Firaunisme

31 2 0
                                    

Sifat Firaun turut disebut-sebut di dalam al-Quran sebanyak 74 kali di dalam 26 surah. Antaranya;

🔶 Takut dengan bayang-bayang sendiri.
🔸kesan daripadanya sifatnya yang gila kuasa, psikologinya rasa terancam.
🔸Surah Ibrahim ayat 49 menjelaskan mengenai mimpi Firaun.

🔶Pukul rata
🔸disebabkan rasa takut atau terancam, terus menguatkuasakan akta secara pukul rata; lepaskan diri sendiri.

🔶Diktator
🔸penguasa yang angkuh, degil dan benci akan nasihat/kritikan.
🔸"Sesungguhnya Firaun angkuh diatas muka bumi" ; al-Qasas ayat 4.
🔸menguasai syarat beragama.
"Apakah berani kamu beriman dengan Musa sedangkan kamu belum meminta izin padaku."; al-Qasas ayat 71.

🔶Gemar menyerang peribadi
🔸mengherdik, mengejek dan memperlekehkan lawan tanpa membalas hujah yang sewajarnya.
🔸"Inilah orangnya (Musa yang kononnya mahu menentangku), sedangkan cakapnya pun hampir tidak difahami." ; al-Zukhruf 52.

🔶Suka mengungkit jasa
🔸"Bukankah kami yang telah membesarkanmu (di dalam istana kami), waktu itu kamu masih budak."; al-Syu'ara ayat 18

🔶Obses dengan pembangunan - materialistik
🔸membentangkan rekod dan bukti kejayaannya membangunkan Mesir.
🔸"Bukankah aku penguasa yang telah memajukan Mesir? Dan di bawah pentadbiranku sungai-sungai dapat mengalir. Maka apakah kamu tidak menyaksikan (kejayaan) aku? "; al-Zukhruf ayat 51.

🔶Bergantung dengan 3 jentera.
1-Think tank politic: kumpulan strategis dipimpin oleh Haman.
2-Ekonomi: korporat yang membiayai aktiviti-aktiviti Firaun dan ketuanya adalah Qarun.
3-Media propaganda: ahli sihir seramai 80 ribu orang yang memanipulasi minda rakyat dan menguasai persepsi mereka.
🔸"Dan datang ahli sihir kepada Firaun lantas bertanya 'Apakah kami beroleh upah sekiranya kami menang berlawan?' Firaun menjawab, 'Ya, dan sesungguhnya kamu benar-benar dikira golongan (jentera) yang dekat denganku."; al-Araf ayat 113-114.

🔶Politik Ugut.
🔸mengugut apabila gagal memanfaatkan demokrasi ilusinya.
🔸"Sesungguhnya jika kamu(Musa) menyembah Tuhan lain selain aku, aku akan pastikan kamu tergolong dalam golongan banduan."; al-Syu'ara ayat 29

🔶Islamophobia
🔸menakut-nakutkan rakyat kononnya agama yang dibawa Nabi Musa A.S mengancam rakyat.
🔸"Firaun berkata kepada pembesar-pembesar kelilingnya, sesungguhnya Musa itu benar-benar ahli sihir. Dia berpotensi menghalau kamu semua dari tanah air ini."; al-Syu'ara ayat 34-35

والله أعلمُ بالـصـواب

Dunia HalimunanWhere stories live. Discover now