"Tak payah makan di sini. Kau makan aje dekat tong sampah tu,"kata ibu sambil menolak tubuhku keluar dari rumah.
Malam ini, aku terpaksa mencari makanan di dalam tong sampah sekali lagi. Setiap kali berhadapan dengan bau busuk itu, setiap kali itu jugalah aku menahan diri aku daripada termuntah.
"Ew, Hana. Makan sampah,"usikan demi usikan daripada rakan-rakan sebaya denganku terus dilontarkan.
Jujur aku berasa malu.
Tetapi aku tidak mahu diseksa oleh ibuku lagi.
"Jangan jadi macam dia. Tengok tu kesian dia,"kata seorang ibu kepada anaknya.
Dua beranak itu memandang kami dengan pandangan serba jijik.
Dunia ini tidak adil.
![](https://img.wattpad.com/cover/230027185-288-k651157.jpg)
YOU ARE READING
(C) Hostage
Short StoryAku tak pernah ada kawan dan aku selalu dipinggirkan. Status aku bukan seperti mereka. Aku hanyalah sampah.