03

13 1 0
                                    

"Baiklah, saya setuju untuk berurusan dengan syarikat Cik Bang. Saya harap kerjasama diantara kita berjalan denagn baik," kata client syarikat Aein sambil mereka berjabat tangan. Aein pula tersenyum.

  "Terima kasih kerana memilih Bang Holdings sebagai penaja pakaian bagi filem Encik," ucap Aein pula sambil menunduk hormat kepada pelanggannya.

  Selesai mereka berurusan, Aein menuju ke pejabatnya. Kertas-kertas kerja dikemas dan disusun elok. Manakala laptop dan buku notanya dibawa keluar bersama menuju ke kaunter PA nya.

  "Unnie, Aein balik dulu ya. Pastu jadual Aein esok macam biasa. Unnie hantar pagi esok sebelum  pukul 7," arah Aein kepada PA nya yang semestinya lebih tua daripadanya.

  "Baik Cik Aein," balas PA Aein sambil menundukkan kepalanya 90 darjah tanda hormat. Aein mengangguk lalu menuju ke tempat repair kereta dimana dia tinggalkan kereta ayahnya untuk dibaiki.

  "Encik, kereta saya dah siap?" tanya Aein kepada tuan kedai baiki itu.

  "Nae semua dah siap baiki, Cik," balasnya.

  "Berapa semuanya?" tanya Aein sambil tangannya menyeluk poket handbag jenama LV itu.

  "Semuanya 740000 won (rm 2626.72), cik," kata tuan kedai tersebut. Aein mengeluarkan sejumlah wang kepada lelaki tersebut.

  "Kamsahamnida." kata tuan kedai tersebut sambil menundukkan badannya 90 darjah . Aein hanya mengukirkan senyuman nipis sebelum kereta ayahnya dipandu menuju ke mansion Keluarga Bang.

  Setelah 30 minit memandu akhirnya Aein tiba di destinasi. Aein memarkir kereta ayahnya di hadapan pintu masuk. Keluar sahaja dari kereta, seorang butler keluarga Bang datang mengambil kunci kereta yang dibawa Aein tadi untuk dia parkirkan ke garaj kereta yang disediakan.

Di perkarangan mansion keluarga Bang,

  "Selamat pulang ,Cik Muda Aein," kata pembantu rumah yang sedia menyambut Aein di pintu utama. Aein hanya menunduk kepalanya sedikit sambil tersenyum nipis.

  "Omma dengan Appa dekat mana ya?" tanya Aein kepada pembantu rumah yang menyambutnya tadi.

  "Tuan dan Puan sedang minum petang di balkoni aras dua," terang pembantu rumah itu. Aein mengucap terima kasih sebelum membawa diri ke tempat yang dikatakan pembantu rumahnya tadi.

Tiba di balkoni aras 2, Aein menyapa kedua orang tuannya.

  "Annyeong..omma , appa. Aein dah balik,"sapa Aein. Tuan dan Puan Bang yang leka berbual bersama terus berpaling kearah suara yang menegur mereka.

   Puan Bang yang nampak kelibat Aein terus meletakkan cawannya ke atas meja sebelum dia bangun menuju kearah Aein.

  "Aigoo.. anak omma. Rindunya omma dekat kamu," kata Puan Bang sambil tangannya memeluk erat tubuh ramping Aein. 

  "Aein pun rindu Omma," balas Aein sambil tangannya juga membalas pelukan ibunya.

  "Dah-dah la tu berpeluk. Jeles appa tengok. Mari sini Aein, appa nak bincang sesuatu dengan kamu," kata Tuan Bang yang sedang duduk dibalkoni sambil matanya melihat drama ibu dan anak di hadapannya.

   Aein tersengih lalu melepaskan pelukan. Begitu juga Puan Bang. Lalu Aein duduk berhadapan dengan ayahnya manakala ommanya duduk disebelah appanya.

  "Nae appa. Appa nak bincang apa dengan Aein?" Tanya Aein.

  "Sebenarnya appa nak mintak Aein jagakan syarikat appa yang satu lagi," kata Tuan Bang sambil dirinya sibuk mencicip air teh di dalam cawan.

  "Nae? Syarikat mana?" tanya Aein tenang. Dia hanya menanti ayahnya menyambung kata-kata.

  "Syarikat BigHit Entertaiment." tutur Tuang Bang ringkas. Terjungkt kening Aein mendengarnya.

  "Hurm.. but  appa tahu kan yang BigHit tu tempat BTS kerja?" tanya Aein mengingatkan ayahnya tentang kewujudan jejaka bertujuh itu.

  "Nae. Appa ingat. Ada sebab kenapa Appa nak serahkan syarikat tu dekat Aein," terang Tuang Bang lagi.

  "Okayyy.. Tapi siapa nak handle  syarikat yang Aein pegang sekarang ni?" tanya Aein lagi. Sebenarnya dia cuba untuk mencari alasan agar dapat mengelak diri dari BTS.

  "Appa boleh ambil alih semula syarikat tu. Appa takkan bebakan kamulah untuk handle  banyak benda dalam satu masa," kata Tuan Bang. Aein menundukkan kepalanya memandang lantai.

AEIN POV

  Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku yang setelah sekian lama tidak berpenghuni. Dinding berwarna ungu cair bersama bauan lavender cukup unuk membuatkan fikiranku tenang. Lalu aku mula minindigkan badanku di atas katil yang empuk.

   Fikiranku mula melayang, mengingat kembali tentang perbualan diantara aku dan appa.

Flashback~ 

   "Macam mana Aein,boleh?" tanya appa. Aku memandang appa. 

   "Ermm.. appa takde syarikat lain ke yang appa nak Aein tolong handle?" tanyaku sambil membuat muka comel. 

  "Maaf sayang. Appa nak kamu tolong handle kan yang tu jugak macam mana pun. Look Aein, appa tubuhkan BigHit sebab appa nak remaja-remaja macam kamu terutamanya geng Bangtan dapat serlahkan bakat yang mereka ada. And now, appa dah semakin tua. Bidang tu dah tak sesuai untuk orang yang berusia macam appa. Why not kalau Aein yang cuba handle diaorang?" pujuk appa.

   Appa pandang aku dengan wajah berharap. Aku pandang lantai buat kali kedua. Aku bukan tak nak tapi aku pun tak tahu apa jadi kalau life aku dengan diorang.

  "Aein.. cubalah ikut dulu apa yang appa cakap. Kalau betul-betul kamu tak boleh nak handle, baru kita akan bincang balik, ya sayang?" pujuk omma pula.

  "Nae,Aein ikut cakap appa," balasku sambil tersenyum.

  "Terima kasih, anak appa. Satu lagi nanti kalau boleh kamu duduk la serumah dengan diorang start from this Sunday," kata appa lagi. Aein hanya tersenyum. Bagi dia ibubapa adalah orang yang sangat perlu dihormati.

  "Nae appa," kataku sambil tersenyum manis.

  "Dah dah kita dah habis bincangkan? Jadi jom makan. Omma masak banyak sempena Aein balik harini," kata omma bersemangat. 

  "Nae!!" balasku dan mengikuti omma ke dapur. Begitu juga dengan appa.

End flashback~

  Kejadian dibalkoni tadi terngiang-ngia di fikiran  aku. Keluhan nipis dilepaskan. Telefon aku yang berada di sebelah aku capai sebelum semua mesej aku periksa satu persatu. Group chat family aku aku buka apabila ada mesej masuk.

Bang Smally Pemily>.<

APPANIM
'Aein-shii.. esok pagi siap-siap before 8 kita akan pergi BigHit.' 

Me^"^
'Nae appa'

   Telefon aku cas di meja belajar. Kemudian, kaki melangkah menuju ke tandas untuk mencuci muka. Selesai mencucui muka, aku baring di atas katil sebelum mata aku mula terpejam.


   𝑯𝒆𝒓𝒆 𝒔𝒐𝒎𝒆 𝒖𝒑𝒅𝒂𝒕𝒆𝒅.. 𝒆𝒏𝒋𝒐𝒚 𝒎𝒚 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚

𝚅𝚘𝚝𝚎 𝚊𝚗𝚍 𝚌𝚘𝚖𝚖𝚎𝚗𝚝 𝚖𝚢 𝚜𝚝𝚘𝚛𝚢.. 𝚓𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚜𝚒𝚕𝚎𝚗𝚝 𝚛𝚎𝚊𝚍𝚎𝚛𝚜 𝚝𝚊𝚞😉😊







𝑴𝒊𝒔𝒔 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈Where stories live. Discover now