Seminggu kemudian.
"Chaeyoung tolong basuh baju aku niy, aku nak pakai esok. Basuh bagi bersih kalau tak siap kau." kata Hanbin.
Chaeyoung hanya berdiam kerana dia sudah tidak larat untuk melawan sunbaenya itu. Ketika perjalanan ke dobi, dia terserempak dengan Eunha.
"Erh, kau nak buat apa dengan baju Hanbin oppa niy. Kau curi erh?" tuduh Eunha.
"Tak ada maknanya aku nak curi, buat apa aku curi?" balas Chaeyoung.
"Alah, kau tipu, kau saja ambil sebab kau suka dekat Hanbin oppa kan? Kau tak bole rampas dia dari aku. Kau faham!" kata Eunha. Eunha ingin menolak Chaeyoung namun tidak sempat kerana Jinhwan datang.
"Niy kenapa pulak bergaduh dia depan dobi. Korang niy kalau jumpa tak bergaduh bole tak, pening oppa tengok. Dah jom Chaeyoung basuh baju." ujar Jinhwan.
Esokkan harinya..
Ketika Chaeyoung sedang berlatih menari, dia tidak perasan yang Hanbin sedang melihatnya. Tiba-tiba Hanbin memanggilnya. "Asal kau menari buruk sangat. Kau niy tak reti menari ke?" tanya Hanbin yang hanya ingin melawak dengan Chaeyoung.
"Sunbae datang niy semata-mata nak kata dekat saya yang menari buruk sangat? Baik tak payah datang. Sakit hati saya" balas Chaeyoung. Chaeyoung ingin pergi tapi Hanbin telah menarik tangannya.
"Aku melawak jer sebenarnya, aku sebenarnya nak suruh kau belikan aku ubat sakit kepala dekat aku. Aku tunggu dekat asrama aku." ucap Hanbin dan terus pergi. Chaeyoung belum sempat untuk berkata.
Setelah membeli ubat, Chaeyoung terus ke asrama Hanbin. Dia agak gementar untuk ke sana kerana takut orang kata macam-macam mengenainya. Ketika Chaeyoung masuk, dia melihat Hanbin sedang tidur di ruang tamu. Dia memegang dahi Hanbin dan merasakan bahawa Hanbin demam.
"Sunbae bangun, saya dah belikan ubat niy. Makan dulu ubat niy baru berehat." ucap Chaeyoung.
Hanbin hanya mengikut apa yang dikatakan oleh Chaeyoung. Chaeyoung memimpin Hanbin masuk ke biliknya. Ketika Chaeyoung ingin keluar, dia terdengar yang Hanbin bercakap. "Jangan tinggalkan aku." kata Hanbin dalam tidurnya.
Tetapi apabila Chaeyoung melihat Hanbin, Hanbin hanya tidur. "Dia mengigau kot." kata Chaeyoung sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
HAHAHAH..cane sambungannya best tak? Klau best meh lah vote and comment..
"Btw sorry sbb lambat update author busy sgt lgipun dah nak sch kan?" yg masih sch tuh goodluck
you all's..oceyy bubye..
