01

1 0 0
                                    

Ara bangun awal pagi dan bergerak ke arah bilik air untuk mandi dan bersedia untuk ke sekolah lalu berjalan menuruni tangga menuju ke dapur membuatkan sarapan

Setelah siap memasak sarapan, dia naik menuju ke bilik Taehyung untuk mengejutkannya.

Dia mengetuk pintu bilik itu terlebih dahulu lalu pintu itu terbuka dan terpaparlah wajah seorang lelaki kacak dengan kemeja yang telah tersarung di badan tegapnya

"S-saya dah masakkan sarapan kat bawah" kata Ara

Taehyung hanya sekadar berdehem dan turun ke meja makan diikuti Ara yang mengikutinya dari belakang

Sesampainya dia di meja makan dia langsung  mengambil nasi goreng yang telah dihidangkan oleh Ara sebentar tadi dan membuangnya ke tong sampah

"K-kenapa awak buang makanan tu?" Tanya Ara

"Sebab makanan tu memang sepatutnya ada dalam tempat tu" kata Taehyung sambil smirk lalu pergi dari situ

Ara hanya melihat Taehyung keluar dari perkarangan rumah dengan tatapan sendu

-

Setibanya gadis itu di sekolah, dia disambut oleh sekumpulan pelajar yang sering membulinya

"Woi kau nampak ke atau kau buat ha?!!" Kata salah satu dari mereka

"A-ani" balas Ara

"Macam biasa, aku nak duit"

"Saya tak bawak duit h-harini" kata Ara

"Jangan nak tipulah, kau tu anak orang kaya atau lebih tepatnya anak dari CEO Choi Foundation" kata mereka

"Betul, saya tak bawak duit harini"

Min Jun mengarahkan rakan-rakannya untuk membawa Ara ke sebuah stor

Mereka mengambil beg Ara lalu mengambil bekal yang dibawa oleh Ara dari rumah tadi dan juga sedikit duit yang terdapat di celah-celah beg

"Ni bukan duit ke?" Tanya Min Jun dengan tangan yang menarik kuat rambut Ara

"Lepaskan Ara!!" Jerit seorang lelaki

"Kau jangan nak masuk campur Jungkook" kata Min Jun

"Lepaskan dia atau kau nak aku laporkan korang kat cikgu disiplin" ancam Jungkook

Mendengar ancaman dari Jungkook, Min Jun dan yang lain pergi dari situ meninggalkan gadis itu bersama Jungkook

"Awak ok tak?" Tanya Jungkook dan Ara hanya sekadar mengangguk lalu mengambil begnya dan berlalu pergi dari situ

-

Ara pulang ke rumah dengan nafas yang terengah-engah kerana masa berjalan dari sekolahnya ke rumah mengambil masa selama 1 jam berbeza jauh dengan rumahnya yang dulu.

Sesampainya di rumah, dia malah melihat seorang perempuan yang sedang duduk santai bersama Taehyung di sofa ruang tamu.

Dia hanya mengendahkannya dan hanya berjalan melalui mereka.

"Chagiya, tu ke Ara?" Tanya Mirae pada Taehyung dengan kepalanya yang disandarkan pada dada bidang lelaki itu.

"Nee" jawab Taehyung singkat

"Nampak macam kurang ajar je budaknya" kata Mirae

"Heh, cubalah nak kurang ajar dengan aku kalau nak kena tangan ni naik" kata Taehyung dengan senyuman sinis di bibirnya

-

Ara sedang menulis catatan hariannya di diari kesayangannya yang berwarna biru yang merupakan warna kegemarannya.

Bermula dari Taehyung yang membuang nasi goreng buatannya ke tong sampah hingga perjumpaan antaranya dan Lee Mirae.

Setelah selesai menulis, dia pergi ke arah katil dan memejamkan mata

-

Seperti pagi semalam, Ara bangun dari tidurnya lalu bergegas menuju ke dapur selepas selesai mandi.

Tak lama selepas itu, dia melihat Taehyung dan Mirae turun dari tangga layaknya suami isteri.

Mereka berdua menatap Ara sinis sedangkan gadis itu hanya menayangkan senyuman manisnya pada mereka.

Taehyung berjalan meninggalkan dua gadis itu disana.

"Saya dah buatkan sarapan kat meja" kata Ara lalu ingin beranjak pergi

Tapi langkahnya terhenti apabila Mirae menarik rambutnya secara tiba-tiba membuatkannya meringis kesakitan

"Kau ingat eh, aku akan buat kau menderita sebab kau dah rosakkan semuanya" kata Mirae dengan amarahnya

"Saya buat salah apa?" Tanya Ara dengan dahi yang berkerut menahan kesakitan

"Kau boleh tanya kau buat apa?!!..sebab kau plan aku nak kawin dengan Taehyung gagal" kata Mirae

"M-mianhae" kata Ara dengan air mata yang tak henti-henti mengalir dari pelupuk matanya

"Mirae cepat sikit!" Jerit Taehyung dari luar rumah

"Aku takkan biarkan kau bahagia" kata Mirae apabila mendengar jeritan Taehyung lalu meninggalkan gadis itu seorangan

Ara hanya menatap bahagian belakang Mirae yang berjalan pergi ke arah pintu.

BERSAMBUNG

Hai readers, Aera nak bagitau yang mungkin cerita ni akan lambat diupdate sebab Aera banyak homework and hal yang perlu Aera uruskan...harap korang faham ye

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SU] REGRET || KTHWhere stories live. Discover now