Han'nah Kindergarten|
"Anak-anak, tahu tak hari Ibu akan tiba tak lama lagi.." kata Puan Jane salah satu Cikgu yang mengajar di sekolah ini.
"Puan Jane, saya tahu. Appa kata dia nak buat kejutan untuk omma tapi Appa kata tak boleh bagitahu Omma" kata seorang murid.
"Wah, mesti omma kamu terharu. Yang lain apa cadangan kamu untuk menyambut hari Ibu?" Tanya Puan Jane kepada anak muridnya lain.
Satu persatu murid memberitahu cadangan mereka untuk mengejutkan Omma mereka sempena hari ibu. Dan tiba lah giliran Naheon untuk memberitahu cadangannya.
"Naheon, apa cadangan kamu?" Tanya Puan Jane dengan senyum lembut.
"Umm..." Naheon tidak dapat memikirkan sesuatu.
Dia belum pernah jumpa ibunya sejak dia lahir, hari ibu pun dia tak pernah sambut.
"Saya..-" kata-katanya dipotong oleh rakan sekelasnya.
"Puan Jane, Naheon mana ada Omma. Dia kata dia takde Omma dari dia lahir lagi"
Rakan sekelas-nya mulai ketawa.
"Naheon takde Omma HAHAHAHAH" gelak salah satu rakan sekelas-nya.
Naheon menunduk kepalanya, dia merasa direndahkan.
"Shh! Tak baik tau ejek Naheon macam itu. Kita sepatutnya buat rasa itu tidak apa-apa bukan gelakkan dia okay anak-anak" Kata Puan Jane.
Murid-murid di kelas itu mulai meminta maaf pada Naheon.
"Mianhae Naheon shi.."
"Gwenchana." Naheon memberi senyuman manis tapi sebalik senyuman itu terdapat kesedihan yang tidak boleh di fahami.
Puan Jane memandang ke arah Naheon, dia menghembus nafasnya sebelum berbicara.
"Tak apa, Naheon." Dia memegang bahu Naheon.
Naheon budak yang paling bijak di kelas ni. Tapi selalu dia nampak Naheon bermain bersendirian jarang nampak dia bermain bersama budak lain, kadang-kadang dia dijadi sebagai bahan ejekan budak-budak lain.
[Rehat]
"Wah! Naheon bawa apa tu?" Tanya rakan sekelas-nya yang duduk di sebelah mejanya.
"Pizza dengan burger, tapi appa kata tak boleh makan hari-hari nanti gemuk hehehehe" Kata Naheon.
"Wah! Nak sikit boleh?" Tanya rakannya.
"Boleh-" kata-katanya di potong.
"Yah! Gaeyoun. Asal kau minta makan dari dia ni, kau kata kau tak suka dia sebab dia..takde Omma" Kata satu lagi rakan sekelas-nya. Budak ni suka sangat jadi batu api kan budak-budak lain.
"D-daeyah, aniya manada saya cakap macam tu.." Budak bernama Gaeyoun ni berkata.
"Tipu! Vic pun dengar. Betul tak Vic" Dia memandang ke arah budak perempuan berisi yang sedang sebok makan.
"Uhuhuk!! N-ne.." sempat lagi dia tercekik ayam goreng yang dibekalkan oleh Ommanya.
Naheon memandang bawah.
Si Daeyah ni tersenyum jahat memandang Naheon.
"Semua orang tak nak kawan awak Naheon sebab awak takde Omma. Awak kaya, semua barang kau mahal-mahal tapi takde Omma HAHAHAHA kesian"
kawan-kawan Daeyah yang dari tadi mengikutnya seperti bayang-bayang turut ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut Daeyah.
Gaeyoun yang masih duduk di posisi yang sama terasa bersalah tapi tidak berani bersuara.
YOU ARE READING
Dad, I Love You♡| Kim💙Tae]
Fantasi"Appa!! Saranghae!!" ◎Budak perempuan itu berdiri di tengah pentas membuat bentuk 'hati' dengan tangannya. ◎Si ayah yang duduk di kawasan penonton tersenyum lebar melihat anak perempuannya membuat persembahan tanpa rasa malu. --- "Dia kaya, tapi tak...