Skull and Bones

8 1 0
                                    

☠️ Didirikan pada tahun 1832 oleh William Huntington Russel. mahasiswa Yale yang berasal dari sebuah keluarga kaya yang mendapatkan hartanya dari bisnes perdagangan opium.
☠️ Pada 1830, Russel belajar di Jerman selama setahun seterusnya bertemu dengan pemimpin sebuah perkumpulan rahsia dan segera menjalin persahabatan dengannya.
☠️ Kumpulan ini memiliki kaitan dengan okultisme dan menggunakan kepala orang mati sebagai lambangnya.
☠️ Pada masa yang sama, Amerika sedang wujud sentimen anti-freemasonry yang sangat kuat dimana parti anti-mason didirikan dan banyak ahli politik berkempen untuk melarang aktiviti Freemasonry.
🔺kesannya, hal ini telah mempengaruhi semua organisasi yang bersifat rahsia, termasuk kumpulan mahasiswa.
☠️ Ketika Russel kembali ke Yale, dia berpendapat sentimen ini mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan yang ada di situ, termasuk perkumpulan kegemarannya, Phi Betta Kappa, yang mula meninggalkan tradisi rahsia mereka.
🔺 Situasi ini membuat Russel menjadi sangat marah dan bertekad untuk membalas dendam.
🔺Lalu dia mengumpulkan para mahasiswa dari keluarga berpengaruh dan mengajak mereka untuk mendirikan sebuah kumpulan rahsia yang akan segera menjadi salah satu kumpulan rahsia paling berpengaruh di Amerika.
🔺Tindakan ini merupakan simbol perlawanan Russel terhadap arus politik di Amerika.
☠️ Hasilnya, terbentuklah The Brotherhood of Death atau The Order of the Skull and Bones; kemudian berubah menjadi Skull and Bones saja.
☠️ Lambangnya adalah sebuah tengkorak dengan tulang bersilang dengan angka 322 tertera di bawahnya.
☠️ Sahabat Russel yang turut mendirikan Skull and Bones ialah Alphonso Taft.
🔺Anaknya yang bernama William Howard Taft menjadi presiden Amerika Syarikat ke-27 dan merupakan "bonesman" pertama yang berjaya menduduki kerusi presiden Amerika Syarikat.
☠️ Pada 1856, keluarga Russel membangunkan sebuah bangunan tanpa jendela yang dikenali sebagai Tomb atau makam; dan digunakan sebagai markas kumpulan ini.
☠️ Menurut Alexandra Robbins, pengkaji konspirasi yang mendokumentasikan hal ini ke dalam bukunya Secrets of the Tomb (2003), ahli Skull and Bones atau "bonesman" perlu menggali kubur dan mengambil tengkorak serta beberapa kerangka salah satu keluarganya dan disajikan sebagai hadiah tanda persaudaraan kumpulan.
🔺itulah sebabnya markas kumpulan ini dinamakan "tomb".

والله أعلمُ بالـصـواب

Dunia HalimunanWhere stories live. Discover now