-1-

1 1 0
                                    

"Mak Melur!"

Nafas yang termengah-mengah ditarik dan dihembus dengan perlahan.

Penat!

Rasa nak pengsan je , semuanya sebab kertas kecil yang mengandungi maklumat yang paling bermakna dan berharga.

Jauh Orkid berlari semata -mata nak beritahu perkara yang mengembirakan dirinya itu.

Okey sebenarnya bukan berlari tapi mengayuh basikal yang Mak Melur hadiahkan semasa dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Mesti korang tertanya -tanya kan,  cemerlang yang Orkid cakap ni berapa A kan!? Kan!?

Ahh tak kisah la korang tertanya ke tak tapi tetap nak bagitahu jugak. Orkid dapat straight A okey!  .

Bukan nak riak tapi Orkid bangga dengan diri sendiri sebab berjaya atas usaha keras dirinya dan tentu lah dengan sokongan Mak Melur !

Sebut nama Mak Melur ni , ish! Terus teringat tentang sekeping surat yang dipegangnya. Boleh pulak Orkid mengelamun sampai tak ingat berita yang mengembirakan hatinya ini.

Oh! Dan semestinya  Mak Melur juga akan turut bergembira sekali kalau diberitahu berita sengsasi ini . Sungguh taksabar nak jumpa mak kesayangannya itu.

Orkid tergesa-gesa mencabut sandal yang dipakainya sebelum menyusun di rak kasut kayu yang sudah lusuh warnanya itu .

"Assalammualaikum Mak Melur! "

Sehabis sahaja memberi salam terus pintu kayu yang warnanya sama dengan rak kasut itu dibuka. Orkid dah tak tunggu Mak Melur menyahut. Dia betul-betul excited  ni!
Kaki kanan terlebih dahulu dimasukkan ke dalam rumah dengan bacaan bismillah. Terus langkah kaki mencari kelibat Mak Melur.

'comfirm mak tengah siram pokok bunga dekat belakang,  tu yang aku panggil tak menyahut '

Pintu belakang dibuka sebelum kaki disaukkan dengan selipar rumah. Mata melilau mencari kelibat wanita yang dimamah usia tersebut .

Melihat sahaja susuk tubuh yang sedang menunduk itu terus dipanggil sambil berlari anak ke wanita tua itu.

"Mak,  cuba teka Orkid dapat berapa? " tanya Orkid sambil tersengih.

"mana Mak Melur tahu Orkid, nanti mak teka salah muncung pulak mulut orang dekat sana tu " mula la tu nak menyakat orang .

" ala mak niii!  tak sporting la,  okey takpela. Orkid bagitahu jela. Taknak dah main teka-teka dengan mak " muka sengaja aku masamkan semasam-masamnya.

Tergelak Mak Melur melihat anak kesayangannya merajuk, mulut pon dah muncung serupa monyet dah.

"bagitahu jela anak mak sayang yang paling cantik, yang paling manis . Mak pun dah taksabar nak tahu Orkid dapat berapa untuk STPM"

okeyla korang sumer, disebabkan mak dah mention STPM tu.  Orkid ngaku sebenarnya kertas yang kononnya kertas yang memberi kebahagian tu adalah result STPM Orkid.  Hehehehe

" Orkid dapat 3.85 mak"

" alhamdulillah, syukurlah. Malam ni kita pergi makan dekat pekan ye sempena Orkid dapat keputusan cemerlang " mak sudah tersenyum lebar,  gembira gamaknya .

"Alah,  tak payah susah-susah mak. Kita makan je apa yang ada dekat rumah. Lagipun kita takdek transport.  Malam -malam pulak tu" Orkid tak senang duduk, rasa macam menambah beban yang tersedia berat ke bahu maknya pula.

"Alah transport jugak yang dikisahnya, kita kan ada Pak Mat. Mak pon dah bagitahu awal-awal dah dekat Pak Mat pagi tadi. Mak memang nak bawak kamu pegi makan dekat pekan.  Bukan selalu kita keluar makan" dekat bandar."

Muka penuh berharap mak aku pandang. Disebabkan mak nak pergi sangat terpaksa la aku ikut . Lagipun memang jarang kami pergi bandar . Rasanya dah lebih 2 bulan tak jejak bandar.

Itu pun pergi hospital sebab mak sakit urat masa tu. Pada awalnya memang pergi klinik dekat kampung ni je sebab mak asyik sebut sakit badan . Dah bawak pegi check, nurse suruh pergi hospital. Rupanya mak sakit urat.

Sekarang mak dah sihat tapi tula terlebih sihat sangat sampai jarang nampak mak berehat. Asyik buat kerja je.

Jadi ikut jela cakap mak , pergi makan dekat bandar. Bolehla cuci mata orang bandar hihihi

" ikut mak lah, kalau macamtu kita nak pergi pukul berapa? "

" mak dah bagitahu Pak Mat nak pergi pukul 4 petang " amboi mak ni, laju betul buat kerja. Ni kalau tak setuju mesti merajuk!

" okeyla kalau macamtu, Orkid masuk rumah dulu ye.  Nak mandi. Badan dah berbau dahni " ucapku sambil menghidu bau badan. Tak selesa betul, melekit-lekit rasa . Yela berlari-lari tengah panas tadi.

Mak pula hanya mengangguk sebelum menyiram pokok bunganya kembali.

Orkid memusingkan badan dan terus melangkah ke pintu rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai semua,  maaf kalau ada cerita tak berapa nak menarik.
This is my first time buat story.
Kalau rasa kurang boleh chat or comment.
Love u guys!

Sincerely,
itah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OrkidWhere stories live. Discover now