Waktu sekolah telah berakhir. Eunji dengan pantas mengemas barang-barangnya kerana dia sudah lambat untuk bekerja. Yugyeom yang berada di sebelah memandang dengan pelik. Yugyeom pergi ke arah Eunji.
"Kenapa awak nak terburu-buru ni?" tanya Yugyeom.
"Hah? Saya nak pergi kerjalah. Tak akan awak tak tahu pula. Sayakan bekerja selepas tamat waktu persekolahan. Okeylah bye! Saya dah lambatlah ni. Kita jumpa esok." Eunji mula bergerak dari situ.
"Jangan lupa hari esok! Saya ajak awak keluar!" jerit Yugyeom.
Eunji berpaling. "Okey tapi, tak janji tau!" balas Eunji dan terus beredar dari situ.
Yugyeom mengeluh kecil. Dia duduk di atas kerusi. Kelas itu sudah kosong hanya ada dia sahaja di dalam kelas itu. Air matanya menitis dengan tidak sengaja.
Dia tidak tahu kenapa hatinya sedih dengan Eunji yang melayannya seperti begitu. Dia tahu bahawa Eunji melayan hanya kawan sahaja. Dia tidak mahu. Dia mahu Eunji melayannya lebih dari kawan. Ya! Itulah yang dia nak tapi, itu semua mimpi sahaja.
Eunji tidak pernah menyukainya. Malahan, ramai pelajar perempuan tergila-gilakan dia. Yugyeom tidak mahu itu. Dia cuma mahu Eunji sahaja.
Dia tidak mangambil kisah tentang kemiskinan Eunji. Hati dia bukan macam tu. Hatinya cuma ada untuk Eunji sahaja.
____________Selepas mengambil masa bersendirian, Yugyeom berangkat pulang ke rumah. Hari ini dia mahu pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Selalunya dia akam diambil oleh pemandu peribadinya.
Yugyeom mengambil jalan pintas supaya lebih cepat sampai ke rumah.
Tanpa disedari, Yugyeom telah melintasi ke rumah yang berada di atas bukit tapi, dia tidak mengambil peduli kerana dia selalu menggunakan jalan itu.Matanya tertancap pada seseorang yang sangat dia kenali. Yugyeom sangat kenal wajah pengawal-pengawal dari rumah di atas bukit itu.
Gerak hatinya tajam untuk mengikut walaupun dia mengetahui akan membahayakan dirinya sendiri. Firasatnya mengatakan untuk mengikuti lelaki tersebut.
Kenapa dia kena tangkap? Kenapa muka dia macam aku pernah nampak sebelum ni? bisiknya lalu mengikut pengawal itu sehingga di pagar rumah itu.
Telinganya dapat menangkap isi perbualan mereka itu.
"Encik, saya merayu sangat! Jangan tahan saya. Saya mohon sangat. Saya minta maaf sangat-sangat. Niat saya bukan nak mencuri atau menganggu pun. Saya cuma menolong kanak-kanak mengambil bola di sini sahaja. Percayalah cakap saya ni encik."
"Kami tak nak mendengar alasan encik. Kami hanya menjalankan arahan daripada tuan kami. Kami diarahkan oleh tuan kami untuk menahan encik kerana encik telah menganggu tuan kami. Selain itu, kami juga menerima arahan daripada tuan kami iaitu menahan encik sehingga tuan kami mahu lepaskan encik. Itu sahaja. Jadi, sila ikut kami pergi berjumpa dengan tuan kami."
"Encik! Saya merayu sangat. Tolong lepaskan saya untuk kali ini sahaja. Anak -anak saya sedang tunggu saya di rumah. Saya sudah berjanji dengan mereka untuk makan malam bersama mereka semua. Tolong lepaskan saya encik. Saya mohon encik!"
"Maaf! Kami hanya menjalankan tugas kami. Sila ikut kami. Jika tidak, kami akan gunakan kekerasan pada encik."
"Ye. Baik saya ikut sekarang. Eunji tolong appa sekarang. Yein, appa risaukan kamu. Macam mana kamu dekat rumah. Appa minta maaf sebab tak dapat jumpa kamu berdua sekarang atau sampai bila-bila."
Yugyeom terkejut apabila mendengar nama Eunji.
Membulat matanya.
Dia dengan pantas beredar dari situ. Ya! Dia harus beri tahu pada Eunji. Ayahnya dalam bahaya sekarang! Yugyeom berlari dengan laju menuju ke rumah Eunji.
Dia berharap Eunji ada di rumah.
___________
Ping! Habis berkecai gelas yang dipegangnya. Malah, jarinya juga berdarah akibat terkena serpihan kaca di gelas itu.
Dia cepat-cepat mengutip serpihan kaca itu. Hatinya mula timbul perasaan tidak sedap hati. Dia cuba berfikiran positif tetapi, tidak boleh. Peluhnya mula keluar. Badannya terketar. Dia mula terfikir tentang ayahnya dan adiknya. Okey ke?
"Eunji! Apa yang kamu buat ni! Habis pecah gelas saya! Kenapa kamu boleh cuai?!" Eunji memandang ketuanya.
"Tuan, saya nak balik sekarang boleh? Tuan boleh potong gaji saya untuk bayar ganti rugi gelas ini," kata Eunji dan terus beredar dari situ dengan pantas.
"JUNG EUNJI !"
Eunji mengabaikan panggilan itu. Hatinya masih berdebar-debar.
Jantungnya berdegup dengan laju. Fikirannya buntu apabila memikirkan keluarganya. Lariannya semakin laju menuju ke rumahnya.
_____________
Eunji terkaku. Matanya membulat. Air matanya mula membasahi pipinya. Seluruh badannya bergetar. Dia masih tidak mempercayai kata-kata adiknya.Tidak mungkin.
"Boleh Yein ulang balik. Appa dekat mana sekarang?" tanya Eunji yang masih berdiri tegak tanpa memandang adiknya.
"Unnie! Yein kata betul! Yugyeom oppa yang nampak. Appa kena tahan dengan pemilik rumah yang duduk dekat
atas bukit tu! Unnie! Macam mana ni? Yein tak nak apa-apa terjadi dekat appa," jawab Yein yang sudah mengalirkan air matanya."Eunji, awak dengar ke? Awak okey?" tanya Yugyeom dengan risau.<
(T.B.C)
YOU ARE READING
Maafkan Saya
Fanfiction"Saya sanggup dibunuh janji awak lepaskan ayah saya! Saya merayu sangat!" "Okey. Aku akan lepas ayah kau tapi aku tak akan bunuh kau. Aku nak kau jadi....." Dengan terpaksa dia merelakan sahaja. Masalahnya, dia bagi peringatan pada semua iaitu melar...