Episode 2: Gula-gula

20 5 0
                                    

Angin sejuk melimpasi tubuh gadis remaja yang berdiri tengak di tepi sungai Han.

Dia tidak ada rasa peduli dengan badannya yang sudah kesejukan setelah 50 minit berdiri di posisi yang sama.

"Kalau lah appa masih ada sini. Mesti dia tahu apa yang aku nak sekarang. Mesti dia peluk aku dan bagi aku kata-kata semangat" Sun-Hee berkata kepada dirinya sambil matanya berpaling ke atas langit.

Matanya pelahan-lahan tertutup.

Kenangannya bersama ayahnya tertayang di minda.

Airmata perlahan-lahan menggelongsori pipi gebunya. Semuanya hilang setelah merasa sentuhan di kaki.

Dia melihat ke bawah dan anak matanya bertemu dengan sepasang mata coklat yang berkilau.

"Anak sape pula ni?" Sun-Hee menjauhi dirinya daripada budak kecil itu.

Tapi budak itu memajukan langkah mendekatinya.

"Aish! Pergi la kacau je aku kat sini." Marah Sun-Hee ketara betul dia tak suka budak tapi sebenarnya semua pun dia tak suka.

"Unnie.."

Budak itu bersuara.

"Apa kau nak? Pergi jauh mana bapa kau?" Sun-Hee kata melihat budak itu dengan muka 'disgusted'.

"Appa, tinggalkan saya. Tapi unnie boleh tak belikan saya gula-gula itu nanti appa bayarkan balik pada unnie" minta budak itu dengan sopan.

"Amboi, senangnya minta. Kau ingat kau sape nak minta-minta" kasar Sun-Hee.

"Saya Kim Na-heon, appa saya Kim taehyung" budak itu memperkenal dirinya.

"Jadi? Pegi lah cari appa kau" Sun-Hee mahu membuat langkah pergi.

"Unnie..."

Suara yang hampir menangis kedengaran membuat langkah Sun-Hee berenti dan berpaling badannya ke belakang.

"Nak nangis pula budak ni.." Sun-Hee kata memusingkan bola matanya.

Sehabis sahaja Sun-Hee bercakap budak itu menangis dengan kuat membuat orang disekeliling mereka memandang ke arah mereka.

"Y-yah, jangan lah nangis. Orang tengok tu" Sun-Hee berlutut mencapai ketinggian budak itu cuba untuk menenangkan-nya.

Tapi usahanya itu sia-sia budak itu menangis lagi kuat dari sebelumnya.

"Aish.." bisik Sun-Hee melihat budak perempuan dengan rambut pendek mengilat gula-gula tangkai yang berbulat besar.

"Kamsahanida, unnie" Budak itu memberi tunduk hormat dengan senyuman yang gembira.

"Ceh..mana bapa kau. Aku pasti akan minta dia lebih, dah lah kau malukan depan orang ramai tak sia-sia di kata 'membuli' " bebel Sun-Hee.

"Siapa suruh awak. Kalau awak tunaikan permintaan saya kan, saya takkan buat macam tu" Kata budak tu.

"Mulut bukan main lagi ye..sape nama kau?" Sun-Hee tanya sebelum dia mengambil tempat di sebelah budak tu.

"Bukan saya dah beritahu ker tadi?"

"Beritahu lagi lah aku lupa.." kata Sun-Hee.

"Nama saya Kim Na-heon..Unnie pula?" Budak itu menanya Sun-Hee pula.

"Sun-Hee. Mana bapa kau ni takkan dia lupa kau sampai sekarang?" Kata Sun-Hee melihat sekeliling kawasan itu.

"Entah lah.."

"Eh? Asal 'entah'?" Sun-Hee memandang pelik budak perempuan yang bernama Naheon itu.

"Appa, selalu sebok dengan kerja..hari ni dia kata nak bawa saya jalan-jalan tapi...dia tinggalkan saya pula" kata Naheon mengulum gula-gula yang tadinya besar menjadi kecil.

Dad, I Love You♡| Kim💙Tae]Where stories live. Discover now