02

19 2 0
                                    

  Aein menuju kearah pejabat sekolah untuk ke ruang pejabat ayahnya. Tiba di pejabat seorang kerani menegurnya.

  "Aein.. Aein nak jumpa Tuan Pengetua ke?" tanya kerani tersebut atau lebih mesra dikenali sebagai Unnie Kim. Unnie Kim ialah antara kerani yang paling rapat dengan ayah Aein dan semestinya dia kenal sangat Aein.

   "Ah.. unnie.. Haah, Aein nak jumpa appa. Appa busy ke unnie?" tanya Aein dengan suara yang perlahan dimana mereka berdua sahaja yang mampu mendengarnya.

  " Tuan Pengetua tak busy pun. Masuklah kalau Aein nak jumpa," balas Unnie Kim. Aein hanya mengangguk lalu masuk ke dalam pejabat ayahnya.

  Aein mengetuk pintu beberapa kali. Sebelum suara Tuan Bang menegur.

  "Ya, siapa di luar?" Tanya Tuan Bang.

  "Aein," balas Aein sepatah.

  "Masuk," arah Tuan Bang. Dapat sahaja kebenaran ayahnya, Aein masuk ke dalam pejabat tersebut. Aein duduk dihadapan ayahnya lalu laptop kerjanya dibuka bagi menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

  "Kenapa princess appa datang sini? Biasanya buat kerja kat taman," Tanya Tuan Bang kepada Aein yang sedang fokus menghadap laptop.

  "Tadi Aein dah pergi taman. Tapi ada budak-budak laki tengah main bola. Tu yang Aein datang sini," balas Aein sambil matanya masih tekun menghadap laptop kerjanya. Tuan bang hanya memerhati tingkah laku anaknya.

  "Banyak lagi ke kerja kamu? Masa rehat dah nak habis ni," kata Tuan Bang mengingatkan anaknya itu. Aein melihat jarum jam dipergelangan tangan kirinya, masih berbaki 10 minit. Keluhan nipis dilepaskan.

  "Banyak lagi appa. Semalam kerja sekolah banyak sangat, Aein sempat sentuh sikit je kerja ni semalam," kata Aein. Tubuhnya disandarkan pada kerusi yang didudukinya itu.

  "Kalau macam tu biar appa je lah yang tolong buatkan. Nanti habis kelas ni kamu datang ambik dekat pejabat appa," pelawa Tuan Bang. Dia lagi risau kalau pembelajaran anaknya terganggu walaupun dia tahu Aein antara pelajar terbaik di sekolah itu.

  "Eyh.. tak susahkan appa ke? Takpelah appa.. sempat je Aein siapkan ni," balas Aein menyedapkan hati ayahnya. Dia tak nak susahkan ayahnya kerana dia sendiri tidak tahu kalau-kalau ayahnya masih banyak kerja yang perlu dibuat.

  "Mana ada susahnya.. Dah-dah salin folder tu dalam pendrive pastu bagi appa biar appa yang siapkan. Kamu pergi masuk kelas. Kelas dah nak start ni," arah Tuan Bang. Aein akur.

 Dia menyalin kerjanya didalam pendrive kosong yang sentiasa dibawa ke mana-mana bagi memudahkan sesuatu urusan. Kemudian, pendrive yang berisi kerjanya itu diberikan kepada ayahnya.

  "Thank you appa. I love you.. Aein balik kelas dulu.Nanti lepas kelas Aein datang balik," kata Aein seraya mengucup pipi appanya sekilas dan balik ke kelasnya.

  Dalam semua pelajar fokus belajar tiba-tiba pembesar suara sekolah berbunyi.

'PERHATIAN
Kepada semua ahli BangTan anda diminta untuk hadir ke pejabat pengetua sekarang juga. Anda diminta untuk membawa maklumat yang diminta bersama.
Sekian terima kasih'

  Maka semua ahli BTS mengemas buku mereka dan meminta kebenaran guru mereka untuk ke pejabat pengetua. Guru-guru yang sudah biasa dengan hal sedemikian hanya membenarkan ahli BTS berjumpa dengan pengetua yag juga merupakan manager mereka.

  Skip~

  'Kringgggggggg'
  Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan berakhir. Aein mengemas buku-bukunya dan menuju ke pejabat ayahnya untuk mengambil kerja yang ayahnya ingin selesaikan sebentar tadi.

  Setibanya di pejabat ayahnya, Aein hanya menerjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

  "Appa.. Dah siap ke kerja Ae..." kata-kata Aein terhenti apabila melihat ahli BTS masih berada di dalam pejabat ayahnya.

  'Ahhh..Aein-shii kenapa kau tak ingat langsung yang diorang kena panggil tadi.'

  Aein mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Tuan Bang yang perasan anaknya menerjah masuk ke dalam pejabatnya hanya tersenyum manis.

  "Princess appa dah datang.. ni kerja Aein yang appa dah siapkan," Tuan bang berkata sambil tangannya menghulurkan pendrive yang diberikan Aein ketika waktu rehat tadi. BTS hanya memandang bagai tidak percaya.

  "Ah.. terima kasih appa," kata Aein sambil menundukkan badannya 90 darjah dan ingin cepat-cepat pergi daripada pejabat ayahnya. 

  Tuan Bang yang melihat Aein tergesa-gesa untuk pergi memanggil anaknya buat seketika.

  "Aein-shii kamu kenapa tergesa-gesa? Appa baru ingat nak kamu tunggu appa sekali sebab harini appa dengan omma ada hal yang nak bincang degan Aein dekat rumah," kat Tuan Bang. Aein memandang ayahnya sambil mengeluh nipis yang hanya dia dapat dengari. Nampaknya terpaksalah dia membongkarkan rahsianya di hadapan BTS.

  " Aein ada meeting urgent harini appa. Client  Aein dari Isnin lepas lagi tak dapat jumpa. Mian tak dapat tunggu appa. Tapi Aein janji Aein akan balik rumah appa malam ni," kata Aein kepada ayahnya bagi menerangkan situasinya yang sangat kelam kabut. Tuan Bang hanya mengangguk faham.

  "Kalau macam tu Aein ambik kereta appa lah. Lagipun kereta appa ada problem sikit, boleh kamu tolong hantarkan ke kedai repair sebelah syarikat kamu tu. Kereta kamu parkir dekat mana? Bagi appa kunci kereta kamu ,kamu ambik kereta appa," kata Tuan Bang.

   Aein hanya akur. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari dalam poket blazernya menyerahkan kunci tersebut kepada ayahnya. Kemudian kunci kereta Bentley itu ditukarkan dengan kunci kereta Ferrari SP90 Stradale.

  "Kereta Aein dekat luar sekolah. Kereta Bentley. Oklah appa. Aein dah kena pergi ni. Pergi dulu," kata Aein sambil matanya sempat memandang kearah BTS yang sedang menyaksikan drama anak-beranak sebentar tadi. Aein keluar dari pejabat appanya sambil itu mask hitam yang selalu digunakan untuk melindungi muka dikeluarkan dari beg bagi mengelakkan orang lain tertanya-tanya tentang dirinya yang menaiki kereta pengetua.

Di situasi BTS,

  Apabila Aein keluar dari pejabat Tuan Bang, mereka melihat sesama sendiri. Tiba-tiba Jungkook mendekati Rapmon dan hyungnya yang lain.

  "Yah..hyung-nim.. Bukan ke tu budak perempuan yang hyung semua tegur dekat padang tadi ke?" soal Jungkook dengan nada berbisik.

  "Tulah.. Hyung pun rasa macam dia. Agak-agaknya, Bang Pd-nim tahu tak pasal ni?" Tanya Rapmon yang mula cuak. Siapa saja yang tak cuak kalau kita sudah berkasar anak manager sendiri.

  Tuan Bang yang melihat BTS yang saling berbisik sesama mereka mula bersuara.

"Mian buat kamu semua terpaksa pulak tengok drama tadi. Btw.. tu anak saya Bang Aein. Diorang satu batch dengan kamu semua. Kamu kenal dia ke?" Tanya Tuan Bang kepada BTS yang duduk di meja konopi dalam pejabatnya.

  "Ani.. kami tak berapa kenal dengan Aein. Tak tahu pulak dia anak Pd-nim," balas Jin mengetuai yang lain. Tuan Bang hanya tersenyum.

  "Memang patut pun kamu tak kenal dengan dia. Aein ni pendiam orangnya. Dia tak selesa kalau orang terlalu hormatkan dia. Sebab tu lah kamu semua tak tahu dia anak saya," kata Tuan Bang. BTS hanya mengangguk faham.

  "Maaflah kalau saya bertanya. Tapi tadi Aein ada cakpa pasal syarikat? Kereta?" Tanya Jimin yang mula tertarik dengan kisah Aein. Tuan Bang yang tadinya masih berada di meja kerjanya mula mendekati anak-anak buahnya. 

  "Ah.. pasal tu. Aein tu, saya amanahkan dia pegang salah satu syarikat saya yang ada dekat sekitar Seoul ni. Yang selalu taja pakaian photoshoot kamu tu, syarikat yang Aein pegang sekaranglah. Pasal kereta pulak, dia beli kereta sendiri guna income syarikat yang dia usahakan. Tapi kereta tu pun dia beli lepas dia dapat lesen premium yang khas untuk remaja umur 16 tahun keatas yang dah berjaya usahakan pendapatan sendiri lebih 1.4 juta won (rm50,000) setiap bulan," terang Tuan Bang panjang lebar. BTS mengangguk faham disamping berasa kagum dengan kelebihan Aein.

𝑽𝒐𝒕𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕

𝑳𝒐𝒗𝒆,
𝒂𝒓𝒚𝒏𝒆𝒔𝒐𝒑𝒉𝒊𝒂_




𝑴𝒊𝒔𝒔 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈Where stories live. Discover now