00

139 18 5
                                    

Tangannya sibuk menyusun kertas-kertas yang bertaburan diatas meja. Beberapa fail laporan yang masih tertunggak kerjanya dan beberapa keping gambar yang diambil dari kes baru-baru ini.

Sedang asyik mengemas, seseorang menerjah masuk ke dalam ruangan pejabatnya membuatkan dia terkejut.

"Ada apa kau panggil aku?," soal lelaki itu.

Dia mengurut dadanya sebelum memandang gerangan yang mengejutkannya.

"Kau ni tak reti ketuk pintu dulu ke? Terkejut tau tak?! Kalau aku kena serangan jantung pastu mati nanti, macam mana?," marahnya pada lelaki tadi.

"Senang je. Kalau kau mati nanti, aku boleh tolong galikan kubur,"

"Tak lawak la,"

"Aku tak buat lawak pun,"

"Eh, kau ni kenapa? Bad mood je hari ni. Selalunya tak pernah lekang senyuman kat muka kau tu,"

"Kau ah ni, Alex! Aku tengah makan kat kafe. Kau sesedap je call aku. Dah la ada babun pergi tukar aku punya ringtone! Lagu rock pulak tu! Terkejut aku dibuatnya! Nasib tak tercekik tadi!," bebel lelaki itu. Alex hanya tertawa mendengar cerita kawannya itu.

"Sorry ah, bro. Sebenarnya aku yang tukar ringtone phone kau... Kekekekkek," Alex ketawa lagi apabila kawannya sudah mahu meletup.

"Cibek ah kau ni Alex! Nasib sayang tau kalau tak dah lama aku lempar kau tepi parit," marah lelaki itu lalu mengetuk kepala Alex.

"Aku ada misi untuk kau, Jin," balas Alex setelah selesai mengenangkan nasib diri. Kepala yang pedih diusap perlahan.

"Baru dua hari lepas aku selesaikan satu misi, ni dah ada misi baru pulak. Cubalah bagi cuti panjang sikit. Nak rehat pun tak sempat. Dah la misi yang aku kena buat pun pelik-pelik," bebel Jin sambil duduk diatas sebuah kerusi yang berhadapan dengan Alex. Hanya meja yang menjadi pemisah diantara mereka berdua.

"Hah! Misi apa pulak kali ni?,"

"Satu syarat. Kau tak boleh tolak misi ni walau apa sekalipun sebabnya dan tak akan ada alasan yang diterima. Janji?" soal Alex.

Jin memandangnya sebentar sebelum mengangguk setuju.

Alex menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut.

"Kes pembunuhan bersiri dua tahun lalu kini berulang lagi. Aku baru je balik dari tempat kejadian. Pihak polis dan ahli forensik telah jalankan siasatan pada mangsa, dia telah dibunuh dengan cara yang sama dengan lima mangsa yang lepas,"

Alex meletakkan beberapa keping gambar yang diambil ketika ahli forensik menjalankan membedah mayat mangsa.

Jin menilik gambar itu dengan teliti. Terlihat kesan kelaran di leher dan beberapa kesan tikaman di bahagian abdomen si mangsa yang juga pernah berlaku pada mangsa-mangsa yang lepas.

Sama. Memang sama.

Setelah puas membelek gambar-gambar itu, dia mengalihkan perhatian pada Alex.

"Aku dapat kesan lokasi pembunuh ni ada dekat Seoul di bahagian pendalaman sekarang ni,"

Jin mengangguk tanda mengerti.

"Misi kau adalah untuk cari dia dan untuk itu, kau kena menyamar jadi budak sekolah. Dari masa ke masa aku nak kau hantarkan laporan. Penggunaan gadjet kau kat sana pun kena berhati-hati. Jangan redah je, faham?"

"Baik,"

"Lusa kau akan bergerak ke sana,"






TBC...

°That Psycho Game <김석진> MalayfanficWhere stories live. Discover now