Kisah Aku

19 5 0
                                        




Ini kisah aku sebagai kasut yang sangat cantik bagi tuan aku. Sebagai barang yang sangat dihargai oleh tuan aku,  aku sentiasa menjaga diri aku daripada kekotoran demi berbakti kepada tuan aku yang sangat aku sayang.

Suatu hari, sebagai kasut yang baru dan cantik tuan aku memilih aku untuk dipakainya semasa menghadiri kenduri kahwin sepupunya. Aku dengan bangganya disarungkan ke kaki tuan aku.

Sesampai sahaja di rumah kenduri, tuan aku dan keluarganya menjamu selera dengan makanan yang diasediakan. Setelah habis menjamah, tuan aku memilih untuk masuk ke dalam rumah kenduri untuk berkumpul dengan sanak saudaranya yang sudah hampir setengah tahun tidak bersua muka. Jadi, aku sebagai kasut, diletakan bersama kasut-kasut yang lain dihadapan pintu masuk. Aku berjumpa banyak kasut lain yang bermacam-macam.


Aku ingin bertegur sapa tetapi melihatkan mereka yang seperti dalam keadaan yang menenatkan menjadikan aku serba hairan. Namun perasaan hairan itu berubah setelah aku juga menjadi seperti mereka. Aku dipijak oleh manusia-manusia yang kejam yang keluar masuk dari rumah. Sakit. Perit. Walaupun fungsi aku ialah untuk dipakai dan digunakan oleh manusia untuk mengalas kaki tetapi aku masih sepasang kasut yang tidak boleh dipijak pijak dengan sewenang wenangnya. Aku merintih dengan mereka yang lain. Kami ingin meraung namun apakan daya.


Maafkan aku tuan kerana tidak dapat berbakti dengan baik.

I'm a PrincessTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang