»Coretan 3«

6 2 0
                                    

ISTIQAMAH YANG SEBENAR??

-Istiqomah ini bukan satu perkara yang mudah..

-Nak kekal dalam perubahan memang bukan satu perkara yang simple..

-Sebab, seperti Imam Ghazali kata, iman ni konsepnya akan sentiasa turun dan naik. Sebab kita ini manusia.

-Daripada awal kita hidup sampai kita mati nanti, kita pasti akan diuji lagi dan lagi. Allah pun menjanjikan tentang ujian ini di dalam surah al Ankabut ayat ke-2 dan 3. Syaitan pula takkan putus asa untuk sesatkan dan tenggelamkan kita dalam dosa sehingga akhirnya lemas.

-Kerana itu, sampai kita mati kita pun kena bertempur dan berperang dengan nasfu.

-Persoalannya, macamana nak istiqamah??

-KUNCI ISTIQAMAH adalah NIAT kita berubah itu JELAS, TERANG dan SUCI, semata-mata kerana Allah. Tak boleh ada sebab lain.

-Bukan berubah kerana nak famous, bukan untuk nak kaya, bukan sebab nak followers, bukan sebab awek atau pakwe, bukan untuk nak kahwin, bukan untuk nak di sanjung dan di puji, bukan kerana terpaksa.

-Tapi kerana Allah!

-Orang yang ikhlas, Allah akan hadiahkan kepadanya ISTIQAMAH.

-Cuma ada masa, niat kita seakan terumbang ambing. Sebab itulah, kena tajdid (perbaharui) niat setiap hari. Hari-hari niat nak berubah dan istiqomah kerana Allah.

-Namun, istiqomah yang saya maksudkan BUKANLAH istiqomah dalam kebaikan. Bukan. Sebab, susah untuk kita kekalkan kebaikan kita 100%. Macam kita sebut pasal iman,  pasti ada masa turun dan naik.

-Tapi, istiqamah yang saya maksudkan ialah ISTIQAMAH DALAM BERTAUBAT!

-Walau kita sering jatuh,
walau kita sering tersungkur,
walau kita selalu gagal, dan berkali-kali hanyut dengan dosa dan maksiat.

-Jangan putus asa untuk taubat, taubat, taubat, dan taubat.

-Ingat..

-"Yang di katakan istiqamah itu bukanlah istiqamah dalam kebaikan. Tetapi, istiqamah dalam bertaubat!"

-Wallahua'lam..

-Moga Allah kurniakan kita keikhlasan untuk istiqomah dalam bertaubat sehinggalah mati..❣

Aamiin..💞

Coretan Motivasi💌Where stories live. Discover now