Episod 15

42 6 0
                                    

"Buat apa tu,abang?"

Aku tersedar dari lamunan.Kepala dipalingkan ke arah datangnya suara tu.Hikaru baru keluar dari bilik air.Dia tengah keringkan rambutnya sekarang.

"Nothing."

Tumpuan aku dialihkan semula ke arah bulan tadi.Terang.Bulan tu terang macam selalu.Aku boleh rasa tilam kat sebelah aku mula tenggelam.Hikaru mengambil tempat duduk kat sebelah aku.

"Kau nak tau something tak?"

Aku tak menjawab.Tak angguk,tak geleng jugak.Pandangan aku pun tak dialihkan.Hanya menunggu ayat yang akan keluar dari mulut Hikaru tu.Hari ni,penat sangat......Walaupun bilangan ejen yang aku kalahkan tadi sikit berbanding simulasi or latihan yang selalu aku buat,tetap...aku penat sangat ni.

"Luka yang kau dapat tadi sakit lah..."

Hah?!Apa yang dia merepek ni?Aku cepat-cepat alihkan muka aku ke arah Hikaru.

"Apa maksud kau?"

"Kau tak ingat ke?Kita berdua,...."

Hikaru menyelak rambut depan yang tutup mata dia dari tadi.Sejak kitorang jumpa,dia memang suka sangat sorok mata kiri tu.Mulanya aku nak tanya,tapi....lansung tak jadi bila keadaan dah jadi kucar-kacir macam ni.

Apa-apa pun,mata kiri dia....lain dari warna mata kanannya.Korang pun dah tau,yang mata kitorang berdua sama warna.Warna biru,sama macam warna rambut kitorang berdua.Setiap subject Grim Project memang akan berada dalam keadaan ni.

Pada satu tahap,warna mata dan rambut diorang akan bertukar kepada hanya satu warna.Macam Reine,mata dan rambut dia warna pink.Tohka matanya dan rambut berwarna Hijau.But,now.....situasi sekarang lain.Warna kuning.Tu apa yang aku nampak pada mata kiri Hikaru.

"......kan connected.Tengok....mata kanan kau pun dah berubah warna."

Hikaru kata dengan penuh teruja.Ha.Ha.Ha.Funny sangat.Tak kelakar lah weh.....Warna mata aku,berubah?Tak pernah terjadi dalam seumur hidup aku sebelum ni.

"Kau tak percaya ke?"

Dia keluarkan cermin dari udara.Entah kuasa apa yang Hikaru amik ni....Dia menyerahkan cermin tu kepada aku.Aku mengambilnya dan tengok mata aku sama ada apa yang lelaki ni cakap betul atau tak.

Tangan kiri aku perlahan-lahan dibawakan ke mata kanan aku.Betul.Apa yang Hikaru cakap.....semuanya betul.Mata kanan aku bertukar warna kepada kuning.

Tapi lepas tu,tiba-tiba je warnanya perlahan-lahan bertukar semula kepada warna biru.Cermin yang ada dalam genggaman tangan kanan aku tadi menghilang.

"Oh....Nampaknya dah tak kuat."

Aku dnegar dia berbisik.

"Mata ni..." Jari telunjuknya dihalakan ke arah mata kirinya tadi dan mata kanan aku.

"......hanya akan bertukar warna bila Connected Bond kita kuat je.And masa tu jugaklah,kuasa kita berdua boleh digabungkan."

"Tapi,bukan ke bahaya?"

"Ha'ah!" Muka dia tersenyum ceria.Hikaru ni.....optimis sangat lah.Lain dari aku.Opposite dari aku yang lebih suka berdiam diri.

"Sebab tu lah profeser kat lab dulu larang sama sekali kita pegang tangan bila Connected Bond jadi kuat.Dengan kuasa ni....Maybe satu Seksyen boleh meletup."

Aku nampak yang...Hikaru memandang tangannya dengan pandangan sedih.Kenapa?Kenapa orang sekeliling aku suka sangat tunjukkan emosi tu?Aku...tak suka.

* * *

Gah...!Aku mergangkan kedua-dua belah tangan ke atas.Ah!Lepas borak dengan Hikaru semalam,entah kenapa aku dapat tidur nyenyak.Tidur nynyak......Ah....Baguslah.Takde apa-apa yang buruk berlaku hari ni.

"Haruto!"

Hampir terbabas aku dari katil ni.Apa pulak masalah yang melanda hidup aku kali ni...?

Reine yang ada kat depan pintu hampir tergelak.Yang pelinya...semua orang dalam bilik ni dah keluar dan takde seorang pun kejut aku?Apa jenis manusia lah...

"Kau nak apa?"

Dia berdehem sikit sebelum muka kembali serious.

"Ejen Pencarian dah dapat cari kita."

Wait,what?Sekarang ni?Di pagi yang indah ni?Pagi yang first time aku dengar bunyi kicauan burung ni?Lepas bangun dari tidur yang nyenyak tadi?Hah....aku tak nak terima kenyataan tu.Selimut yang tadi berada dia paras peha aku ditarik semula menutupi kepala.

Aku boleh dengar bunyi derapan kaki.Mesti Reine tengah berjalan ke arah aku sekarang.

Selimut aku diselak.Ah!!!Tidak!!Sinaran dari matahari terus menerobos masuk ke dalam mata aku.

"Keadaan dah tak terkawallah,abang."

Abang...Hikaru rupanya yang ganggu aku.Kepala ditolehkan.Aku nampak Reine senyum senget.Nampaknya dia tau aku akan bangun bila Hikaru yang kejut aku....

Fiction Series 2:Grim Project Where stories live. Discover now