BAB 50

1.6K 153 5
                                    

Masuk harini dah seminggu Hena tinggalkan Jimin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk harini dah seminggu Hena tinggalkan Jimin. Jimin meletakkan kepala di atas meja. Masih cuba untuk berfikir positif. Kalau betul Hena memerlukan masa , okay dia akan berikan masa berapa lama yang Hena nak asalkan wanita yang bergelar isterinya itu akan kembali ke pangkuannya semula.

“ Tuk ! Tuk !

Jimin mengangkat kepala. Bukan ke semua staf keluar makan tengah hari ? Jimin mengerling jam tangannya sekilas. 12.30 pm. Waktu makan tengahari. Jadi siapa pulak yang ingin berjumpa dengannya pada waktu ini. Namun kerana malas mahu berfikr panjang dan taip panjang-panjang , Jimin membetulkan kot nya dahulu sebelum membenarkan orang itu masuk.

“ Masuk.”

Sedetik kemudian pintu ditolak dari luar. Dari situ munculnya figura seseorang. Jimin amati wajah itu dari jauh. Dia speechless , tergamam , terpaku haa apa ter lagi ? Doanya tadi sudah termakbul kah ? Isterinya itu benar-benar sudah kembali atau ini hanya ilusi ? tetapi kenapa dia rasa tak sedap hati ?

“ H-hena…?

Hena tersenyum nipis seraya mendekati Jimin yang sudah berdiri. Dia meletakkan sesuatu di atas meja Jimin.

Jimin memandang sampul yang baru diletakkan oleh Hena dan kembali memandang Hena semula. Dahinya berkerut.

“ Apa ni ?”

“ Bukalah “

Jimin kemudian mengambil sampul itu dan membukanya. Setelah membaca isi surat tersebut Jimin lantas melemparkannya di atas meja.

“ Apa ni ?” Wajah Jimin bertukar tegang. Bertambah sakit hati apabila Hena langsung tidak memberi sebarang reaksi.

“ Surat perletakan jawatan saya. Berkuatkuasa 24 jam. Awak , ada masalah ?” soal Hena. Ya , memang wajahnya tidak memberi apa-apa reaksi. Tapi tak ada siapa tahu gelora yang makin bergejolak di dalam hatinya. Dia harus berlakon kuat di hadapan Jimin, suaminya.

Jimin tiba-tiba ketawa seperti orang tidak betul. Kedua bahu Hena dicengkam kuat oleh Jimin. Secara tidak langsung tubuh Hena tertarik mendekati tubuh Jimin. Hena terjerit kecil. Bukan apa , sakit odo bahu dia. Yang Jimin ni pun asal kasar sangat ?

“ Awak tanya saya ada masalah ke tak ? Masalah saya cukup banyak lepas awak pergi tinggalkan saya macam tu je. Sekarang bila awak muncul balik , ni yang saya dapat ? Surat perletakan jawatan awak. Awak langsung tak fikir perasaan saya. Isteri apa awak ni ?”

Hena memandang dalam mata Jimin. Keadaan mereka begitu dekat. Dapat Hena hidu bau perfume lelaki dihadapannya ini. Dan itu sedikit sebanyak menimbulkan debaran di dadanya.

“ saya tahu saya bukan isteri yang baik. Saya banyak kekurangan , Jimin. Sebabtu saya dah fikir perkara ni masak-masak dan saya rasa…ianya bagus untuk kita berdua.”

“ Apa lagi yang awak rancang ?” soal Jimin

“ Kita perlu…bercerai.”

Jimin memandang Hena tidak percaya. Kenapa wanita ini suka buat sesuatu diluar jangkaannya ?

" Saya bagi masa 2 bulan untuk awak ceraikan saya , Jimin. Kalau tak saya yang akan failkan surat cerai."

" Tapi kenapa ?" Soal Jimin.

" Untuk apa lagi kita teruskan semua ni Jimin ? Anak saya dah takda. Bukan ke itu tujuan saya kahwin dengan awak ? Dan sekarang saya taknak teruskan lagi rancangan bodoh saya tu. Nak saya ulang semula ? Saya dah penat. Saya minta maaf sebab libatkan awak. Awak patut bahagia dan saya tahu saya bukan pilihan awak."

" No."

" huh ?"

" Saya cakap saya taknak."

" JIMINㅡ"

Hena terjerit kecil apabila tubuhnya ditolak ke dinding. Tanpa kebenaran Jimin menyatukan bibir mereka. Hena tergamam.

" hmphhㅡ " Hena yang sedar bahawa dia dan Jimin berada di pejabat segera menolak dada lelaki itu sekuat tenaga. Namun apalah daya dia jika nak dibandingkan dengan Jimin. Jimin langsung tak berganjak.

" Ji..min s-stop ." Bersusah payah Hena menolak tubuh Jimin sekaligus cuba mencari nafas.

Bunyi pintu terbuka dari luar mengejutkan Jimin dah Hena. Jimin lantas menghentikan perbuatannya itu. Baju kotnya segera dibetulkan.

Hena menyeka airmata yang sempat jatuh dan segera mengambil beg tangan diatas meja. Dia pantas berlari keluar dari ruangan bilik Jimin.

" What's going on , Park Jimin ?!"

Tuan Park mengurut dahinya perlahan. Cerita Jimin tadi hampir sahaja membuatnya sakit jantung.

Tuan Park sudah lama tidak datang meninjau ke syarikat yang sedang diuruskan oleh anaknya kerana dia juga sibuk menguruskan hal syarikatnya yang lain diluar negara.

Banyak khabar angin yang diterimanya sejak seminggu lalu. Staff² di pejabat ini mula berasa tidak senang dengan sikap Jimin yang mula berubah. Banyak jugak projek yang tergendala akibat Jimin yang sudah tidak fokus dalam kerjanya.

Kini fahamlah sudah Tuan Park mengapa anaknya berubah sehingga ke tahap itu.

" you need to fix this." Ujar Tuan Park.

Jimin mengeluh. Tie dilehernya dilonggarkan.

" how ? Hena minta Jimin ceraikan dia."

" Jadi kamu nak ceraikan dia ?" Soal Tuan Park. Geram dengan jawapan Jimin.

" Kalau kamu masih sayangkan isteri kamu tu cubalah usaha pujuk dia balik. Takkan itupun Ayah nak ajarkan ?" Bidas Tuan Park.

" Kamu tak akan fokus bekerja selagi Hena tak kembali kepada kamu kan ? Ayah taknak syarikat ni ada masalah dan Ayah pun taknak tengok kamu hidup dalam masalah. Jadi , bertindaklah Jimin. Buat apa yang patut kamu kena buat. Faham ?"

Tuan Park memegang bahu Jimin. Menanti jawapan anaknya itu.

Jimin menarik nafas dan mengangguk perlahan. Walaupun ayahnya dah beri kata-kata semangat namun Jimin masih berasa ragu-ragu.

Sebenarnya dia tidak menceritakan 100% ceritanya. Hanya sebahagian. Ayahnya masih tidak tahu tujuan dia dan Hena berkahwin. Tapi perkara itu bukanlah masalahnya lagi. Perkara itu boleh saja dilupakan dan dia dengan Hena boleh terus bersama sebagai suami isteri.

Tapi suratan takdir tak siapa tahu. Semuanya boleh berubah. Apa yang kita rancang tak semua akan jadi seperti yang kita nak. Tambahan pula , dia risau.

Yoon Hena , wanita itu akan lakukan apa sahaja jika dia sudah nekad.

-tbc-

Doakan supaya ff ni cepat tamat. Doakan author supaya rajin update.

my bestfriend my husband | 박지민 [ ✔︎ ]Where stories live. Discover now