"Kim Seokjin!"panggil Yoon Hee. Seokjin memandang wajah Yoon Hee perlahan-lahan.
"Yoon..Hee,"panggil Seokjin. Yoon Hee berlari ke arah Seokjin dan memeluk Seokjin.
"Awak ialah manusia,kan? Awak bukan lagi roh,kan?"tanya Yoon Hee.
"Nae,Y/N,"kata Seokjin.
"Keadaan Seokjin masih lemah kerana dia baru sahaja sedarkan diri. Awak berilah dia rehat dulu,"kata Jihyo.
"Anniya. Saya nak peluk dia. Saya dah lama nak berada dalam pelukan dia,"kata Yoon Hee.
"Y/N,saya rindukan awak,"kata Seokjin.
2 bulan kemudian,
Seokjin sedang menghirup udara segar di luar. Tiba-tiba,seorang wanita menghampirinya."Awak nak usik saya ke? " sindir Seokjin. "Ish,oppa. Buat-buat tak tahu sajalah,"rajuk Yoon Hee.
"Sudahlah tu. Mari, saya belanja kimchi goreng,"kata Seokjin.
Yoon Hee melompat-lompat apabila mendengar kimchi goreng. Yoon Hee memeluk tangan Seokjin dan mengajaknya untuk makan kimchi goreng.
Moonbyul telah dipenjarakan selama 15 tahun kerana 4 cubaan membunuh manakala San dan Woozi pula dipenjarakan selama 8 tahun kerana bersubahat. Seokjin dan Y/N telah berkahwin dua minggu selepas Seokjin keluar dari hospital. Jihyo pula telah bertunang dengan Minhyun.
'Min Yoon Hee, awak telah melindungi saya dan membantu saya mencari pembunuh saya. Sekarang ni, saya akan melindungi awak tak kira apa pun yang berlaku,'bisik hati Seokjin.
'Kim Seokjin,seorang jejaka yang telah menambat hati saya sejak zaman persekolahan lagi. Kini, saya telah bersama dengannya. Saya takkan melepaskan peluang ini,'bisik hati Y/N.
Kini,kebahagiaan telah hadir dalam hidup mereka.
'My Love Is Ghost? He's not a ghost. He's my love. My sweetheart, ' bisik hati Y/N.
♡ TAMAT ♡
YOU ARE READING
My Love Is Ghost? II Kim Seokjin
FanfictionBetulkah aku cintakan si hantu? Tak. Tapi dia merupakan satu roh yang mencari pembunuh yang ingin membunuhnya agar dia masih wujud di muka bumi ini. Tak ada siapa tahu langsung.