Hi and good day 🌹
Dengan rasa rendah diri kami buka pre-order untuk STARRY LOVE COMBO 2020 gabungan saya dan . Ini adalah projek kedua kami bersama dan kali ini ada empat buah naskhah kesemuanya untuk dijadikan koleksi oleh rakan pembaca ❤️
Awalnya memang nak buka order lebih awal namun sebab PKP, kami tangguhkan sehingga ke hari ini ❤️
1. Pre-order bermula hari ini 29 Jun - 30 Julai 2020. Penjimatan harga bagi kombo pula bermula hari ini sehingga 15 Julai 2020. Selepas itu, pre-order masih berjalan seperti biasa (harga biasa).
2. Kombo kali ini adalah PRINT ON DEMAND, cetakan hanya berdasarkan jumlah order yang diterima sahaja sepanjang tempoh pre-order. Tak ada cetakan ekstra bagi mengelakkan lambakan stok.
3. Pengeposan pula adalah dijangka pada pertengahan Ogos 2020 nanti. Sebabnya kami hanya akan submit jumlah cetakan ke kilang selepas tempoh pre-order tamat, most probably awal Ogos. The main aim is sebab nak print cukup-cukup ikut jumlah pre-order. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.
3. Untuk pre-order blh PM admin kami / DS atau online seller yang berkenaan 🌹 atau boleh wassap ke 013-830 5426 / 018-391 3947
Beberapa bab terawal boleh dibaca di blog / wattpad kami (whichever platform that you prefer) Akhir sekali, terima kasih kerana masih sudi menyokong karya kami selama ini and have a good day! ❤️🌹
❤️❤️❤️ KISAH TAK SEMPURNA ❤️❤️❤️
FARAH HUSAINTo err is human, to forgive is divine. ~ Alexander Pope.
Pertama kali terpandangkan Thalea Hanin, ada rasa aneh yang wujud dalam hati Syed Razaen. Namun, belum sempat untuk dia mengakui rasa yang dirasai itu, Thalea muncul bersama Syed Kamarul.
Kehadiran Thalea dalam keluarga Syed Kamarul mengundang tanda tanya dalam hati Syed Razaen. Melihat keakraban Thalea dan Syed Kamarul mengundang syak yang bukan sedikit dalam diri Razaen.
"Pity. Muka cantik tapi..."
"Finish your sentence, Zaen."
"Tapi sayang... perangai you tak ubah macam perempuan murah."
Thalea tak peduli, dia tak kisah. Katalah apa sahaja tentang diri dia, asalkan misi dan cita-cita dia dalam mendekatkan diri dengan Syed Kamarul tercapai. Ada perkara yang perlu diselesaikan dan jika dia perlu berdepan dengan kebencian Syed Razaen, dia rela walaupun hati terluka.
Makin Razaen cuba membuang Thalea dari hidupnya, makin kuat bayangan gadis itu muncul. Hingga akhirnya dia mengalah dan menurut kata hati.
"You nak kaya? You nak kemewahan? Fine. Forget all these bullshit and be with me and I will give you all that!" ~ Razaen.
"I want to but I can't..." ~ Thalea.
Razaen terluka dan kecewa. Mengapakah sukar sekali untuk Thalea melupakan niatnya dan memilih untuk hidup bahagia sahaja dengan Razaen?
Akan adakah pengakhiran yang sempurna untuk kedua-duanya?
❤️️ DEAR ZAARA EMY ROBERTO ❤
ZAARA Zainudin bukanlah hanya sekadar isteri satu dalam sejuta tapi dia adalah 'once-in-a-lifetime-kind-of-woman'.
IAN YUSUFF pula bukanlah hanya sekadar suami yang terbaik tapi dia adalah 'a-gift-that-only-I-can-love.'
Perkahwinan mereka berdua adalah apa yang diimpikan oleh setiap pasangan di luar sana. Kisah cinta yang tampak sempurna di mata dan di media sosial. Namun hakikatnya berbeza sekali. Cinta Zaara tak berbalas dan Ian masih setia pada sang kekasihnya Adiya. Hinggalah bila Zaara dapat tahu tentang kecurangan Ian...
"Kalau awak tak kisah tentang perasaan saya, it's fine. But don't let the whole world know about your affair." - Zaara.
Percutian mereka berdua ke Paris mengubah segalanya saat Ian sedar dalam hatinya sudah mula terukir nama Zaara. Namun kehadiran Adiya di sisi suaminya di kota romantik itu menyedarkan Zaara yang di antara mereka berdua masih ada orang ketiga.
Pemergian Zaara yang meninggalkannya di Paris membuahkan rasa rindu yang bertapak di hati Ian. Malah apa yang terjadi buat Ian mula faham makna kehilangan yang sebenarnya.
"I don't know you but I'm sure I have loved you." - Zaara.
"I don't need that old Zaara, sayang. You will always be my one and only Zaara." - Ian.
Mampukah Ian meraih semula cinta Zaara yang hilang bersama memori lama? Mampukah Zaara memaafkan khilaf sang suami?
❤️️ BINTANG TERBAIK EMY ROBERTO ❤
FAREED JAZLEY...
NUR LEYLA FRANZISKA ABDULLAH...Dua orang asing yang punya satu persamaan; masing-masing pernah dilukai insan tersayang. Demi melupakan luka lama, mereka membawa diri ke luar negara. Takdir menemukan mereka buat pertama kalinya di lapangan terbang lantas membuahkan rasa cinta buat kedua-duanya...
"Saya nak lupakan cinta lama. Saya nak bahagia. Saya nak bebas dan dilepaskan pergi." - Leyla
"Saya takkan tinggalkan awak. Awaklah bintang terbaik." - Red
Pelbagai janji yang Red taburkan sebab hati sudah terlalu mencintai Leyla. Namun ketika kisah lama Leyla terbongkar, semuanya jadi vice versa. Red rasa tertipu dan dikhianati.
"I love you... I want you... I don't want to lose you or whatever shit I promised you before? Just forget it, Leyla. Saya tak nak awak. Anggap kita tak pernah kenal. Whatever happens in Europe stays in Europe. You are now officially a stranger to me."
Leyla ditinggalkan oleh Red di bumi Prague tanpa ada peluang untuk membela diri. Masing-masing kecewa buat kali keduanya.
Siapa sebenarnya Nur Leyla?
Siapa sebenarnya Bad dalam hidup Leyla?
Adakah kisah cinta Red dan Leyla akan berakhir dengan bahagia saat takdir menemukan mereka semula?❤️️ LOVE FARAH HUSAIN ❤
Hidup seorang Syasya serba-serbi lengkap.
Ada keluarga yang penyayang ✅
BFF yang awesome ✅
Kerjaya yang bagus... ✅Pendek kata tak ada yang kurang. Cuma apabila melibatkan cinta, kisahnya tak berapa indah. Dia mahu mencari the ONE, namun tak tahu dimana silapnya, dia selalu berakhir menjadi the second... the third & the fourth!
Acapkali menerima nasib yang sama buat Syasya mula skeptikal pada CINTA.Bagi Khairi a.k.a Uncle E, dia dah malas nak mencari cinta. Dulu, separuh nyawa dia sayangkan Sara tapi sudahnya hubungan yang ingin diakhiri dengan ikatan yang sah, putus di tengah jalan. Sebut sahaja apa yang dia tak lakukan demi Sara, semua dia buat. Sudahnya Sara cari juga orang lain. Hati dah jadi tawar pada CINTA.
Namun, adakah persepsi mereka pada CINTA akan berubah tatkala takdir menemukan kedua-duanya?
"So what happens when Khairi meets Syasya?"
A. Will LOVE pull them together?
B. Will they be pushed apart?
C. Or...?
YOU ARE READING
Dear Zaara
RomanceZAARA Zainudin bukanlah isteri yang hanya sekadar satu dalam sejuta tapi dia adalah 'once-in-a-lifetime-kind-of-woman'. IAN YUSUFF pula bukanlah hanya sekadar suami yang terbaik tapi dia adalah 'a-gift-that-only-I-can-love.' Perkahwinan mereka berd...