0:04

531 114 30
                                    


tali kasut converse biru diikat kemas oleh chinae , dia terus bangkit dan mengibas sedikit bajunya

❝ kau nak pergi mana ? ❞ tanya jungkook yang duduk terbalik memandang chinae

❝ nak pergi kerja lah , dah jangan kacau aku ❞

lantas chinae terus meninggalkan jungkook lalu berjalan di koridor menuju ke tangga

tolong saya — ❞

langkah chinae terhenti dan menoleh ke belakang , tiada orang , chinae cuba mengabaikannya lalu terus melangkah kembali

❝ BERANI KAU TAK ENDAHKAN AKU❞ ada seekor hantu yang tua muncul secara tiba-tiba di hadapan chinae

❝ arghh ! ❞ chinae jerit terkejut hingga terduduk

tolong saya juga , saya tak aman ❞ muncul lagi hantu perempuan yang tiada satu helai rambut pun ada di kepalanya

tolong saya tolong saya tolong saya tolong saya❞ semakin banyak hantu yang tiada tangan , ada yang hanya kepala dan usus dan berbagai bentuk yang muncul dari setiap pintu bilik

kaku seluruh badan chinae apabila semua hantu ingin mendekati dia

❝ jangan , jangan dekat dengan aku , JUNGKOOK ! ❞

❝ berhenti , jangan sentuh manusia ni sebab dia milik aku — ❞ mata chinae terbuntang luas memandang jungkook yang berdiri betul-betul di hadapannya

kau pentingkan diri jungkook ! bagi kami juga manusia ni ! ❞ jerit salah satu roh hantu

lantas jungkook menutup mata chinae dengan tangannya , buka saja kelopak mata chinae , dia telah berada di luar apartment

dadanya turun naik nafas kerana gerun dan dia berasa pelik

❝ eh ? a-aku dah kat luar
apartment ? ❞

❝ anyoeng chinae , nak pergi mana tu ? ❞ soal ahjushi wook yang sedang menyapu di sekitar apartment tersebut

chinae diam dan masih terpaku memandang ahjushi wook yang sedang menanam sesuatu ditepi apartment

seperti bangkai

❝ chinae ? okay tak ? ❞

lamunan chinae termati lalu menggosok kepalanya

❝ okay okay , saya nak pergi cari kerja sambilan , saya pergi dulu ye ❞

❝ nak ahjushi hantarkan kamu ? ❞

❝ arr gwenchanna ahjushi , saya pergi dulu ❞ chinae menunduk hormat lalu terus pergi meninggalkan di situ

sedang berjalan menuju ke tempat kerja sambilannya itu , tiba-tiba muncul kelibat hantu berpakaian baju tidur

❝ haii chinae , jauh termenung tu kenapa ? ❞ soal ahjushi wook

❝ err takde apa , saya pergi dulu , dah lambat nak pergi kerja ❞

❝ rajinnya kamu , masih belajar tapi dah rajin cari duit , em kalau gitu jom ahjushi hantar kan ❞

❝ arr gwenchanna , saya pergi dulu ❞ dengan sepantas yang boleh , chinae terus pergi meninggalkan kawasan apartment nya

setelah 5 minit berjalan , tiba-tiba jungkook muncul di sebelah chinae

❝ haii chinae ❞

❝ kau nak apa lagi ? dah dah jangan kacau aku ❞

❝ kenapa ?terkejut ke ? ❞

❝ ish , tahu tak aku terkejut sangat dan , pelik — siapa semua hantu tu ? kenapa dorang minta tolong dengan aku ? ❞ soal chinae

❝ chinae , kat depan kau tu ! ❞

❝ apa ? ❞ bbukk*

akibat berjalan tidak memandang ke hadapan , ada seorang lelaki berbadan tegap telah dilanggar oleh chinae

❝ KAU NI BUTA KE ? JALAN TAK RETI PANDANG DEPAN ? ❞

❝ aaaa mianhe ahjushi , maafkan saya , saya tak nampak ❞

❝ kalau kau nak aku lepaskan kau , lawan gusti lengan dengan aku , kalau kau kalah , aku hancurkan tangan kau tapi kalau aku kalah , aku lepaskan kau ❞

• • •

❝ apa ni ? ❞

kejanggalan dan kepelikan dirasai chinae  , ❝ dah kenapa pakcik ni ?

❝ jungkook , apa patut aku buat ni ? ❞

❝ itu masalah kau , bye ❞ terus jungkook hilang lesap

❝ yah ! ❞

❝ oi kau cakap sorang-sorang buat apa , dah jom gaduh ! ❞

kebetulan disebelah nya ialah cafe dan terdapat meja luar , mereka bergaduh gusti lengan di situ

penuh rasa gugup , chinae menggengam tangan nya dan tangan lelaki tegap itu

❝ mula ! ❞

sekali saja tangan chinae dijatuhkan oleh lelaki tegap dan chinae terjatuh dari kerusi

❝ argh ! sakit , yah ! kenapa nak gaduh dengan perempuan ? mana adil ! ❞

❝ siapa kata aku lelaki haa ? kurang ajar kau kata aku lelaki ! tak nampak ke kecantikan wajah aku ni ? ❞

— tit tit titttttttttttt

plot twist : sebenarnya lelaki tu maklong kawasan atau perempuan berbadan tegap sebenarnya

❝ kepelikan — ❞

❝ DAH APA LAGI BANGUN DAN HADAPI AKU ! ❞ lantas makcik itu mengangkat chinae dan dudukkan dia di kerusi

perlawanan gusti lengan diteruskan

❝ AAA JUNGKOOK KAU MEMANG TAK GUNA ! ❞

[ C ] another stranger + jjkWhere stories live. Discover now