AHHHHHHHHHH !
Aku tercungap-cungap mencari nafas. Aku memeriksa diri aku. Aku selamat, aku kat rumah lah ! Fuh, nasib baik..
"Sayang, ok tak?!" Jaemin terus memeluk aku. Aku memandang Jaemin pelik. Apa dah jadi?
"Maaflah, abang leka. Tak patut tinggalkan sayang sorang-sorang." kata Jaemin lembut.
Apa jadi?
"S...sayang pengsan ke?" tanya aku. Jaemin mengangguk perlahan. Aku menghembus nafas lega.
"Maaf, abang janji tak buat lagi." kata Jaemin dgn nada risau. Aku menguntumkan senyuman segaris.
Aku ingat, aku kena culik or Afiq nak buat something. Aku takut giler masa tu sampai tak ingat ape-ape.
"Awak lapar? Nak saya ambil makanan ?" tanya Jaemin. Aku mengangguk kecil. Dgn berbekalkan tongkat, Jaemin berjalan terhinjut-hinjut.
Hati aku sayu melihat dia. Sudahlah aku tipu dia, malah aku lagi menyusahkan dia adalah.
Aku terus bangun lalu memeluk erat pinggangnya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa bersalahnya aku kpd Jaemin.
"Ya sayang, kenapa?" tanya Jaemin lembut. Air mata ku di seka oleh nya. Aku menangis tersedu-sedan.
"Saya....saya mintak maaf. Saya banyak menyusahkan awak. Awak berusaha untuk jaga saya." kata aku. Jaemin tergelak kecil.
"Awak ni kenapa? Drama sangat. Memang saya kena jaga awak pun kan. Habis tu, sape lagi?" kata Jaemin. Aku terus masuk ke dalam dakapan lelaki itu.
"Saya dah angkat akad nikah kita. Jadi , saya kena jaga awak. Tak ada guna kalau awak saje yang buat kerja dan saya duduk tak buat ape-ape. Itu bukan keluarga." kata Jaemin. Aku tersenyum kecil.
"Dah, jom kita makan. Lepas tu kita solat Maghrib sama-sama."kata Jaemin.
➖
Aku termenung seorang diri. Hati ku rasa tidak tenteram. Aku selalu kurang makan dan minum.
Aku...akan keguguran ke?
Tapi Hendery kata bayi membesar dengan sihat. DGJSVXSJXBSH !
"Sayang....." Jaemin duduk di sebelah aku. Deruan angin memasuki ruang bilik ku. Rambut aku cepat-cepat diikat.
Yelah, nampak macam pontianak dah aku nih.
"Jom kita beli barang bayi !" ajak Jaemin. Aku merenung Jaemin tanpa perasaan.
Entahlah, aku tak rasa nak keluar.
"Nanti-nanti jelah. Saya penatlah." jawab aku selamba.Jaemin mengangguk faham. Rasa bersalah lah pulak.
"Em, saya mintak maaf. Tapi, saya penat sangat. Kita pergi lain kali ye." kata aku lembut. Harap, Jaemin faham aku.
"Ok, saya faham. Awak mesti penat kan. Tak pe." Jaemin duduk di sebelah aku sambil memegang tgn ku erat.
Jaemin, kenapa kau baik sangat dgn pompuan sampah macam aku nih? Kenapa?
Aku dah cukup menderita. Rasa perit sangat hidup aku sekarang ni kalau aku asyik simpan rahsia daripada Jaemin.
"Awak, awak suka tak orang yang menipu?" tanya aku. Jaemin memandang aku pelik.
"Em....sape je suka. Menipu kan Allah tak suka. Kita kena jujur dalam segala tindakan kita. Barulah dapat pahala." kata Jaemin. Aku mengangguk perlahan.
"Tapiiiii saya tak kan tipu awak ! Huwarghh ! Saya tak kan tipu isteri saya yang macam kerbau nihh !" jaemin mencubit hidung aku.
Aku menjeling dia tajam. Semua orang dok panggil aku kerbau ni dah kenapa? Gemok sangat ke aku nih? Dsjxbsnbsjxhsh !
"Ouh, nak kata saya gemok lah nih ye ! Dahlah ! Malas nak layan awak ! Pergi tido !" jerit aku. Jaemin memandang aku terkejut.
"Ahh, saya main-main je. Awak mcm kucing. Meow~" Jaemin membuat gaya ala-ala kucing.
Jantung, jangan gugur....๏_๏
"Ehe, ingat saya ckp betul-betul ke? Saya tipu jelah. Lariiiiii ! " Jaemin terus berlari meninggalkan aku yang terpinga-pinga.
Jahat !
➖
Aku menyisip sedikit air teh panas yang di buat oleh Jaemin. Sememangnya, Jaemin pandai memasak.
"Sayang, saya nak pergi beli lauk kejap. Awak duduk rumah ye." kata Jaemin. Aku mengangguk faham.
Setelah Jaemin pergi, aku menghembus nafas lega. Aku rasa stres dan penat. Banyak bende yang aku fikirkan.
Tok,tok,tok
Aku mengeluh lemah. Jantan tak guna tu datang lagi. Apa yang dia nak aku tak tahulah.
"Assalamualaikum." Afiq tersenyum memandang aku. Aku menjeling dia tajam.
"Apa yang kau nak?" kata aku mendatar. Sejujurnya, aku pasrah dgn dia nih.
Malas nak ckp apa-apa.
"Saya datang nak jenguk awak lah. Saya nak tgk isteri saya ni sihat ke tidak." kata Afiq sambil smirk. Aku membuat rolling eyes.
"Hei, aku semak lah. Aku...aku penat ! Boleh tak kau bagi aku hidup aman?" marah aku. Afiq mendekati aku perlahan.
"Jangan sampai saya naik angin. Saya masih tahan sabar sebab awak....mengandung...." jwb Afiq perlahan. Aku meraup kasar wajah ku.
"Ke...kau nak tgk Jaemin sakit lagi? Aku boleh je buat sekarang." kata Afiq sambil smirk. Aku terkedu.
Aku nak Jaemin selamat.
Aku tak nak dia dalam bahaya lagi.
"Awak mesti stres kan? Duduklah. Biar saya letak cawan ni kat dapur." kata Afiq. Aku mengangguk lemah.
Aku tiada jalan lain.
Aku tahu, kalau aku degil...Jaemin akan dalam bahaya.
Aku tak nak tgk dia sakit lagi.
Afiq memeluk aku daripada belakang. Air mata aku gugur satu persatu. Aku tak tahu nak buat apa sekarang.
Ya allah, apa aku buat nih? Berdosa nya aku.
Ya, aku memang wanita murah kan?
"S....sayang?" aku terkedu. Figura lelaki di muka pintu itu di pandang lama oleh aku. Hati aku hancur seribu.
Maafkan saya....Jaemin..saya nak awak selamat...
-Bersambung-
![](https://img.wattpad.com/cover/229784405-288-k100098.jpg)
YOU ARE READING
imam mudaku romantik. jm✔
Любовные романыSIRI ISLAMIC FANFIC ! S2 : The Soul(Marklee) Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah kenapa allah satukan kita berdua hanya kerana fitnah, semua nya huru hara ◻↪Na Jaemin. highest ranking 07072021 - # 1st nctfanfiction 16092021 - # 1st isl...