*disarankan dengar lagu Butterfly - The Boyz ya ❤*
🍁🌹🍁
Titisan hujan yang jatuh membasahi lantai bumi diperhatikan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan 6 tahun dari dalam bangunan kotak berkaca yakni sebuah kafe yang berdindingkan cermin lut sinar pada bahagian sisi dan hadapan.
Khusyuk matanya didaratkan pada setiap titisan yang rawak tempiasnya mengenai dinding kaca itu. Kedua tangan dilekapkan pada dinding kaca itu lalu matanya dipejamkan seketika, seolah-oleh mahu mengambil sedikit aura dari sang hujan.
Eric dari jauh hanya memerhatikan gelagat kanak-kanak itu. Segaris senyuman terbit dibibir sambil tangannya ligat membersihkan perkakas santapan pengunjung. Eric menggelengkan sedikit kepalanya lalu menegur lembut ;
"Minjae-ah, buat apa tu tengok hujan?"
Minjae yang perasan akan pertanyaan itu sejurus memalingkan wajahnya ke belakang menghadap Eric yang berada di kaunter. Eric tidak henti memberikan senyuman manis buat Minjae yang merupakan anak sedaranya. Minjae kemudiannya menapakkan kaki menuju ke arah Eric.
"Hujan tu... Minjae teringat omma...", sayu anak kecil itu menjelaskan pada Eric.
Lalu sepasang tangan yang ligat membersihkan perkakas itu segara mengusap lembut kepala Minjae. Hati Eric turut sayu mendengarkan apa yang dikatakan Minjae. Si ibunya sudah lama mengundurkan diri dari alam kehidupan, atau lebih tepat sudah lama meninggal dunia sejak Minjae dilahirkan.
Hidup Minjae kurang kasih sayang dari seorang insan bernama ibu. Selama ini, dia dijaga rapi oleh appanya dan Eric saja. Keduanya memberikan penuh kasih sayang dan tumpuan kepada Minjae.
"Minjae rindu omma ya?", terus anak kecil itu mengangguk laju.
"Dah doakan untuk omma harini?", sambung Eric lagi. Reaksi Minjae yang diberikan juga sama seperti tadi menandakan dia sudah mendoakan buat ibunya harini.
Wajah Minjae dielus seketika.
"Bagusnyaaa anak sedara hyung ni~ Hari-hari jangan lupa tau!", pesan Eric lalu memeluk Minjae erat. Eric sudah menganggapnya seperti adik sendiri lebih dari seorang anak sedara.
Minjae selalu teringatkan ommanya tatkala hujan menjelma menurunkan tangisan setelah si awan berat untuk menampung air mata. Dan disitu juga lah akan adanya Eric untuk menenangkan Minjae, memberikan semangat yang kuat buatnya.
🍁🌹🍁
"Minjae, cepat kemaskan barang. Kita nak balik dah ni", arah Eric lalu bergerak ke arah pintu hadapan kafe yang berkaca lut sinar. Sign 'Open' itu dialihkan kepada 'Closed'. Dah memandangkan memang mahu untuk ditutup kerana waktu kafe itu beroperasi sudah tamat.
Beg sandang yang digalas oleh Eric dibetulkan sedikit lalu mendukung kemas Minjae. Begitu lah setiap hari ketika adanya Minjae di kafe mesti mahu didukung sehingga sampai ke kereta. Manja betul si Minjae ni namun Eric tak kisah. Selagi mampu dia curahkan dan melayan anak kecil itu, jadi mengapa tidak?
Pintu kaca kafe itu juga turut dikunci rapat sebelum bergerak menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Kira-kira 15 minit berlalu, sampailah mereka di rumah. Eric memarkirkan kereta di bahagian garaj lalu keluar dari perut kereta bersama Minjae disebelah.
Pintu bersaiz separuh depa itu dibuka dari luar serta kasut ditanggalkan. Minjae terus meluru masuk meninggalkan Eric dibelakang. Eric menggeleng saja, biasa lah budak-budak tak boleh nak marah nanti menangis kalah trumpet gajah.
YOU ARE READING
⟳For Eric's : ericsohn
Fanfic"Hanya kerana mahu perkara yang adil terjadi padanya , aku perlu berkorban . Aku saja yang boleh berpatah balik ke masa lalu walaupun besar kemungkinan aku bakal dilupakan " . ㅡEric ericsohn ff (2...