Gia turun tangga dengan kakinya yang terhinjut-hinjut. Matanya sempat mengerling ke arah jam yang tergantung kemas di dinding. Dah pukul satu pagi. Rumah yang sunyi menandakan penghuninya sudahpun masuk tidur. Gia pulak buat apa turun malam-malam macam ni? Hmmm…tiba-tiba je tekak ni terasa haus. Rasa kering je tekak ni.
Suis lampu dapur dipetik dan dia mencapai gelas yang tersangkut di sebelah tempat cuci pinggan. Jag air kosong diambil dan menuang air kosong ke dalam gelasnya. Gelas dibawa ke bibir lalu air kosong diteguknya rakus. Memang haus sangat ni. Lega sikit
bila tekak ni dah kena air kosong. Rasa nikmat.Tiba-tiba ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang. Gia yang terkejut dengan keadaan tersebut segera meletakkan gelas yang diminumnya tadi dan memijak kaki gerangan yang memeluknya dari belakang.
Sebaik saja pelukan tersebut terungkai, dia menoleh badannya memandang gerangan tersebut. Seperti yang dapat dijangkakannya, memang abang tirinya yang memeluknya. Danial Louis Scott Padilla.Nafas Gia mula kencang menahan geramnya yang mula beraja dalam hatinya. Sedap hati dia je peluk aku! Matanya merenung tajam kepada abang tirinya. Dari awal dia masuk ke dalam rumah ni sampailah sekarang memang dia tak minat langsung dengan perangai abang tirinya yang satu ini. Dia ni sorang je yang mentel.
“Wooo…relax sweety. No need to angry.” Senyuman menggoda plus gatal terukir pada bibir Danial.
“Berapa banyak kali Gia nak kena bagitahu abang yang Gia tak suka apa yang abang buat macam tadi tu even you’re my step brother! I still don’t like it!”
“Come on girl…” Danial mendekatkan dirinya dengan tubuh Gia. Bertambah lebar senyuman menggodanya.
“Why not we just enjoy like we’re not brother and sister? Just be a secret between us.”Memang sah abang tiri aku ni dah gila wayar otaknya! “Gia tak gila lagi ok! In fact, I’m not your slave too! Bear that in your shitty mind!” sebelum dia beredar dari situ, sempat dia menjeling tajam kepada Danial. Aku takkan sesekali jadi perempuan simpanan dia! Kalau kau rasa kau boleh tundukkan aku dengan muka hensem kau, sorry! Aku takkan tunduk! Menyampah plus meluat lagi ada lah!
Play hard to get huh girl? Kita tengok satu hari nanti kau akan jatuh atau tidak ke dalam tangan aku! Aku akan buat kau jatuh jugak dalam tangan aku satu hari nanti! Tekad Danial di dalam hatinya.
Gia mendaki tangga dengan perasaan geram. Hesy! Tak habis-habis nak kacau hidup aku! Apahallah tak kacau orang lain je?! Yang si Lola tu tak ada pulak dia nak kacau! Oh ya…aku lupa! Lola tu bukannya taste dia sebab Lola ni grade dia pembantu rumah lepastu badan dia berisi. Taste si Danial Louis ni nak badan yang serupa model giteuw…
Masalahnya badan aku ni tak serupa model apatah lagi muka macam model memang jauh sekalilah! Tapi, tak tahulah kenapa muka aku ni jugak yang dipandangnya. Vi tak ada pulak dia kacau. Haish! Serabut betullah kepala otak aku!
Cuma, benda yang hampir sadis aku pernah hadap dalam hidup aku ni bila Danial nak masuk dalam bilik. Nasib baiklah aku ni sempat tutup dan pintu kunci aku waktu tu. Aku pun tak tahu macam mana time tu aku terlupa nak kunci pintu bilik. Dahlah waktu itu Danial balik rumah dalam keadaan mabuk-mabuk bagai. Seram!
Dahlah Gia…dari kau fikirkan pasal abang tiri kau yang mentel tu ada baiknya kau tidur. Lagi bagus! Gia membaringkan badannya ke atas katil lalu lena hingga ke pagi.
PAGI-pagi lagi Gia dah bangun semata-mata nak ikut Lola pergi beli barang basah di pasar yang tidak jauh dari rumah mereka. Selalunya dialah yang jadi penunggang tetap di atas motor skuter Lola. Hahahaha…Lola pun enjoy je bila aku ikut dia ke pasar. Katanya ada teman. Tak adalah dia bosan sangat ke pasar.
YOU ARE READING
Takhta Cinta
Romance*HANYA 5 BAB SAJA DIPUBLISH. SLBIHNYA BLEH BCA DI NOVELPLUS :) * Gia Vatanika dan Gia Vitalika, kembar seiras tetapi mempunya perwatakan yang beza. Gia Vatalika mempunyai pelbagai watak dalam dirinya disebabkan perkara yang berlaku di dalam hidupny...