PART 2

634 2 2
                                    

'Kau cantik dan masih ada yang terbaik buat engkau. Kenapa kau perlu bersedih disebabkan seseorang yang tidak pernah hiraukan akan kehadiran kau?'

Seyra bermonolog sendiri. Airmatanya dikesat supaya tiada lagi sisa yang jatuh ke pipi. Seyra perlahan lahan mengukir segaris senyuman buat dirinya sendiri.

Seyra terus membersihkan badannya. Kali ini disetiap sudut badannya dibersihkan supaya tiada daki yang terselit tiada kuman yang tertinggal. Seyra betul betul ingin mempunyai badan yang segar .

Cukup baginya untuk bersedih selama tiga hari kerana telah membuat keputusan untuk menjauh dari Reimi. Seyra dan Reimi telah bercinta selama 3 tahun.

🌻🌻🌻🌻

"Hai awak? Murid baru ye?" Reimi menyapa.

"Ha..ye saya" Seyra menjawab walaupun dia merasakan sedikit janggal dengan sapaan itu.

"Ini no. Saya awak boleh whatsapp kalau ada apa apa" Reimi mengoyakkan sehelai kertas lalu ditulis nombornya .

Sarah mengambil kertas tersebut lalu dibacanya satu satu nombor.

"Aip jangan la ternganga begitu nanti masuk lalat . Hihihi saya pergi dulu" Reimi terus bangun dan melangkah pergi. Seyra masih kebingungan. 'A..apa yang baru jadi' soalnya di dalam hati . Muka nya ditampar berkali kali untuk sedar ke dunia reality.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Ye pertemuan yang ringkas itu telah mengarang sebuah kisah cinta antara Reimi dan Seyra selama tiga tahun.

Paip air ditutup dan tuala dicapai untuk menutup tubuhnya. Seyra mengambil sehelai seluar jeans berwarna hitam dan sehelai kemeja putih dan disarungnya. Rambutnya di keringkan dan disikat. Rambut yang ikal mayang dan kulit yang putih melepak itu membuatkan dirinya kelihatan sungguh menawan walaupun hanya disarungkan sehelai kemeja putih kosong.

Gincu merah dipakai agar bibirnya tidak kelihatan pucat. Satu senyuman lagi dihadiah kan buat dirinya . 'Janganlah bersedih lagi' katanya sendiri .

Tombol pintu ditariknya perlahan . Nafas ditarik panjang. Dengan harapan saat dia membuka pintu biliknya ini akan ada harapan dan cahaya baru buat dirinya. Kaki nya melangkah keluar dan senyuman masih tidak hilang di bibir.

*sambungg

Lepaskan Aku 🌙Where stories live. Discover now