17

42 5 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Vote jangan maleh sangat


❤❤❤❤❤

Pagi Isnin yang segar itu dimulakan dengan hari persekolahan di BigHit Highschool. Keadaan tempat menuntut ilmu itu agak sunyi kerana kekurangan pelajar.

Miya yang sedang rancak mendengar lagu melalui aplikasi Spotify bersandar di dinding menunggu Taehyung.

Baru saja mahu menuju ke kelas , akibat 10minit menunggu, akhirnya, Taehyung sampai.

Miya berdecit

"Berjanggut aku tunggu kau. Lambat gila"

"Yeke? Mana janggutnya?"Taehyung memegang dagu kawannya didepan. Namun, ditepis Miya.

"Cepatlah bagitahu plan kau"

"Aku nak malukan Joorin secara mental"

Miya mengangkat kening. Wow.

Biasanya Taehyung hanya menggunakan cara kotornya. Contohnya, selak skirt. Nak buat camna?

"Dia kan ada sejarah hitam dengan keluarga Jeon. So, kita bagitahu yang keluarga Nam tu punca keluarga Jeon jatuh teruk."

"Plan kau tu bagus. Tapi, Jungkook?? Once Jungkook pernah bagitahu kita supaya jangan sebarkan cerita dia ni"

Miya berjalan disebelah Taehyung yang tersenyum sinis. Gula gula getah dikunyah.

"Kita buat kerja tu dua dalam satu. U know, aku bukannya nak berkawan dengan Jungkook sial tu"

"Wait! Are you serious?! Kau kawan dengan dia lebih kurang 10dekad bodoh"

Bahu Taehyung ditepuk. Adakah persahabatan Jungkook dan Taehyung hanyalah toxic?

"Kalau dia je asyik dapat nama, baik tak payah. Dah la, kau jangan bagitahu pasal ni"

"Duit dulu. Baru aku tak bukak mulut"Miya berkata sambil menggosok jari telunjuknya dengan ibu jarinya.

Taehyung hulurkan kad kredit bewarna emas kepada remaja perempuan itu. Lalu, kepala Miya diusap.

"Debit card tu aku bagi kau guna 2 hari je. Ingat, kalau kau bukak mulut. Kau yang cari nahas"

--

"Sesiapa yang mahu ke lawatan ke pulau Jeju, nanti ambil borang dekat atas meja. Esok hantar dengan duit sekali"Saem Oh berkata dengan lantang lalu keluar dari kelas itu bersama dengan beberapa buku latihan

Pihak sekolah akan mengadakan lawatan bagi pelajar gred tiga ke pulau jeju selama tiga hari. Dalam sekelip mata, pelajar dalam kelas itu meluru ke meja guru untuk mengambil borang.

Lawatan kali ini mewah sedikit. Mereka akan menginap di resort tepi pantai. Lebih tepat, salah satu resort Tuan Nam, ayah Joorin

"Jimin, awak tak pergi ke?"

Jimin hanya menggeleng. Dia dapat rasakan firasat yang tidak enak. Naluri hatinya sebagai seorang pelindung Joorin katakan tidak.

"Ala jomlah Jimin. Saya tak pernah kesana walaupun resort ayah saya. Kalau saya gi sorang, saya tak ada kawan"Joorin membuat mata anak anjing selepas itu dikedipkan.

Sungguh dia mahu kesana. Ayahnya kata, resort itu paling cantik yang pernah dia ada. Berdekatan dengan pantai. Bestnya !

"Anniyo. Awak jangan lah pergi. Ha, nanti waktu tu kita boleh keluar sama sama"Jimin memancing .

Bibir Joorin memuncung. Kemudian, borang tadi dia biarkan diatas meja lalu ditatap lama.

"Kau siapa nak halang dia? Biar sajalah dia pergi"

Suara garau itu. Jungkook muncul dari belakang. Kemudian, Joorin dia lihat. Borang Joorin yang masih belum diisi itu dia ambil. Pen dari meja Jimin dia ambil.

Butiran Joorin dia isi selengkapnya.

"Jungkook! Kau buat apa ni?!"

"Kau kata nak pegi kan? Ha, aku dah tolong isi. Nak tandatangan"

Joorin melihat Jungkook dengan mata yang berapi. Dia masih tidak ambil pen dan borangnya yang sudah diisi Jungkook.

Bertuah punya budak!

"Ouh taknak isi? Tak pa takpa"

Ibu jari Joorin dia ambil kemudian dia conteng dengan pen marker hitam. Dan

COP
Dia copkan ditempat "isi tandatangan"

"Yah Jungkook!!"

Jungkook ketawa sendiri melihat Joorin yang sedang berapi. Dapat dia rasakan aura hangat disekeliling Joorin.

Manakala Jimin buntu. Jika dia tidak pergi, pasti Joorin dibuli.

"Aku nak pergi!"

Sepantas kilat Jimin isi borang itu. Tidak sampai seminit.

"Pahal dia ni? Dia suka Joorin jugak ke?"


.

THE NERD »jungkookWhere stories live. Discover now