(9)KAK JAN

16.9K 40 0
                                    

Aku berasal dari sebuah kampong yang jauh dari bandar, hiburan kami ketika itu hanyalah lepak-lepak di jambatan sambil berbual-bual kosong. Maklumlah tak ada yang nak buat terutama pada waktu malam. Keputusan SPM masih lagi belum diumumkan jadi perkara yang best sekali lepak dan tidur sampai tengah hari. Kawan-kawan memangil aku M, berpewatakan sederhana, dan aku rasa aku salah seorang pelajar yang agak glamour[ glamour ala kampong] ketika itu. Semasa tingkatan 4/5 aku selalu digosipkan dengan beberapa orang pelajar, walaupun aku sendiri tidak berminat untuk bermain cinta semasa di sekolah. Ramai kawan-kawan perempuan mengaku yang aku adalah mereka punya. Sedangkan aku sedikit pun tidak berminat dengan mereka.

Cerita yang aku paparkan disini adalah kejadian yang benar-benar berlaku. Cuma aku bukan penulis yang baik untuk memberi keyakinan kepada pembaca. Tapi ini adalah benar-benar FIRST TIME yang aku alami. Ingat.. cerita ini tak pernah aku ceritakan pada sesiapa. Aku yakin jika kawan-kawan aku membacanya…. mereka akan ingat kembali. Aku cuba sorokkan nama aku dan orang kedua bagi megelakkan rasa malu jika beliau sendiri atu kawan-kawan aku yang membacanya.

Jika ada duit lebih biasanya aku dan kawan-kawan minum teh ais dekat restoran mak janda, aku cerita sedikit tentang mak janda ini [selepas ini aku panggil kakak sahaja] . Orangnya rendah sahaja 5′ 2″ lebih kurang tapi memiliki raut muka yang menarik dengan bibir atasnya yang nipis, kulitnya sawo matang dengan buah dada yang sederhana besar dan pinggulnya sedap-sedap tengok kata orang. Kawan-kawan aku kata, orang macan ini kuat nafsu entah ya entah tidak aku tak tahu. Pelajaranya hingga keperingkat MCE. Umurnya ketika itu sudah hampir 30 tahun. Kakak ini telah berkahwin dua kali, yang pertama dapat seorang anak berumur 6 tahun dan dari suami yang kedua dapat seorang anak berumur 3 tahun. Kira-kira seorang laki seorang anaklah. Suami pertama beliau seorang Eksekutif di sebuah jabatan kerajaan aku tak ingat doh jabatan mana dan seorang yang loaded, pakai BMW dan memiliki rumah Bunglow mewah di bandar.

Suami kedua juga seorang yang berkedudukan di sebuah firma swasta, jadi hasil perceraian dengan kedua-dua suami ini beliau dapat memiliki sejumlah wang dan harta yang agak banyak, cerita ini aku tahu dari kawan-kawan aku. Aku rasa ada betul juga cerita ini, kerana mak janda ini masih lagi mengekalkan kemewahannya, dengan kereta Honda Accord dan pakaiannya yang berjenama. Restoran yang dijalankan, seolah-olah menghilangkan rasa bosanya sahaja. Apabila aku dan kawan-kawan aku minum biasanya kakak ini buat layan tak layan saja maklumlan budak budak, jadi yang hantar minuman hanyalah pekerjanya sahaja. Aku tidak begitu rapat atau kenal sangat dengan dia sebab sebelum ini dia tinggal di bandar bersama suaminya. Lebih-lebih lagi umurnya juga terlalu jauh dari umurku.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam kakak ini sendiri yang menghidangkan minuman, jadi kami tertanya-tanya juga maklumlah tauke sendiri yang layan bukan senang nak dapat. Rupa-rupanya ada udang disebalik nasi.

Mak janda tanya kumpulan kami ada sesiapa nak ke bandar besok, kami tanya pasal apa, dia kata dia nak minta tolong bayar perabut dapor yang telah ditempah di sebuah kedai di bandar dan minta tolong bawa balik sekali.

Memandangkan kami memang tak ada duit, kami jawab serentak tidak ada. Mungkin dia faham kami semua ini pokai masih budak sekolah duit pun harap dari mak bapak. Dia mengeluarkan satu tawaran baru..

Okay……katanya sesiapa yang nak ke bandar…dengan tanggungan sepenuhnya janji barang perabut tersebut sampai ke restorannya sebelah malam besoknya, kerana perabut tersebut amat diperlukan pada malam hari yang berikutnya. Kami apa lagi nak…….serentak, free katakan siap dengan duit poket lagi, siapa nak bagi. Okay lah..katanya jika semua nak pergi saya terpaksalah guna kuasa Veto. Saya pilih M yang pergi. Apa lagi suka sakanlah aku. Aku hairan kenapa dia memilih aku sedangkan aku tidak begitu rapat dengannya.

Besok pagi-pagi lagi aku ke bandar berbekal Wang RM 1,500.00 di tangan. Sebelum pergi aku beritahu mak aku, akan ke bandar jadi kalau lambat balik atau tak balik janganlah risau.

KISAH dari INTERNET 1.0Where stories live. Discover now