Cebu City, Filipina.
Tangisan Gia Vatanika kedengaran di dalam rumah agam tersebut. Sejak kematian papanya empat tahun yang lalu, hidupnya bagaikan dalam neraka yang diciptakan mummynya. Walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, tapi tetap juga dirinya yang disalahkan atas setiap benda yang terjadi. Bahkan walaupun kesalahan itu datangnya dari adik kembarnya sendiri, tetap dia yang menjadi mangsa kemarahan mummynya, Madam Valona.
Walaupun Gia Vitalika membuat kesalahan sebesar mana pun namun Gia Vitalika langsung tak dimarahi oleh mummynya. Paling kuat kena back up. Tak tahulah kenapa mummynya melayan dirinya begini sedangkan dia dan Gia Vitalika adalah kembar cuma bezanya aku ni kakak dan dia adik. Kadang-kadang rasa macam nak lari dari rumah tapi kalau aku lari dari rumah, mana aku nak pergi? Aku tak ada sapa-sapa lagi di Filipina kecuali mummy.
Adik-beradik mummy yang lain semuanya dah pindah ke negara Gajah Putih iaitu Thailand. Kenapalah aku bodoh sangat sampaikan tak ikut diorang ke Thailand? Kenapa aku masih stay dekat sini?! Kalau aku ikut diorang ke Thailand mesti hidup aku takkan jadi macam ni.
“Bakit ka naman careless hah (Kenapa careless sangat ni)?! You even can’t do simple things like this! Sikit-sikit pecah! Sikit-sikit pecah! Kau ingat pinggan yang aku beli ni pinggan murah ke hah?! Hah?!” Madam Valona menunjal-nunjal kepala Gia. Gia pula masih menangis teresak-esak di atas lantai.
Vitalika pula sekadar tersenyum sinis memandang kakaknya yang dimarahi mummy. Sebenarnya yang pecahkan pinggan tu kerja aku.
“Anong nangyayari dito (Apa yang tengah berlaku ni)? May nangyari ba (apa benda yang jadi)?” Mr. Scott Padilla menghampiri mereka.
Siapa Mr. Scott Padilla? Dia ni ayah tiri kepada Gia Vatanika dan Gia Vitalika memandangkan selepas kematian papanya, mummy ambil keputusan untuk berkahwin dengan Mr. Scott Padilla sebab yelah mummy bukannya sejenis yang suka hidup susah sangat. Harta peninggalan papa dulu pun habis dijolinya dengan shopping.
Aku? Aku tak dapat apa-apa langsung. Harta papa semuanya diguna pakai mummy dengan Vitalika. Aku satu sen pun diorang tak bagi.
“Budak nilah! Suka sangat careless! Benda yang senang pun dia tak boleh buat! Ada pulak dia pecahkan pinggan saya yang mahal ni!” matanya dicerlung tajam kepada Gia. Rasa nak cekik je anak dia yang satu ni. Tak boleh diharap langsung!“Bukan dia sengaja pun…yang nak marah sangat ni kenapa?” Mr. Scott Padilla menggelengkan kepalanya sebelum menghampiri Gia dan membantu Gia untuk bangun. Kesian dia tengok Gia asyik kena marah dengan Valona. Entah apa yang tak kena pasal Gia ni di mata Valona.
Dalam hatinya, Gia bersyukur kerana dapat ayah tiri yang baik seperti Mr. Scott Padilla. Disangkakannya dulu ayah tirinya akan berperangai buruk seperti mummy tapi sangkaannya meleset sekali.
“Sakit ba (sakit ke tak)? Kung masakit, sabihin mo sa akin (kalau sakit, bagitahu daddy)…” Mr. Scott Padilla bertanya dengan nada yang risau. Dalam masa yang sama dia terfikir macam mana Gia boleh lalui semua ini dalam umurnya yang baru sahaja 12 tahun.
“Hindi sakit na daddy (tak sakit pun daddy). Gia okay…” jawabnya perlahan namun jawapannya dicemuh oleh Madam Valona dengan Vi.
“Hindi na kailangan magsinungaling para lang makakuha ng atensyon!” cemuh Vitalika tak puas hati. (Tak payah nak menipu sebab nakkan attention je!)
“Sapat na (enough) Vi! I don’t want to hear you talk like this anymore! She is your sister and you need to respect her how you respect me and your mummy!” Mr. Scott Padilla bersuara keras memarahi Vitalika.
“She just my twinny okay…”
“Even she is your twinny but still she is your sister! Tandaan mo yan (ingat tu)! Let’s go,” Mr. Scott Padilla membawa Gia ke biliknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta
Romance*HANYA 5 BAB SAJA DIPUBLISH. SLBIHNYA BLEH BCA DI NOVELPLUS :) * Gia Vatanika dan Gia Vitalika, kembar seiras tetapi mempunya perwatakan yang beza. Gia Vatalika mempunyai pelbagai watak dalam dirinya disebabkan perkara yang berlaku di dalam hidupny...