Episode 1 : "Tak Guna!!!"

26 5 2
                                    

[Rumah Keluarga Min]

Mereka bergaduh lagi...

"Anak derhaka keluar dari rumah ni!!" Jerit Chaewon kepada anak perempuannya sendiri.

"Memang nak keluar pun tak guna gaduh dengan awak ni lama-lama nanti saya pula cepat tua" kata Sun-Hee mencapai bagnya lalu keluar dari rumah.

"Elok le tu tak payah kau balik!! Kau tido je kat tepi jalan tu!!" Jerit Chaewon lagi dengan penuh kemarahan.
——————————————————
"Mereka ni bila la nak berbaik..setiap hari doh dorang cam ni.." kata seorang perempuan yang berusia 30 ke-atas dikenali sebagai jiran yang tinggal di sebelah rumah keluarga Min.

"Tak tahu la..padahal okay je dulu dorang semua tu..tapi selepas ayah si Sun-Hee tu meninggal semua jadi lain" kata jiran yang satu lagi yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

"Dia depression kot.." kata jiran yang tinggal di sebelah rumah mereka.

"Yelah sape tak depression mula-mula laki dia meninggal pastu anak dia pula kena buang sekolah sebab buat hal" kata jiran yang satu lagi.

"Lah,dia kena buang sekolah ke?" Dia tekejut mendengar ayat yang keluar dari mulut perempuan yang berusia 50 ke-atas.

"Betul la,awak tak tahu ke?"

"Ye ke hajuma,Saya tahu pun.Sebab apa ye?" Tanyanya.

"Yah,jangan lah panggil saya hajuma.Saya bukannya tua sangat pun panggil je Ei-young" .

"Oh mianhaeyo,tapi sebab apa yer si Sun-Hee tu kena buang?" Tanyanya sekali lgi.

"Sebab kedapatan merokok kat belakang sekolah..Teruk betul budak tu dah lah perempuan pastu takda adab langsung.Entah dorang ada tak ajar anak dorang tu.Hari tu,aku baru je balik dari kedai runcit beli barang dapur pastu boleh pula dia sengaja langgar aku.Eiii!! Geram betul" kata Ei-Young dengan perasaan geram.

"Oh ye ke,mana tahu dia memang tak sengaja-"

"Apa pula tak sengaja dia syak gelak lagi pastu panggil aku lemah ishh!! Geram betul lah aku dengan budak tu" Kata Ei-young dengan geram.

"Biasa la tu budak"

"Apa-apa je lah saya balik dulu anyeong-eh jap jap sape dah tu nama awak?" Tanya Ei-Young.

"Panggil je Han-nah" balasnya.

"Ahh..Han-nah jumpa lagi" kata Ei-Young sambil melambai tangannya.

"Ne,annyeong" .
______________________________________
Sun-Hee POV

"Ishh!! Tak guna betul lah orang tua tu" Marah Sun-Hee menendang batu kecil yang tidak bersalah kesian batu tu .

Sekarang ni baru tengah hari semua budak remaja sedang bersekolah jadi orang yang di sekeliling Sun-Hee rasa pelik kenapa seorang gadis remaja sedang berkeliaran time-time sekolah tanpa berpakaian pakaian sekolah.

Sepanjang dia berjalan tu semua orang pandang ke arahnya.

"Asal semua orang pandang aku lain macam ni ada hantu kat belakang aku kah" bisik Sun-Hee pada dirinya.

Dia pusing ke belakang tapi tidak nampak apa-apa pun.

"Kenapa ada hantu kah kat belakang aku" kata Sun-Hee kepada seorang perempuan yang menjaga kedai gelang yang tadi juga memandangnya lain macam.

Perempuan itu cepat-cepat mengeleng kepalanya dan buat kerjanya.

"Ceh" bisik Sun-Hee dan pergi dari situ.
______________________________________
"Yow!! Sun-Hee sampai pun kau" kata seorang lelaki bernama kyung Nam-hoon dikenali sebagai rakan rapat Sun-Hee sejak dia dibuang sekolah.

"Haah,first time aku keluar time-time macam ni.Tapi asal orang pandang aku lain macam time aku limpas jalan depan tu" tanya Sun-Hee duduk disebelah Nam-Hoon,dia keluarkan sebatang rokok dari poketnya dan letak ke dalam mulutnya sedia untuk hidupkan api.

"Sebab kau tu sepatutnya ada kat sekolah bukan merayau kat tempat ni and aku fikir kau dah berenti merokok" kata Nam-Hoon merampas batang rokok dari mulut Sun-Hee.

"Woi!! Bagi la balik itu yang last lah!!" Kata Sun-Hee cuba mengambil balik batang rokok yang dirampas oleh Nam-Hoon tadi.

"Berenti la yow merokok tak baik untuk kesihatan kau.Kau tu muda lgi" Nam-Hoon memberi nasihat.

"HAJIMA!!"

"Mianhae,it not good for you" kata Nam-Hoon.

Sun-Hee kelihatan kecewa dan sedikit marah melihat batang rokoknya yang terakhir penyet dipijak oleh Nam-Hoon.

"Batang tu last tau tak! Dah la aku beli tu guna duit aku.Orang tua tu bukan nak bagi aku duit pun yang dia tahu mengorat je jantan-jantan muda dah la dah tua ada hati lagi nak jantan muda." Sun-Hee mengata.

"Tak baik tau cakap mama kau sendiri macam tu,kau tak tau pun apa dia lalui dah appa kau baru meninggal kau pula kena buang sekolah kau ingat dia tak heartbreak ker? Lagi satu duit yang kau dapat tu bukannya halal duit tu duit curi.Ingat tu" kata Nam-Hoon panjang lebar.

Tapi kata-kata Nam-Hoon yang panjang lebar tu hanya dibiarkan sahaja oleh Sun-Hee.

"Cakap je apa kau nak.Biar pun kau tau yang aku takkan dengar cakap kau,kau still nak beri nasihat semua ni kan.Kau tak rasa sia-sia ke?" Kata Sun-Hee dia tidak mengambil kesah pun kepada apa yang Nam-Joon cakap tadi.

"Aku tak rasa sia-sia sebab aku tak nak kau yang sia-sia.Aku beritahu kau semua ni supaya kau tak lalui benda yang sama seperti apa yang aku lalui dulu"

"Lalui apa? Kau tengok hidup kau.Kau kaya,Hidup mewah,parents kau dua still ada disisi kau.Apa maksud kau lalui benda yang sama? Hidup kita tak sama Nam-Hoon.Sangat-Sangat berbeza.." Jelas Sun-Hee tanpa disedari airmatanya mengalir dipipi.

"..S-sun-Hee" .

Selepas tersedar dia cepat-cepat lap air matanya.

"D-dah la aku belah dulu" kata Sun-Hee dengan suaranya yang gagap kerana menangis.

"Jangan Sun-Hee..." belum sempat Nam-Hoon berkata Sun-Hee sudah berjalan pergi.

"*hembus nafas* aku betul-betul tidak mahu benda yang sama berlaku dekat kau Min Sun-Hee sebab aku-"

*Cos ah ah i'm in the star tonight so watch me-*

"Yeobosayo?"

"Kyung Nam-Hoon..."
______________________________________

Bersambung...


Here some new story. You need to know My Hot Tutor is near the ending so I publish this one.

Dad, I Love You♡| Kim💙Tae]Where stories live. Discover now