Asmaraloka sememangnya indah
Tetapi tidak kekal abadi
Begitu juga bianglala
Hadir selepas membasahi bumi
Apabila terbitnya surya
Ia berlalu pergi
bersama atma yang kosong
Pergi tanpa meninggalkan
sebarang tanda
Yang hanya tinggal,
Secebis memori
