※Hamasah Dengan Taubat※
Hati itu,
Jika sudah berkarat dengan dosa,
amat susah untuk ditanggalkan,
tapi tak mustahil..!Ia memerlukan iman dan hamasah yang kuat untuk meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa..
Mujahadah kita pasti akan teruji dengan sangat teruk.
Ya, Teruk..!
Tetapi..
Di sinilah menunjukkan sama ada kita bertaubat sebenar-benarnya atau tidak..
Taubat bukan hanya menadahkan tangan dengan deraian air mata semata..
Taubat ialah apabila kita kembali kepada Allah Yang Maha Esa..
Ya! Kembali..
Taubat ialah apabila kita mencuba utk buang perkara2 yang mendatangkan dosa..
Taubat bukan setakat kita hadapkan badan di tikar sejadah,
Tapi..
Taubat adalah apabila kita menghadapkan hati yang penuh pengharapan sepenuh rela kepada Rabb..
"Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah (kembalilah) kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya),"
[At-Tahrim : 8] 🕋

YOU ARE READING
Coretan Motivasi💌
Random"Aslih nafsak wad'u ghairak" 📿 "Perbaikilah diri kamu, dan dalam masa yang sama.. ajaklah orang lain" 🕌 Untuk siapa story ini; → Utk manusia yg belum jumpa/ faham jalan sebenar kehidupan.. 🍃 → Utk manusia yg sering alpa, lalai dan leka.. 💐 → Ut...