Dear Zaara (Bab 5)

807 61 9
                                    


ZAARA terkejut bila Lizzy datang ke rumah masa dia baru fefeeling nak yoga di halaman rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAARA terkejut bila Lizzy datang ke rumah masa dia baru fefeeling nak yoga di halaman rumah. Baru teringat yang Lizzy ada maklumkan akan datang hari ini.

"Hai, puan. Good morning." Lizzy menapak masuk ke dalam pagar.

"Morning, Lizzy."

"Hari ni nak temankan puan pergi shopping. But take your time. Kalau nak yoga dulu pun boleh, I can wait." Lizzy sangat mesra. Rasa bersalah juga bila dia datang tanpa menelefon terlebih dahulu.Ya lah, semalam dia hantar pesanan WhatsApp saja, mana tahu Zaara terlupa temu janji mereka berdua. Zaara macam dah bersedia untuk bersenam dengan pakaian sukan dan yoga mate yang sudah dibentangkan.

"Give me 30 minutes boleh? Awak nak join sekali pun boleh. I have extra yoga mat."

Lizzy senyum seraya menggeleng. Tak sesuailah dengan seluar slack dan blouse hitam polka dot macam ni.

"Saya dah sediakan senarai pakaian yang puan perlu bawa nanti. Puan pilih aje mana yang puan nak then kita beli sama-sama." Lizzy mengambil tempat di kerusi rehat di situ. Cantik taman bunga Zaara. Kalau jenis yang ulat buku macam dia, duduklah dekat sini sepanjang hari dengan buku dan jus sejuk pun dia sanggup.

"Ian yang suruh?"

"Ya, he wants to make sure that everything is fine with you before flying to Paris."

Zaara senyum saja. Dia mula membetulkan urat dan meregangkan otot. Tarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan perasaan yang terluka sejak beberapa hari lalu.

"Lepas ni mesti tuan tanya saya. Kalau ada permintaan puan yang saya tak dapat tunaikan, mood dia akan ke laut." Jemari Lizzy menekan-nekan skrin tab di tangan.

Sayang Ian pada isteri memang lebih dalam dari lautan dan tinggi dari gunung. Apa pakaian Zaara setiap kali ke majlis makan malam. Apa yang Zaara perlukan setiap minggu. Apa yang Zaara tak puas hati setiap kali selepas balik dari lawatan bisnes. Semua Ian nak tahu sebab Ian sentiasa inginkan yang terbaik untuk sang isteri. Tak boleh kurang atau pincang langsung. Trip ke Paris dalam beberapa hari lagi ini pun Ian suruh dia buat macam-macam. Bukan untuk Ian sendiri tapi untuk Zaara.

"Sekarang baru nak masuk musim bunga dekat sana tapi cuaca mungkin akan masih sejuk. So we will need 'winter-to-spring' transition clothes for you," Lizzy sambung ayat.

"Ian yang suruh?"

"Ya, warm and comfy but still sexy. He specifically said that."

Zaara gelak lagi. Typical Ian, nak yang terbaik. Perfect! Dia umpama 'trophy wife' bagi Ian. Mesti sentiasa tampak cantik dan selesa ke mana saja dia pergi. Tapi itu hanyalah untuk mengaburi mata orang luar. Belum lagi part Ian layan dia macam tuan puteri di khalayak ramai. Dia pun dua kali lima juga. Asal keluar berdua ke mana-mana majlis, media sosial miliknya sentiasa aktif. Instastory memanjang dengan segala cerita mak nenek. Semua gambar berdua dengan Ian, dia upload di Instagram dan Facebook. Belum masuk part Twitter. Semua pickup line keluar.

Dear ZaaraWhere stories live. Discover now