"Kenapa kau asyik pakai baju lengan panjang je ni?"tanya Sasha kepadaku.
Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong lalu membalas.
"Tak ada. Saja je. Salah ke?"
"Tak...kau macam nak sembunyikan sesuatu. Erm, kau ada masalah ke?"
Keningku bertaut.
"Masalah?"
Sasha mengangguk.
Aku tidak mahu memberitahu masalah ini kepadanya. Aku sudah tahu sifat sebenarnya. Mulutnya begitu berbahaya.
Such a fake friend.
"Tak ada,"balasku.
"Betul ke ni?"nadanya seolah mendesak.
"Betul."
Matanya tertumpu pada lengan kiriku. Tiba-tiba sahaja dia menyelak kain lengan bajuku lalu menampakkan garis-garis yang berdarah pada lenganku itu.
Sasha terkejut.
"Apa ni Hana?"
Aku segera menutup kain baju itu lalu berlari jauh daripadanya.
"Hana! Tunggu!"
Aku tidak mahu mempedulikan semua orang yang memandang aku dengan aneh sekarang.
"Kau nak bunuh diri ke?"
Langkahku mati.

ANDA SEDANG MEMBACA
(C) Hostage
ContoAku tak pernah ada kawan dan aku selalu dipinggirkan. Status aku bukan seperti mereka. Aku hanyalah sampah.