Chapt. 3 – "Maaf, rumah sedikit bersepah.. tak sempat dikemas kerana Sodam setiap malam akan mengalami trauma selepas dia melalui satu kejadian yang buatkan sikapnya berubah 360 darjah..., mujur orang penyebab Sodam seperti ini sudah ditangkap." Puan Park berkata suram lalu memandang Jae Sik dengan wajah cerianya kembali.
Namun Jae Sik berasa sedih. Bagaimana perasaan Puan Park bila tahu bahawa Orang yang memusnahkan kehidupan anaknya kini ada di depan mata. Pasti dia sedih.
"Ditangkap je ke,.. Cukup tak adil. Lebih baik dia mati betul tak?"
Puan Park tidak membalas, Dia ketawa mendengarkan kata Jae Sik.
"Sini,.." ajak Puan Park.
Seiring melangkah ke hadapan, bunyi derapan kaki itu masih dia dengari. Mengekorinya dari belakang.
"andwae.... Andwae, jangan ikut aku!!!" jerit Sodam lalu jatuh tersadung. Kedua telinga di pantas tekup. "Eoseo! Kka!!!! Kkaa!!!!" jerit Sodam yang berhalusinasi itu. Puan Park pantas keluar dari bilik dan mendapati anak perempuannya sudah berada di ruang tamu. Menggeletar seluruh badan Sodam.
Mata ke arah lorong untuk ke bilik anaknya itu, semuanya berantakkan habis.
"Sodam-ah..., eomma-ya.." Puan Park lembut bersuara sambil mendatangi anaknya yang menangis di ruang tamu seorang diri.
"argh!!!"
Tangan Puan Park terasa bisa sakit setelah terkena bucu tajamnya cermin yang dipecahkan. Sodam terkejut. Genggaman melepaskan cermin tersebut lalu meluru ke arah Puan Park. "Eomma... Eomma mianhae..," ucap Sodam.
"Neomu museowoseo-yo.. Lelaki tu.., setiap malam hadir dalam mimpi Sodam,- Nan jinjja....," Sodam menggeleng-gelengkan kepala tidak mahu mengingati tentang segala perihal Jae Sik yang merupakan lelaki yang pernah berniat untuk membunuhnya.
"Sodam macam dapat rasakan yang dia akan kembali semula, Eomma....,"tangis Sodam.
"Sodam-ah.., ingat lagi kata doktor?"
Sodam mengangguk.
"Kamu kena banyakkan rehat selepas apa yang terjadi pada kamu.. menyaksikan pembunuhan dan disasar pula sebagai mangsa seterusnya. Jika kamu terus begini Eomma akan berakhir kehilangan kamu, eo.." kata Puan Park. Darah yang mengalir keluar di biarkan.
Sodam menunduk sambil cuba untuk menahan tangis. "Sodam pun nakkan kehidupan yang biasa seperti dulu, Eomma... geudaen, geu namja-ga ajik kkaji.. nae ggum-eul ap-eseo-yo.." kata Sodam.
Jae Sik tersentak apabila Puan Park mencuit bahunya. "fikirkan apa itu?" Beg uncang yang berisi ubat-ubatan Sodam dimasuk ke dalam genggaman Jae Sik.