tadi Y/N berkeras suruh Seokjin biarkan dia berjalan sendiri. Yoongi mengambil alih memapah Y/N sebab Seokjin tahu Y/N takkan membantah dah kalau Yoongi berkeras nak papah Y/N. Y/N berpaling ke arah Seokjin dan Seokjin hanya tersenyum melihat itu.

Sampai di bawah, Jungkook segera membantu Yoongi dan mendudukkan Y/N di sofa.

Jungkook: Kakak, jangan jadi macam tadi lagi. Kookie takut. Hiks.

Jungkook mengadu sambil terisak kecil.

Y/N: Okay, Kakak janji takkan jadi macam tadi lagi. Kookie jangan nangis dah k.

Jungkook mengangguk dan Y/N sempat melihat Yoongi smirk setelah mendengar kata-kata Y/N tadi. Y/N menggumamkan kata 'Apa?!' kepada Yoongi namun Yoongi hanya mengabaikannya dan berlalu ke biliknya. Yoongi membatalkan dulu niatnya untuk mengganggu Y/N pada hari ini. Diam-diam dia meminta Hoseok untuk memasakkan bubur kepada Y/N supaya Y/N cepat pulih.



End of HIPOGLISEMIA

KAKAKWhere stories live. Discover now