AIZA INSYIRAH - Setahun bercinta dengan Hudzir Shah, lelaki yang lembut, penyayang, tak pernah meninggi suara dan senang cerita, dia 'anak emak'. Tapi, kalau dah lelaki, memang lelaki juga. Takdir membawa Aiza ke majlis pertunangan rahsia antara Hudzir dan Iriz.
Menyaksikan kekasih sendiri menjadi tunang orang lain, membawa kepada satu pertemuan dengan abang si kekasih.
HARRIZ SHAH - Sarkastik, menyakitkan hati dan bermulut lancang. Kasar. Jauh berbeza dengan Hudzir yang sentiasa berlembut dengan Aiza. Paling penting, Harriz Shah ialah seorang pelukis yang suka minum cocktail.
Satu cocktail mencetuskan pertemuan yang tidak baik antara mereka. Harriz Shah tak pernah berlembut dengan Aiza, tapi kenapa dalam setiap kekasarannya itu, ada manisnya? Kenapa dia terbuai walaupun mulut Harriz tak seindah Hudzir? Dan setiap kali Aiza terbawa perasaan, satu saja ayat Harriz.
"Jangan nak perasan. Kau ingat kau special sangat?" - HARRIZ SHAH
Tapi, kenapa setiap perbuatan Harriz itu tetap buat dia rasa istimewa?
"Kenapa? Dah jatuh hati dengan aku?" - HARRIZ SHAH
Aiza tahu, Harriz lebih dari sekadar abang bekas kekasihnya, Hudzir. Harriz lebih dari sekadar bosnya. Harriz lebih dari sekadar lelaki yang sukakan cocktail.
"Siapa awak sebenarnya, Harriz Shah?" - AIZA INSYIRAH
Persoalannya, apa identiti di sebalik imej si jejaka kacak bermulut lancang itu?
"In the edge of breaking down, no one's there to save me but her." - HARRIZ SHAH
Dan, apabila segalanya didedahkan, hati Aiza luluh. Harriz Shah, lelaki paling istimewa.
"Awak cari saya?"
"Aku tak pernah tinggalkan kau."
Kerana bagi seorang Harriz Shah, Aiza Insyirah ialah hak miliknya yang paling eksklusif.
YOU ARE READING
EXCLUSIVELY MINE | EBOOK PERCUMA ✓ |complete|
RomanceDITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. TIDAK LAGI DIBUKA!! Ebook percuma untuk semua 🌷 Sebuah kisah Aiza Insyirah x Harriz Shah. Karya dimuatnaik dalam bentuk ebook (PDF) dan boleh dibaca secara PERCUMA. Tiada ba...