KARYA KEDUA FURYWHITE_
Cover by @aira_nn
Setiap orang mempunyai takdir mereka yang masing-masing.
Ada yang suka mahupun duka. takdir kami semua dipilih sejak dilahirkan. takdir yang tidak akan kami dapat mengubahkan.
"1 tahun sahaja lagi aku nak tu...
"Diminta para pasangan masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh kami."
Berpusu-pusu pasangan-pasangan kecil yang ditetap masuk ke dalam bilik.
Manakala buat si gadis kecil ini dia berasa malu dan ingin menangis saat mata helang yang tajam sedang merenung dirinya itu.
Berkolam mata kecilnya yang ingin mengrembeskan air mutiara.
"Tch, such a crybaby." Komen budak lelaki itu sambil memeluk tubuhnya.
Terdengar sahaja komen tersebut, air mutiara milik si gadis kecil itu jatuh ke pipi comelnya.
"Wipe your tears crybaby." Arah budak lelaki itu.
"I not a crybaby!" Bentak si gadis kecil geram kerana digelar 'crybaby'.
"Then? You shouldn't not crying like a little baby right now." Komen budak lelaki itu lagi.
Bersungguh-sungguh si gadis kecil itu mengelap air matanya.
Suasana mula hening apabila pasangan baru ini tiada topik ingin berbicara.
"Hey." Panggil budak lelaki itu.
Si gadis kecil mengangkat kepalanya dari tunduk terus menerus.
"Come here." Arah budak lelaki itu agar duduk di sebelahnya.
Si gadis kecil tanpa membuang masa terus mengangkat kerusi dan duduk di sebelah budak lelaki itu kerana gerun melihat mata helang yang mempersonakan dirinya itu.
Budak lelaki itu mencengkup kedua-dua pipi comel si gadis kecil itu lalu melabuhkan ciuman di dahi mulus.
"Don't cry. You make me feel hurt." Kata budak lelaki itu seraya memeluk tubuh pasangan kecilnya itu.
"Time's up little bird! Kamu semua jangan risau kerana kamu akan jumpa pasangan kamu pada umur 17 tahun!"
Budak lelaki itu mengeluh seraya merungkaikan pelukan. Dia melihat kembali muka comel yang akan dia rindukan.
Dia mengambil peluang dengan mencium-cium sekitar muka si gadis kecil itu namun tidak pada bibir.
"Don't be crybaby in front of anyone else, just be crybaby when you with me. Only me! Okay?" Ucap budak lelaki itu tegas sambil menembungkan dahi mereka berdua yang membuatkan si gadis kecil itu terkebil-kebil.
Pantas si gadis kecil itu mengangguk tanda faham dengan kata-kata pasangannya.
Budak lelaki tersebut mencium sekilas dahi pasangannya sebelum dibawa keluar oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk memisahkan mereka.
--~--
System Fate for Fateness Happiness- by Fate Rules.
Fate merupakan sebuah sistem yang menemukan takdir seseorang.
Peraturan Fate tersangatlah ketat sehingga kami warga Fateness harus patuhi.
Pasangan kami sudah ditetapkan sejak kami lahir.
Pada umur setahun dan 6 tahun, kami digalakkan berada di tadika untuk pembelajaran awal.
Ketika berumur 7 tahun, kami akan dipertemukan sekali sahaja dengan pasangan kami. Selepas sahaja bertemu, kami harus menunggu selama 10 tahun bagi melengkapkan ujian persekolahan serta rumah tangga.
Bagi seorang yang berjantinakan lelaki, mereka diberikan pilihan ketika berumur 14 tahun sama ada mengambil course yang tertentu bagi mereka namun setiap seorang dari mereka wajib masuk ke dalam kem tentera selama 6 bulan jika ingin menukar ke course berlainan manakala bagi yang ingin meneruskan sesi latihan mereka diberi selama-mana yang mereka inginkan.
Begitu juga dengan perempuan, mereka akan diberikan pilihan namun mereka wajib masuk ke dalam course rumah tangga selama 6 bulan dan diberi pilihan untuk meneruskan atau ke course yang lain.
Pada umur 17 tahun, mereka akan ke sekolah yang lain dan dipertemukan dengan pasangan masing-masing.
Jika pasangan tersebut lengkap maka mereka automatik menjadi pasangan hidup sehingga mati atau pun dalam bahasa yang lain suami isteri yang sah.
Acara ini akan berlangsung setahun sekali di sekolah bagi mereka yang merupakan pelajar baharu.
Setiap pasangan akan diberikan cincin yang teristimewa kerana ia dilengkapkan dengan teknologi yang boleh menyampaikan mesej kepada pasangan masing-masing namun bagi cincin perempuan ia dapat mengesan lebih mendalam ke dalam tubuh mereka kerana ia dapat mengesan sama ada wujudnya nyawa kecil atau pun tidak.
Jika pasangan perempuanya mengandung maka cincin tersebut akan menghantar mesej kepada pasangan lelakinya secara automatik untuk menyampaikan berita gembira.
Pada cincin pasangan perempuan hanya dapat memberikan gambaran ultrasound jika tuan pemiliknya ingin melihat.
"Wow, like seriously? Cincin ni dapat kesan aku mengandung rupanya." Kata gadis tersebut setelah melihat buku sisten peraturan sambil membelek cincin yang terletak elok pada jari manisnya itu.
Dia mendapat cincin tersebut ketika berumur 13 tahun dan ditukarkan dari masa ke semasa agar cincin itu muat dan selesa padanya.
Dia mengerling ke arah jam.
"Alamak! Dan pukul 10! Mampus aku kalau pengawal nampak aku dekat luar!" Kata Scarlet cemas apabila melihat jam menunjukkan pukul 10 malam kerana pengawal bilik kondo mereka itu akan meronda untuk melihat siapa yang tidak berada di dalam bilik kondo masing-masing.
Pantas Scarlet mengemas bukunya yang bertaburan di atas meja batu lalu berlari ingin pulang ke rumah.
Aku Scarlet Evelyn, seorang gadis yang masih menunggu pasangan tercinta menamatkan kem tentaranya.
"Fuh! Nasib lepas dari pakcik boroi tu kalau tidak habis kena dengar leteran tak berfaedah dia tuh!" Kata Scarlet dengan langkah yang longlai masuk ke dalam bilik kondonya itu.
Bilik kondonya itu sangat luas. Ianya lengkap dengan perabot-perabot serta peralatan bagi keluarga baharu.
Ting!
Kedengaran mesej masuk dari cincin miliknya. Scarlet segera menekan cincin agar memaparkan monitor untuk dia melihat mesej tersebut.
Namun bukan mesej yang masuk tetapi peti rakaman suara dari buah hatinya.
Terus dia menekan button play untuk mendengarkannya.
"Hey crybaby, you have to sleep right now. Love you crybaby."
Husky sahaja suara pasanganya itu.
Rakaman peti suara berdurasi selama 10 saat itu terhenti. Hati Scarlet berbunga mendapat peti rakaman suara tersebut.
Boleh dikatakan hampir setiap hari, pasangannya akan menghantar peti rakaman suara.
Namun Scarlet masih tertanya siapakah pasangannya itu?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.