MS 1

87 7 0
                                    

Eunji memasuki rumahnya dengan badannya yang letih. Dia merehatkan badannya di atas tilamnya. Maklumlah rumahnya tiada katil. Tiada wang untuk membeli sebuah katil. Baru dia ingin melelapkan matanya, namanya sudah dipanggil. Dengan malas, dia menggerakkan tubuhnya untuk bangun dari tempatnya. Penat tak penat, kena diikutkan.

"Eunji okey tak?" Eunji hanya mengukirkan senyuman kepada ayah kesayangannya. Tak akanlah nak cakap penat pada ayahnya. Nanti dirisaukan oleh dia pula. Biasalah orang bekerja dengan orang bersekolah. Mesti penat. Nak buat macam mana.

"Unnie! Jom makan! Hari ini kita makan ramen. Sedap tau! Rugi tak makan. Appa yang masak tau," cakap adiknya yang berada di sebelahnya. Eunji memandang adiknya, Yein.

"Yein! Komawo! Unnie rasa kenyanglah hari ini. Makanlah. Appa makanlah tanpa Eunji tau. Eunji nak siapkan kerja sekolah yang masih tak buat lagi tu." Eunji mengusutkan rambut Yein.

"Unnie! Jangan kusutkan rambut Yein! Appa tengok unnie ni!" marah Yein yang membetulkan semula rambutnya.

"Hish! Eunji! Jangan kacau adik macam tu!" Tuan Jung memarahi Eunji.

"Sorry! Okeylah. Good night appa and Yein," cakap Eunji dan berlalu dari situ tetapi sebelum itu, dia sempat mengusutkan semula rambut adiknya.

"Unnie!" Yein menjerit dengan kuat. Eunji hanya ketawa terbahak-bahak.


Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Eunji masih menyiapkan kerja sekolahnya. Sudah masuk kali kesepuluh dia menguap tetapi, dia tetap mendegilkan matanya supaya tidak akan tertidur. Pintu bilik Eunji terbuka. Dengan pantas Eunji berpaling ke arah pintu.

"Eunji tak tidur lagi?" tanya Tuan Jung dan menuju ke arah anaknya.
Eunji tersenyum.

"Tak lagi appa. Masih banyak lagi kerja sekolah. Kenapa appa tak tidur lagi? Tak baik untuk kesihatan tau," tanya Eunji yang agak kerisauan dengan keadaan ayahnya. Tuan Jung ketawa.

"Apa yang kelakarnya? Eunji tanya ni. Kenapa appa tak tidur lagi? Dah tengah malam lah ni," tanya Eunji lagi. Geram juga dengan kelakuan ayahnya. Boleh pula ketawa masa-masa macam ni.

"Appa tak akan tidur selagi ada anak appa yang belum tidur. Tidak kira Eunji tutup lampu bilik tidur pun, appa boleh tahu," jawab Tuan Jung.

Eunji hanya tersenyum kambing selepas mendengar jawapan dari mulut ayahnya.

"Alah, appa pergilah tidur. Sikit lagi ni. Eunji okey je ni." Eunji menolak sedikit badan ayahnya.

"Eunji, appa kesiankan Eunji. Balik sahaja dari sekolah, Eunji kena kerja sampai malam. Kalau tak, sampai ke pagi Eunji kerja. Kerja sekolah Eunji pun tak sempat buat. Eunji nampak kepenatan. Makan pun tak selera sebab terlalu penat. Appa ni memang ayah yang tak guna kan? Sanggup biarkan anak bekerja walaupun masih bersekolah.
Sebenarnya Eunji patut fokuskan pada pelajaran. Appa takut pelajaran Eunji merosot disebabkan Eunji sibuk bekerja. Appa tak nak Eunji jadi macam appa. Nak makan sendiri pun susah. Apa lagi nak beri makanan pada anak. Eunji, appa tak suka macam ni," cakap Tuan Jung yang sudah menitiskan air matanya.

Dia menyesal sangat. Hidupnya tersangat susah sehingga anaknya sanggup bekerja untuk mencari rezeki sekeluarga. Isterinya sudah lama meninggalkannya.

Eunji memeluk ayahnya. "Appa, jangan risau. Ini semua bukan salah appalah.
Eunji yang nak bekerja. Niat Eunji cuma nak tolong appa je. Kalau pasal pelajaran, Eunji boleh buat. Eunji boleh belajar walaupun sedang bekerja. Jangan risaulah appa. Bukan ke sebelum ni, Eunji selalu dapat markah tinggi dalam peperiksaan," cakap Eunji dengan senyuman manisnya supaya ayahnya tidak akan risau tentangnya.

"Sekarang ni, appa pergi tidur. Tak elok untuk kesihatan. Kerja sekolah Eunji ni, ada sikit je ni. Pergilah," sambungnya sambil menolak badan ayahnya. Tuan Jung berlalu dari situ dengan senyuman.

Eunji mengeluh sedikit. Ya! Memang letih hidup di dunia ni. Dia menyimpan barang-barangnya untuk masuk tidur.

____________________

"Tuan tak nak keluar ke dari rumah? Sejak tuan umur 7 tahun, tuan langsung tak mahu keluar dari rumah. Macam mana nak tuan nak pergi sekolah? Dah berapa kali upah cikgu tetapi, tak sampai seminggu pun dah tak adalah cikgu tu. Boleh tak tuan jangan nak sombong sangat? Tuan tak nak ke tengok dunia ni?"

"Aku tak naklah! Kau tak faham ke? Asyik bagi soalan yang sama je dekat aku! Semalam orang lain! Hari ini ora
ng lain! Esok pun orang lain!

Pengawal aku ada 12 dekat sini jadi, 12 orang tu lah yang akan tanya soalan sama! Hah?! Ke korang dah rancang?" Dia mengetuk kuat pada meja makannya. Makanan yang terhida

(T.B.C)

Maafkan SayaWhere stories live. Discover now