*disarankan mendengar lagu Butterfly — The Boyz so dapat la feeling tu lebih gitew*
🍁🌹🍁
Eric Sohn's
Daun maple yang berguguran jatuh ke tanah mengingatkan aku kembali kepada seorang gadis.
Ya, seorang gadis.
Dia tampak sangat lemah lembut bicaranya, ayu dan juga berbudi pekerti.
Seolah-olah hanya dia yang pertama dan terakhir.
Teringat akan gadis itu, bukanlah suatu yang asing bagi aku.
Setiap kali ternampak daun maple tu berguguran jatuh mencecah tanah, hati aku seolah-olah terpanggil untuk menyeru namanya.
Aku tersenyum sendirian.
Entah mengapa aku terasa bahagia saat terbayangkan wajahnya. Dengan bertemankan air sungai yang mengalir mengikut arusnya dengan tenang, dan irama dari sungai itu turut berlagu.
Kaki aku yang sudah dicelupkan ke dalam sungai itu dihayunkan perlahan keduanya, menikmati kesejukan serta permandangan yang indah disitu.
Mataku dipejam seketika lalu menarik nafas dalam dan menghembusnya kembali perlahan.
"Andai saja saya tahu tentang keadaan awak sekarang ni", aku bermonolog sendirian.
Sungguh, wajahnya kerap terngiang-ngiang menjadi bayangan. Terkadang pernah kelibatnya muncul dihadapan aku namun tak lama selepas itu dia menghilangkan diri.
Adakah aku yang terlalu mengharap dan menanti?
Hmm. Aku sendiri pun tak mampu untuk menjawab persoalan itu.
Huh.
"Sudahlah Eric. Demi kebaikan dia, terpaksa juga kau lakukan. Untuk kebaikan dia...", ayat itu dituturkan sambil pandangan di alihkan ke arah langit biru yang mencerah.
Sinaran matahari tika itu tidaklah seterik dikala waktu petang menjelma, pagi ni cuacanya sangat bagus.
Aku mengangkat tangan kananku untuk menghalang sinaran pagi itu dari terus menembusi tepat ke arah kedua pasang mata yang telah dikurniakan.
Harapnya kehidupan dia di dunia sana lebih aman dan selalu melakarkan senyuman manis dibibir.
"Kekal lah berada di sana demi saya tau. Jangan rindukan saya".
Lantas hatiku terasa sangat berat. Berat untuk melepaskan.
Aku selalu tertanya, apa yang dia buat di dunia sana. Adakah dia baik-baik saja atau sedang berduka?
Aku tak nak sesuatu yang buruk terjadi dekat dia.
Park Harin, gadis yang terlalu istimewa untuk aku. Terlalu istimewa jika dibandingkan dengan yang lain. Entah mengapa sejak pertama kali bertemu, auranya selalu menyapa aku. Sifatnya selalu menjengah dalam fikiran.
Aku pernah berjanji untuk menjaga dia dan kekal berada di sampingnya. Tetapi demi kebaikan dia juga, aku ingkar akan janji itu.
Kesal?
Tak juga kerana keputusan yang aku buat ni adalah untuk dia.
Kebahagian Harin, kebahagian aku jua.
Namun pada masa yang sama, aku takut untuk kehilangan Harin buat selama-lamanya.
Aku tak sanggup.
Aku tak boleh bayang bagaimana untuk aku tempuhi perkara itu.
Aku nak selalu berada disisi Harin. Aku nak sangat lindungi Harin tatkala dia diganggu.
Tapi semuanya dah berubah selepas aku tinggalkan dia.
"Maafkan saya Park Harin—"
"Saya...."
"Saya terpaksa kembali ke masa silam awak. Maafkan saya—"
"Jaga diri awak baik-baik. Hanya bayangan awak yang menemani saya tapi tak apa, itu pun dah cukup untuk mengubati rindu saya pada awak".
Kemudian, kepalaku ditundukkan sedikit melemparkan pandangan pada suatu bayangan yang terlihat di balik pokok maple yang berada di seberang sana.
Bayangan Park Harin selalu terlihat di situ.
Raut wajahnya begitu manis.
Rambut yang lurus sehingga paras bahu ditiup lembut oleh angin, menampakkan lagi keayuannya.
Aku mengukirkan senyuman saat memandang Harin yang kekal berdiri di situ.
"Jangan pernah lupakan saya tau—"
"—Park Harin....".
Kerap aku mengungkapkan ayat itu. Selalu sangat menitir dibibir saat memikirkan Harin.
Dari jauh kelihatan, Harin meleretkan satu senyuman lalu menghilang lagi dari pandangan mata.
"Huhh...", aku mengeluh kecil.
Irama dari aliran sungai terus menusuk ke telinga dan membuatkan aku untuk bertenang kembali.
Seakan-akan sungai ni memahami perasaan aku buat masa sekarang.
Aku meraup lembut wajah seketika.
Dalam banyak-banyak perkara, hanya satu yang aku pinta.
Park Harin, jangan pernah lupakan aku walaupun mungkin peluang untuk kita bertemu semula adalah tipis.
Tapi aku akan cuba.
🍁🌹🍁
(oke tak teasernya? haa gitu! sambil type dengar lagu Butterfly sumpah feeling! ty for singgah and baca laff laff!)
—7thJuly(20)².for_eric's.ericsohn—
—fiey.dearkyunyu.(20)²—
YOU ARE READING
⟳For Eric's : ericsohn
Fanfiction"Hanya kerana mahu perkara yang adil terjadi padanya , aku perlu berkorban . Aku saja yang boleh berpatah balik ke masa lalu walaupun besar kemungkinan aku bakal dilupakan " . ㅡEric ericsohn ff (2...