"Saya, Ejen 0173, meminta izin untuk menjalankan tugas ini dan berjanji akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku,"
Setelah mengangkat sumpah janji, Seokjin memulakan misinya dengan makeover dan bergerak ke Pyeongchang-dong dimana tempat si pembunuh itu dikesan.
Segala kelengkapan dan keperluan dibawa bersama. Misi kali ini harus lebih teliti.
Setelah tiga jam perjalanan, Seokjin tiba di destinasinya. Sedang dia mencari kunci rumah sementaranya, telefonnya berdering. Segera dia menerima panggilan setelah membaca nama yang tertera pada skrin.
"Ya, tuan?"
"Ejen 0173, kamu bukan berseorangan dalam rumah sementara tu. Sila pastikan identiti kamu tidak terdedah dan jangan buat benda-benda yang boleh merisikokan misi ini," pesan orang disebalik talian itu.
"Baik, tuan,"
Jin mematikan telefonnya setelah panggilan diputuskan. Jin ingin mencari kunci rumah tetapi kemudiannya dia teringat bahawa Alex tidak memberikan apa-apa padanya.
Jin mengeluh sebelum menarik bagasinya kearah rumah sementaranya.
Jin menekan loceng sebanyak tiga kali sebelum seorang lelaki keluar dengan memakai oversized t-shirt dan seluar pendek paras lutut.
"Penghuni baru ye?" soal lelaki itu. Jin mengangguk perlahan.
"Kitorang semua lelaki, kau okey ke?" soalnya lagi. Jin mengangguk lagi.
Jin tahu mengapa dia disoal begitu. Ini kerana, orang disini akan mengenalinya sebagai seorang perempuan yang bernama Kim Minjin.
"Hmm, berani kau eh. Masuk ah," lelaki itu membuka pagar lalu membawa Jin masuk ke rumah.
"Bilik kau ada kat sana, sebelah pintu bilik warna kelabu. Bilik air dah ada dalam bilik tu," ujar lelaki itu sebelum menghilang ke dapur.
Mata Jin menerokai sudut rumah itu. Perhiasannya biasa tapi menenangkan. Dinding yang dicat putih dan softblue terlihat sesuai dengan warna sofa yang berwarna kelabu dan dihiasi sulaman benang yang berwarna light gold.
Jin tersenyum nipis, sudah lama dia tidak merasakan ketenangan seperti ini. Dengan haruman yang tiba-tiba memenuhi ruang itu menambahkan lagi rasa ketenangan itu.
"Meh la duduk, minum-minum dulu," ujar seseorang membuatkan Jin tersentak.
Setelah menyedari bahawa itu lelaki yang menyambutnya tadi, Jin mengambil tempat disalah satu sofa disitu.
"Air apa ni?" soal Jin apabila melihat air yang baginya kelihatan agak pelik.
"Teavana citrus Lavender tea, air campuran buah-buahan dan bunga lavender. Minumlah," ujar lelaki itu.
Jin menyisip sedikit teh lavender itu dan menikmati kenikmatan yang dirasainya.
"Sedap! Awak dah lama ke minum air ni?"
Lelaki itu mengangguk.
"Ianya dapat membantu masalah tidur malam dan mempunyai aromaterapi yang menyegarkan badan. So, I love it so much,"
Jin menikmati teh itu sambil berbual dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Min Yoongi.
Yoongi merupakan yang tertua dalam rumah itu. Yoongi juga memberitahu ada lima lagi penghuni yang bernama Namjoon, Hoseok, Jimin, Taehyung dan yang terakhir adalah Jungkook.
"Diorang mana?" soal Jin ingin tahu.
"Namjoon dan Hoseok masih tidur, manakala yang lain ada latihan dan kelas tambahan,"
Jin mengangguk faham. Setelah berbual, dia meminta diri ke biliknya manakala Yoongi pula keluar ke kedai bagi membeli keperluan rumah.
TBC...
YOU ARE READING
°That Psycho Game <김석진> Malayfanfic
Fanfiction[] Temporarily paused [] Sinopsis: loading... Start: 4 July 2020 End: 17 May 2021 Status: remaking