04

35 11 20
                                    

"Helo semua! Nama saya Kim Minjin. Selamat berkenalan," ujar Jin sambil tersenyum memandang isi kelas itu.

"Tingginya dia! Mesti boleh jadi model!"

"Cantiknya!"

"Comel lah!"

Terdengar kata-kata pujian dari kalangan murid perempuan.

"Minjin! I love you! "

"Jinnie! Jadi awek aku!"

"phewwitt!"

Guru lelaki yang berumur lingkungan 30an itu sekadar menggeleng kepala melihat tingkahlaku pelajarnya.

Dia menepuk tangan beberapa kali, menghentikan segala bunyi yang keluar.

"Baiklah, mulai hari ni Minjin akan belajar dengan kamu semua. Nanti kamu kenal-kenal lah ya,"

"...Sekarang, Minjin kamu boleh duduk di temat kosong dibelakang sana,"

Jin menurut.

"Saya En. Park, guru kelas ni. Saya akan mengajar awak subjek Matematik. Kalau ada apa-apa boleh bagitahu pada saya atau guru-guru yang lain," ujar En. Park ramah pada Jin.

Jin sekadar mengangguk.

"Baiklah, mari kita mulakan pembelajaran kita untuk hari ini,"

Kelas pagi itu bermula dengan lancar.

...

Loceng berdering nyaring menandakan waktu rehat telahpun tiba. Para pelajar berpusu-pusuan ke kantin bagi mengisi perut mereka yang masing-masing meragam.

Tetapi tdak bagi Seokjin. Dia memilih untuk menggunakan masa rehat itu untuk melihat kawasan sekolah itu.

Setelah penat berjalan, Seokjin duduk berehat di taman belakang sekolah yang dijumpainya tadi.

Dia duduk sambil menganalisis apa yang telah dilihatnya.

Berdasarkan pemerhatiannya, sekolah ini mempunyai dua bangunan lama di sebelah baratnya dan selebihnya merupakan bangunan yang baru dan yang dibaik pulih.

Sekolah ini tidaklah mewah tetapi cukup canggih bagi kawasan pendalaman seperti Pyeongchang-dong ini.

Untuk dipendekkan cerita, tempat ini merupakan kawasan yang sempurna untuk bersembunyi...

Sedang Seokjin duduk menikmati udara segar itu, seseorang mencuit bahunya dari belakang. Dengan refleks yang pantas, Seokjin menoleh. Wajah seorang lelaki yang kelihatan lebih muda darinya menyapa pemandangan.

"Err... Ada apa ya?" soal Seokjin apabila lelaki itu tidak bersuara.

"Hyung ke?" terdengar samar-samar suara lelaki itu menegurnya.

Seokjin tersentak apabila terdengar perkataan itu keluar. Penyamaran aku terbongkar ke?

"Tak... Yang ni perempuan...," gumam lelaki itu lagi.

"Hei, awak okay ke?" soal Seokjin ragu-ragu melihat karenah lelaki itu.

"Eh? Oh, maaflah noona. Saya teringat dekat kawan saya. Muka noona nampak seiras dengan dia," ujar lelaki itu sambil tersenyum.

"Ouh, ye ke? Kawan awak tu nama apa?" soal Seokjin sekadar untuk berbual-bual.

"Nama dia Seokjin. Kim Seokjin,"

Jantung Seokjin terhenti berdegup buat seketika setelah mendengarkan jawapan lelaki itu. Namun, dia cepat-cepat mengawal ekspresi wajahnya.

"Nama awak siapa?" soal Seokjin lagi.

"Saya Hoonja. Park Hoonja,"

Seokjin terkelu.

...

Malam itu Seokjin asyik merenung siling biliknya. Dia teringatkan Hoonja. Nampaknya memang tak salah lagi figura yang dia terperasan pagi tadi tu adalah Hoonja.

Sungguh, dia sangat merindui lelaki itu. Hoonja lah teman mainnya ketika suatu masa dahulu. Mereka rapat. Sangat rapat. Namun, peristiwa pahit yang berlaku telah memutuskan persahabatan mereka.

"Ah, tak guna aku terkenang-kenang masa lalu. Dah lima tahun berlalu," ujar Seokjin pada diri sendiri.

Seokjin kemudiannya bersiap-siap untuk tidur. Namun ketika dia ingin melelapkan mata, terlihat kelibat hitam melintasi tingkapnya dengan pantas.

Aish... Apa benda pulak tu...?

Tok! Tok! Tok!

Terdengar bunyi ketukan dari luar biliknya. Seokjin yang mula ketakutan itu cuba menenangkan dirinya.

Dia memberanikan diri untuk menegur bunyi itu.

"S..siapa tu?"

Diam.

"Siapa tu? Jawablah,"

Jantung Seokjin semakin laju berdetak. Sudah terbayang pelbagai jenis senario seram yang bermain di mindanya.

"Ni Namjoon. Boleh awak buka pintu ni?"

Seokjin segera berlari ke pintu dan membukanya. Kelihatan Namjoon sedang menilik satu sampul ditangannya.

"Ada apa, Namjoon?"

Namjoon tidak menjawab, sekadar menghulur sampul yang dipengangnya tadi kepada Seokjin.

Seokjin menyambut huluran itu lalu dibelek-belek sampul itu. Kelihatan tertulis nama palsunya sebagai penerima surat.

Setelah dia berterima kasih, Namjoon berlalu pergi.

Seokjin menutup pintu biliknya lalu melihat sampul itu lagi sebelum mengeluh.

Kerja lagi...

...

Siap melaporkan harinya pada Alex, Seokjin bersiap-siap untuk tidur. Sampul surat yang diterimanya disimpan rapi di dalam laci meja. Oleh kerana matanya yang semakin memberat itu tidak dapat ditahan lagi, dia segera pergi membaringkan diri di atas tilam dan mula melelapkan mata.

1.00 a.m.

Seokjin terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi tingkap biliknya dibuka. Seokjin yang separa sedar itu perlahan-lahan bangun dan menutup tingkap itu.

Dia kembali masuk ke alam mimpi setelah itu tanpa menyedari sosok hitam yang sedang bersembunyi disebalik kegelapan malam...








TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

°That Psycho Game <김석진> MalayfanficWhere stories live. Discover now