19

47 4 2
                                    

-bukan apa tak syabarr teaser photo sat gi 🥺💘-happy weading and vote juceyo 🥺💐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-bukan apa tak syabarr teaser photo sat gi 🥺💘
-happy weading and vote juceyo 🥺💐








Joorin berdecit lalu berpusing kembali. Malas mahu dia layan Jungkook tu. Bukannya ikhlas nak tolong dia, tapi lagi teruk dia buat.

"Menyampah aku. Ingat aku nak layan ke manusia sampah macam kau"perlahan saja Joorin berkata sambil berjalan menuju ke kelas.

Mood paginya betul betul hilang. Dari excited nak pergi pulau Jeju esok hari, terus hilang macam debu dibawa angin.

Jungkook mengejar Joorin dari belakang lalu tangan kanan perempuan itu dia tarik. Joorin berhadapan dengan Jungkook.

"Kenapa lari?"

"Tch. Aku tahu kau nak buli aku. Dah la, malas aku."pandang muka Jungkook pun tidak, apatah lagi ikhlas ke tak apa yang dia cakap

Sumpah dia penat dan tak nak tengok langsung dah Jeon Jungkook.

Lain jadinya apabila Jungkook memeluk Joorin dengan erat. Kepalanya direhatkan dibahu Joorin walaupun terpaksa dia tunduk.

Joorin tidak membalas pelukan itu. Dia kelu. Apa--- apa yang Jungkook buat??

"Eeeeee lepaslah setan. Jijik aku"Joorin menolak Jungkook. Nasib lelaki itu sempat mengimbangkan badannya. Kalau tak, terlentang dah.

"Ewah ewah. Sedap hati kau je tolak aku? Kau ingat aku nak ke peluk kau? Itu dare saja. Duhh"

Untuk menutup malunya, Jungkook beredar dari situ. Rambut yang menampakkan dahinya di selak. Tangan diletak kedalam poket. Dia membelok ke kiri menuju ke bawah, koperasi.

"Gila punya Jeon"Joorin meneruskan perjalanan nya.

Sementara dibelakang, Jimin dan Taehyung menyaksikan segalanya.

Ada sorang itu sakit hati ada sorang itu rela hati.

--

"Do RaeMi!"

"Saya!"

"Jeon Jungkook!"

"Saya"

"Nam Joorin!"

"Saya!"

"Park Jimin!"

"Saya!"

"Memandangkan semua dah ada beratur, naik bas ni. Jangan risau seat cukup. Jangan tolak tolak sebelum ada yang kena tembak."Saem Oh berpesan.

Pelajar kelas 3-1 dan 3-2 menaiki bas sekolah bewarna biru itu sambil beratur. Semua teruja kerana lawatan kali ni fancy gitu.

"Jimin, tak selesa la pakai baju ni. Awak la paksa saya pakai"baju crop top yang menampakkan perut kempis Joorin itu ditarik Joorin.

Crop top hitam berlengan panjang dan seluar jeans panjang pilihan Jimin. Itupun Jimin suruh Joorin pakai seluar pendek.

No way!

"Pakai jugak dalam orang paksa dia"jeling Jimin lalu kamera poloraid diarah ke Joorin.

"Say kimchi!!"

Joorin tersenyum lebar bersama posing peace. Topi besbol dan sliding beg pastel itu menambahkan lagi kemanisan remaja bernama Joorin itu.

"Kimchi!!"

Jungkook datang mencelah bersama posing peace. Bahu Joorin dipeluk. Kebetulan mereka berdua sedondon.

Jungkook mengenakan t-shirt hitam dan seluar hitam. Bucket hat jeans kegemaran pun tidak lupa

Kechakkk!!

Gambar diambil Jimin. Sambil menunggu gambar keluar, Jimin melihat Joorin dan Jungkook yang bergaduh.

"Aku tahu Jungkook sukakan Joorin. Dari mata dia pun aku tahu. Tengok lah, bukannya dia saja nak buli Joorin. Maknanya misi aku dah selesai. Sekarang tinggal rapatkan dorang saja. Aku tahu, Jungkook bukan lelaki yang jahat"

Hati Jimin berkata. Dia tersenyum pahit walaupun hatinya ditembak tembak dengan Kemanisan antara Jungkook dan Joorin.

"Woii bak sini gambar tu. Ada dua eh? Ha kau amik satu, aku amik satu"gambar poloraid ditangan Jimin dirampas Jungkook.

Sebelum dia beri kepada Joorin, dia tiup dahulu. Jelas sekali senyuman dibibir mereka berdua

Macam, orang couple pun ada.

"Jimin, jom selfie"kamera telefon iphone 11 dikeluar. Kamera depan ditekan lalu dia duduk bersebelahan Jimin.

"Cheese"Jimin dan Joorin berkata.

Kechakkk!!

--

THE NERD »jungkookWhere stories live. Discover now