3. Kisah Seokjin

39 7 0
                                    

Yoon Hee dan Seokjin sedang membeli barang dapur untuk makan tengah hari.

"Jihyo biasanya makan dekat rumah ke?"tanya Seokjin.

"Nae. Jihyo jarang makan dekat luar melainkan kalau ada perkara yang perlu diselesaikan sampai tak sempat balik,"kata Yoon Hee.

Seokjin mengangguk. Selepas selesai membeli,Yoon Hee dan Seokjin terus bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah,Yoon Hee dan Seokjin bercakap-cakap.

"Beritahu aku apa sebenarnya yang terjadi,"kata Yoon Hee.

"Sebenarnya,..

Flashback,Seokjin pov
Aku sedang berlari. Bukan berlari untuk senaman,tapi sedang melarikan diri dari seseorang. Aku berlari dan terus berlari sehingga jumpa tempat persembunyian. Kemudian,aku nampak orang yang mengejar ku telah pergi ke arah lain. Aku mula menarik nafas lega.

'Kenapa diorang kejar aku? Aku tak ada dendam pun. Hutang pun tak pernah dengan lintah darat,'bisik hatiku.

Namun,apabila aku berpaling,satu batang kayu sebesar lengan memukul kepala aku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa terus jatuh. Pandangan mataku semakin gelap.

Beberapa detik kemudian..
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kepalaku masih sakit akibat dipukul. Apabila aku melihat sekeliling, aku berada di sebuah tempat yang ganjil dan aku berada dalam keadaan diikat. Aku cuba untuk melepaskan diri.

"Sia-sia saja. Kau takkan terlepas,"kata satu suara lelaki. Aku muka mengangkat muka. Keadaan yang tak begitu gelap menyebabkan aku masih boleh nampak muka dia.

"Siapa kau?"tanyaku.

"Tak perlu tahu,aku cuma menjalankan tugas saja,"kata lelaki itu.

"Lepaskan aku. Aku tak ada buat apa-apa salah pun dengan kau,"kata aku lalu cuba melepaskan diri sehinnga tergoyang kerusi aku!

"Duduk diam-diam!"jerit lelaki itu lalu menumbuk muka aku.

"Aku kata lepaskan aku!"jeritku.

"Kau duduk sini diam-diam,"kata lelaki itu lalu neninggakkan aku.

Aku terus cuba untuk melepaskan diri. Tiba-tiba,aku ternampak seperti pisau berada di atas lantai. Aku terus bergerak ke arah pisau tu. Aku terjatuh tepat di tempat pisau itu berada. Aku mengambil pisau itu lalu memotong tali yang mengikat aku. Kemudian,aku dapat melepaskan diri lalu aku terus melarikan diri. Namun, lelaki itu terus ternampak aku lalu mengejar aku.

Aku mula berlari dengan lebih kuat. Lalu aku terus bersembunyi. Lelaki itu terus menggaru kepala lalu pergi begitu sahaja. Aku melepaskan nafas lega lalu aku pun keluar. Aku terus melintas jalan setelah lama berjalan. Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan sebuah kereta meluru laju ke arah aku.

Kemudian,kereta itu terus melanggar aku. Aku mula merasakan pandangan aku semakin gelap dan tiga orang keluar dari kereta itu. Ketiga-tiganya aku kenal.

Flashback End... No one pov
"Itulah yang terjadi,"panjang lebar Seokjin ceritakan.

Yoon Hee cuma mengangguk.

"Jadi,kau kenal diorang tu?"tanya Yoon Hee.

"Nae. Tapi ada dua orang aku tak kenal. Orang yang mengikat aku dan orang yang memukul aku,"kata Seokjin.

"Mungkin mereka berpakat,"kata Yoon Hee.

Seokjin mengangguk.

"Tapi,muka kau macam aku pernah tengok je,"kata Seokjin.

"Aku pun pernah nampak kau. Mungkin aku pun kenal kau. Tapi biar kau tahu sendiri,"kata Yoon Hee.

Seokjin menggaru kepalanya yang tak gatal.

My Love Is Ghost? II Kim SeokjinWhere stories live. Discover now