Hujung minggu terakhir dengan bertemankan suaminya menguruskan urusan perpindahan tersebut.. Mujurlah barang2 yang dibawa tidaklah terlalu banyak muat dimasukkan dalam hillux yang dipinjam.. Ida yang turut telah memaklumkan awal kelihatan secara kebetulan kedua-duanya ada dirumah.. Ketibaan yang disambut rakan serumah yang baru juga agak mesra menerima kehadirannya.. Seolah telah mengenali rapat turut sama membantu mengangkat barang2 yang dibawa..
Walaupun kelihatan ingin berbual tapi masing-masing tidak tahu mulakan bicara.. Mungkin disebabkan baru sekali bertemu dan lebih lagi suami ida ada disisi masing-masing kelihatan kekok sedikit apatah lagi masih belum mengenali secara rapat antara satu sama lain... Apapun ida masih bersyukur dalam keadaan segan dan belum mengenali rapat kelihatan rakan serumah tetap membantu menunggu dipintu sementara suaminya memunggah dan mengangkat barang-barang didepan sliding door..
Walaupun barang yang dibawa tidaklah banyak mana ianya tetap meringankan kerja serta semakin cepat barang dipunggah terus dibawa masuk ke bilik.. Kini tinggal urusan ida menyusun atur barang yang dibawa.. Apapun baju kerja perlu diselesaikan awal kerana akan berkerja keesokan harinya.. Melihat jasa baik rakan serumah, selepas siap mengangkat barang2 suami ida berbesar hati untuk belanja makan tengahari tetapi rakan serumah baru telah pun siap masak untuk tengahari..
Kerana telah berniat untuk belanja makan jadi perancangan ditukar pada malam harinya.. Itu juga kali pertama ida duduk semeja makan tengahari bersama rakan serumahnya yang baru.. Suami ida yang kelihatan segan cuba menolak tetapi bau masakan dan hidangan yang disediakan menyelerakan dalam segan dua pingan nasi ditambah.. Ida hanya tersenyum melihat suaminya tahu suaminya lebih suka makan dirumah lebih lagi kalo dia yang masak.. Lauk ikan pekasam yang turut ada itulah yang membuat selera suaminya bertambah..
"Ida tak yah kemas takpe akak ngan mazlana kemas berdua pun takpe.. gi lah kemas bilik esok pun kerja kan takut nanti penat"..
"Takpe kak.. nie pun dah segan sangat akan jamu kami makan berdua" sahut ida bila turut sama mengemas dapur.. Manakala Suami ida yang kekenyangan bagaikan memahami terus menuju ke bilik isterinya..
"Takpe lah.. lagi pun malam nie suami ida nak belanja kami makan pulakkan jadi tak yah lah segan kita pun dah serumah".. mazlana turut mencelah masuk berbual setelah suami ida telah masuk kebilik
"Betul tu.." ujar kak aini menyokong apa yang dikatakan oleh mazlana..
Kerana telah lama duduk umah sewa ida tahu membawa diri tetap terus membantu apa yang patut.. Kerja yang dibuat bersama lebih mudah dan cepat siap itulah juga tadi rakan-rakan barunya turut sama mengangkat barang yang dibawa.. Tidak banyak yang sempat dibualkan sebelum kak aini dan mazlana bagaikan mengerti ida banyak lagi perlu uruskan masing2 terus membuat urusan sendiri..
#Maafseandainyaadakekurangannya
#masihkecewatelahhilangsebelumini
#semuategurandankomenditerimaseadanya