Living Together

6.3K 161 44
                                    

"Nama aku Gempa. Nampaknya, mulai dari hari ni kau dan aku akan tinggal di bawah satu bumbung yang sama, kan? "

Gempa menghulurkan tangannya kepada housemate baharunya beserta dengan pakej senyuman ramahnya. Housemate Gempa, iaitu Solar melihat sahaja tangan yang dihulurkan oleh lelaki manis tersebut.

"Solar. " Dia membalas jabatan tangan daripada Gempa.

Mereka bersalaman buat seketika sebelum masing-masing menarik tangan sendiri dan Gempa pun mula mempelawa Solar untuk masuk ke dalam rumah baharu mereka.

Sebenarnya takdir Solar dan Gempa untuk menjadi housmate yang akan tinggal di bawah satu bumbung yang sama adalah tidak dirancang sama sekali. Memandangkan Gempa dan Solar merupakan salah seorang pelajar tahun kedua yang harus menetap di rumah yang telah disediakan oleh pihak akademi mereka, jadi secara kebetulan mereka berdua ditakdirkan untuk tinggal bersama. Padahal Gempa dan Solar saling tidaj mengenali antara satu sama lain walaupun mereka sekelas.

•°•°•

"Selamat pagi, Gempa! Kau satu rumah dengan siapa tahun ni? "

Taufan menyapa kawan sekelasnya yang sedang duduk di barisan hadapan kelas dan di tepi tingkap dengan senyuman cerianya. Gempa yang sedang asyik membaca buku terus mendongak untuk melihat wajah kawannya, Taufan.

"Selamat pagi. Tentang tu... "

Iris Gempa beralih ke arah Solar. Solar turut menjadi rakan sekelas Gempa dan Taufan tetapi lelaki itu duduk di bahagian paling belakang kelas dan berada dekat dengan pintu. Memang jauh sekali jarak antara mereka berdua dengan Solar kerana jumlah di dalam kelas tersebut mencecah 30 lebih pelajar di dalamnya. Jadi tidak hairanlah jika Gempa sebenarnya tidak terlalu berbual bersama-sama Solar.

"Gem, jangan cakap yang kau satu rumah dengan budak terminator tu? "

Taufan memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang menakutkan. Seolah-olah dia begitu takut sekali jika Gempa tinggal di bawah satu rumah dengan Solar.

"Eerr... Ya. K-kenapa? "

"Omg... I'm gonna tell everyone - "

"Taufan, wait-! "

Gempa terus memeluk badan Taufan bagi menghentikan tindakan gila kawannya itu. Memang betul Gempa tak boleh beritahu apa-apa rahsia pada Taufan. Kalau tidak, pasti kawannya itu ingin menyebarkannya kepada semua. Mulut tempayan betul!

•°•°•

Solar melepaskan lelahnya yang telah sekian lama dia pendam. Hari ini dia rasa amat lelah sekali dan kalau boleh dia sangat ingin berehat dan minum sekejap.

"Selamat pulang, Solar. " Solar berpaling sebaik sahaja dia terdengar suara tadi.

Kelihatan Gempa sedang menghampirinya sambil menghulurkan sebotol minuman kepadanya. Solar memandang botol tadi dan kemudiannya ke arah Gempa semula dengan pandangan hairan. Seolah-olah ingin meminta penjelasan daripada lelaki itu.

"Ini... Ice lemon tea. "

Solar memutarkan bola matanya.

"Itu aku tahu. But why you give me this? "

Gempa sedikit gugup apabila dipersoalkan sedemikian rupa. Salah ke kalau dia nak beri air kepada Solar?

Living Together (YAOI! ⚠️🍋)Where stories live. Discover now