Suasana tegang. Masing-masing terdiam apabila Bangchan dan Hyunjin menggenggam buku lima mereka. Urat leher timbul di leher mereka, menandakan bahawa mereka sangat marah.
Woojin mengeluh.
" You two, stop it right now sebelum aku humban kau berdua dalam jurang. Kita nak pergi fansign tau ni. Nak pergi jumpa fans. Perangai tu bagi molek sikit tak boleh ke? " Ujarnya tanpa nada.
Matanya masih tertancap kepada screen telephone bimbitnya.
Hyunjin dan Bangchan terkaku. Namun mereka masih diam. Langsung tidak gentar dengan amaran Woojin, ahli mereka yang paling tua.
Namun, mereka tergamam apabila Felix bersuara.
" Kalau korang tak shake hands dalam kiraan tiga. Seungmin, kick them out of this car. "
Perlahan-lahan, Bangchan menghulurkan tangannya kepada Hyunjin. Benar, mereka takut kepada Felix. Aura Felix yang agak gelap dan serta suaranya yang dalam sangat menakutkan.
" Chan, sorry. "
Bangchan hanya diam.
" Shouldn't you say sorry too, Chan? You're a leader. You should be more mature. " Bidas Felix lagi. Matanya langsung tidak mengerling ke arah mereka.
Jarinya pula masih meligat menekan papan kekunci, setia membalas kata-kata semangat yang diberikan kepada dia dan teammatenya. Tetapi Hyunjin dan Chan? Tidak. Kerja mereka berdua hanya bergaduh dan terus meruntuhkan chemistry di antara mereka.
" Y-yeah, sorry. "
Beberapa minit kemudian, Hyunjin dan Bangchan mula berbual seperti biasa. Entah demi kerelaan mereka ataupun terpaksa kerana Felix. Masing-masing tidak pasti.
" Changbin, cepat sikit. Kita ada 15 minit je sebelum event mula. "
" Aye, aye captain ! "
Kereta mereka memecut laju meninggalkan jalan raya tersebut.
—
Hyunjin mengeluhkan nafasnya apabila telinganya disapa dengan jeritan-jeritan peminatnya. Senyuman tawar diukir paksa. Berdesing telinga!
" Entah macam manalah suara diorang masih wujud lepas jerit macam nak keluar anak tekak. " Gumam Jeongin. Namun tangannya setia dilambai ke arah peminatnya.
Minho yang terdengar bicara Jeongin tersenyum kecil.
" That's the mystery. " Jawapnya.
YOU ARE READING
❥obsession ⸙͎۪۫ hyunjin
Fanfiction❝a tiny affection can lead to a massive obsession❞ ➛ SUMMARY ✎ Pertemuan pertama diantara Hyunjin dan Sarang membuatkan keinginan Hyunjin untuk memiliki gadis itu membuak-buak keluar. Bila iris matanya menangkap anak mata Sarang, segalanya bermula...