Bismillah dipermulaan cerita...
Kejadian berlaku pada pertengahan tahun 2005. Ketika itu Dian baru berada di tingkatan tiga (3) dan bermulalah perkenalan pertama antara Dian dan Hafeez.
Sejujurnya ketika itu Dian tak pernah berperasaan dengan mana-mana lelaki kerana bagi Dian, cukup sekadar kawan biasa. Akan tetapi, sikap Hafeez yang bersungguh ingin menjalinkan hubungan cinta telah membuat hati Dian mula terpaut rasa sayang.
Mereka mula berpacaran.
Jarak umur mereka cuma satu (1) tahun, yakni Hafeez tua setahun dari Dian. Namun ia tidak menjadi masalah pada mereka. Minggu demi minggu berlalu, mereka semakin akrab. Semakin mengenali diri pasangan masing-masing. Mereka jarang bergaduh, malah Dian selalu mengalah jika ada salah faham.
Setahun berlalu....
Saat ini dugaan melanda hubungan mereka. Goyah??? Hampir tapi Dian pantas mengawal keadaan. Tembelang Hafeez mula pecah satu persatu. Kekasih yang selama ini disanjung, disayang dan dipuja rupanya seorang romeo atau dalam bahasa mudahnya, Hafeez adalah seorang playboy!!!Setiap malam Dian menangis mengenang nasib diri, ditipu lelaki yang amat dicintai. Tapi dalam hatinya selalu berkata :
'Ah, biarlah dia nak berkawan dengan sesiapa pun. Selagi belum kahwin, dia berhak nak buat apa dia suka. Aku tak boleh kongkong hidup dia'
Langit tak selalu cerah, 5 tahun berlalu....
Hafeez masih tak ubah perangai, banyak kali kantoi. Perempuan-perempuan yang mengaku sebagai awek Hafeez tak henti-henti menyerang Dian. Tapi Dian langsung tak melawan dan masih tetap bersama Hafeez.Hafeez pernah berkata;
"Dian, walau apa pun yang berlaku, saya akan tetap pilih awak... Saya sangat sayangkan awak.. Saya nak kahwin dengan awak sebab awak faham saya.. Habis je form5 saya akan meminang awak! Awak tunggu saya tau!"Ya, sampai sekarang Dian masih tunggu janji Hafeez tu walaupun sekarang Hafeez dah berkahwin dengan orang lain dan ada dua (2) orang anak.
-Tamat kisah 1-