Episod 35

32 6 0
                                    

"So....korang ada tahanan nama Kujo Nabuhiko?"

Reine mengangguk.Pada mulanya,Mina yang tanya dekat Hikaru kenapa tangan Kujo bergari.And....persoalan tu lead ke arah penjelasan tentang apa yang berlaku kat Seksyen 35 dulu.

Tanpa cakap apa-apa lebih lanjut,Mina melangkah masuk ke dalam bilik yang mana Kujo ditempatkan.Agaknya perempuan tu nak cuba korek rahsia dari Kujo...

Hah...Aku mengeluh.Walaupun dah cuba untuk read his mind,takde satu maklumat pun yang aku dapat.Nampaknya,mind Kujo memang dah kene train well.Tapi dengan siapa?

Dari jauh,aku boleh nampak badan Mina dah jatuh dan patung arnab tu mula bangun.Mesti ke dia guna patung arnab Reine yang dah kene robek mulut tu?Wait!Badan dia jatuh.

"Kenapa?"

"Sebab soul dia dah masuk dalam patung tu...."

Satu suara berbisik ke telinga kiri aku.Dengan tindakan refleks yang ada,aku memusingkan badan dan secara tak sengaja mengetuk kepala kepada pemilik suara hantu tu.

Lelaki tu memandang tepat ke arah muka aku.

"Asal kau pukul muka aku?"

Muka ke?Aku ingat aku pukul kepala dia je tadi.

"Sorry,kau datang mengejut sangat tadi."

"Hmm...Pelik.Kau tak pernah macam ni sebelum ni."

Tak pernah terkejut macam ni?Aku tak terkejut pun dengar kenyataan tu keluar dari mulut Hikaru.

Patung arnab tu keluar dari bilik.Dia memandang ke arah aku dengan keadaan yang tak selesa.Kenapa dia pandang aku macam tu?

"Kujo.....lelaki tu cakap dia nak jumpa kau."

Aku?Kenapa dia nak jumpa aku pulak?

* * *

Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan kedudukan Kujo.Patung arnab tu cuba sedaya upaya untuk naik ke atas meja.

"Tak nak tolong aku ke?"

Aku menggelengkann kepala.

"Suka tengok kau macam ni."

Patung tu tak balas apa-apa.Lepas je berjaya naik ke atas meja ni,kaki kecilnya terus memijak tangan kanan aku.Boleh dikatakan pijak ke kalau aku tak rasa apa-apa?

"Apa kau buat?"

"Pijak tangan kau yang tak berguna ni." Dia sepak tangan aku pulak.

Apa-apa pun,kita mesti kembali ke alam realiti.Pandangan ditumpukan ke arah Kujo.Kakinya disilang.Sama jugak dengan keadaan tangannya.Kedua-dua belah tangan Kujo disilang ke dada.Hmm.....Lelaki ni.....lebih santai dari sebelum ni.

Masa kitorang mula-mula tangkap dia dulu,Kujo lebih suka berdiam diri.Bila kitorang paksa dia untuk dedahkan maklumat yang ada,dia cuma menangis dan cakap "Aku ak tau apa-apa pun."

Pelik kan?Perangai dia boleh berubah dalam beberapa minit ni je.

"So.....350.Or should I say,Haruto?"

Aku menghempaskan tangan ke atas meja.Sakit yang aku rasa tidak dipedulikan.

"Kau siapa?"

"Takkan kau tak ingat?Oh....Aku lupa.Badan aku yang sebenar bukannya ada kat sini pun.Aku hanya pinjam badan budak ni je."

Aku meluru ke arah Kujo.Kolar bajunya dicengkam.

"Kau.Siapa?!"

"Woah....Rileks lah.Aku hanya nak buat rundingan."

Tangan aku perlahan-lahan dialihkan dari kolar baju lelaki ni.Dia mengambil tempat di atas meja yang ada kat dalam bilik ni.

"Aku...adalah orang yang mula-mula dulu start buat Grim Project."

Dia tersenyum sinis ke arah aku.Walaupun kepala aku sakit dari tadi,aku kene tahan dulu.Kene dengar penjelasan entah dari siapa yang sebenarnya ada kat depan aku sekarang ni.

"Aku bukannya nak timbulkan masalah.Aku pun tak peduli kalau kau nak lari.Kuasa kau dah ada kat dalam rekod Black Crystal.Cuma....eksperimen ni belum dilakukan ke atas mana-mana budak selepas subject 350 dan 351 berjaya.Kau pun dah tau siapa 350 dan 351 tu kan?"

Air liur ditelan.351 tu Hikaru.

"So.....aku cuma nak cakap something.Kau...dah keluarkan cip tu kan?"

Aku tak angguk mahupun geleng.Mungkin lelaki ni tau aku dah remove cip tu disebabkan location aku hilang tiba-tiba dari radar diorang kot?

"Kalau senyap tu maksudnya kau dah buang.Tapi pelik.Kenapa kau masih tak ingat apa-apa?Kitorang dah pernah cuba buang cip dari salah sorang subject.The result is....diorang terus ingat semua memori selepas sehari cip dibuang."

"Kau ni....special lah Haruto.Sebab tu lah kau subject kegemaran aku.Kau boleh kawal 10 kuasa dalam satu masa since umur kau 7 tahun.Kau dan Hikaru....memang different person."

Baru aku nak bukak mulut,lelaki ni sambung ayatnya.

"Lagi satu.Kalau kau nak bunuh aku sekalipun dekat sini,pulihkan dulu semua memori tu.And.....lelaki ni akan mati bila aku leave badan dia.Good luck terselamat dari letupan badan dia...."

Sebaik sahaja badan Kujo keras sekejap,letupan kecik berlaku.Kalau dalam bilik kecik macam ni,mestilah letupan sebesar tu jadi lebih besar.

Patung arnab tu masih selamat.Aku mengeluh.Siapa....lelaki yang ada kat dalam badan Kujo tadi?



Fiction Series 2:Grim Project Where stories live. Discover now