- dos

64 5 2
                                    

" mommy, Eve otw balik la ni. tak sampai sejam pun Eve keluar " balas Evelyn kepada Puan Anna yang menelefonnya.

" hm, okaylah. negara Spain ni bukan selamat sangat, ramai penjahat ada. takdelah, mommy tak sedap hati sejak kamu keluar tadi jadi balik cepat sikit ye. lagipun kamu satu-satunya anak mommy lepas abang tinggalkan kita " kata Puan Anna kepada Evelyn dengan sedih.

" jangan la cakap macam tu mommy, okay-okay Eve letak dulu. nak masuk dalam kereta dah ni. bye " balas Evelyn lalu meletakkan panggilan.

Evelyn menyelongkar beg gucci nya lalu mencari kunci kereta.

" ish, mana pulak kunci ni haih " kata Evelyn.

tanpa Evelyn sedar, dua orang lelaki berpakaian hitam menuju ke arahnya dengan perlahan-lahan dari belakangnya.

tiba-tiba mulut Evelyn ditekup dengan kain yang telah diletakkan klorofom. Evelyn meronta-ronta untuk melarikan diri sambil menjerit meminta pertolongan walaupun ianya tidak berhasil lalu Evelyn pengsan.

Evelyn tahu cara mempertahankan diri dan menembak kerana daddynya, Tuan Xafier menyuruhnya untuk belajar. dia tidak tahu mengapa tapi dia hanya turuti.

tetapi tanpa sempat dia ingin melepaskan diri, seorang lagi lelaki tadi memegang dia dengan kuat hingga tidak boleh bergerak.

sempat lelaki tersebut menangkap tubuh Evelyn dari jatuh melorot lalu diangkat dan diletakkan ke dalam kereta lalu berlalu pergi.

" dile al maestro que lo tenemos " ( beritahu tuan yang kita dah dapat dia ) kata lelaki yang sedang memandu.

" okay " balas lelaki yang duduk di bahagian penumpang.

lelaki tersebut menelefon bos mereka,

" señor, lo atrapamos " ( tuan, kami dah tangkap dia ) kata anak buahnya,

" ok, tráemela " ( baiklah, bawakan dia kepada aku )

lalu panggilan ditutup.

la chérieWhere stories live. Discover now