35 tahun dahulu...
Shring!
Shring!
Shring!
Dua bilah pedang saling berlaga antara satu sama lain. Seorang pemuda beranak mata coklat mendengus geram. Dia melibas pedang miliknya ke arah seorang lelaki bermata hitam pekat berkali-kali.
Namun, lelaki itu pantas menghadang setiap serangan pemuda itu. Lelaki itu tersenyum sinis melihatkan pemuda bermata coklat itu tercungap-cungap.
Pedang diangkat tinggi lalu dihala ke arah pemuda itu. Muncul beberapa batu besar laju meluru ke arah pemuda itu. Pemuda itu tergamam. Dia menetak pedangnya ke tanah lalu muncul sebuah pelindung tanah. Disebabkan saiz batu yang agak besar, pelindung milik pemuda itu mula retak.
"Tch" Pemuda itu kemudian menukarkan pedangnya kepada sebuah busur. Dihalakan busurnya itu ke arah batu-batu itu. Berkali-kali dia memanah setiap batu-batu itu sehingga menjadi serpihan kecil.
Lelaki tadi yang melihat keadaan itu mendengus geram. Dia menurunkan semula pedangnya lalu dihentak pedangnya ke tanah. Tanah mula bergegar lalu muncul beberapa ekor ular bayang.
Pemuda itu memandang tajam ke arah haiwan tersebut. Ular bayang yang hendak menyerangnya, segera dia tolak menggunakan pedangnya. Dengan kuasa anginnya, ular-ular itu diterbangkan ke langit dengan mudah dan menjunam jatuh ke tanah pada kadar yang laju sehingga badan ular-ular tu hancur berkecai.
Tanpa disedari oleh lelaki itu, pemuda bermata coklat itu menghilangkan diri lalu pantas muncul di belakang lelaki itu. Satu libasan terkena pada belakang lelaki itu.
SHRIK!
"Arrrghhhhhhh!!" Lelaki itu terduduk lemah. Bibir diketap, menahan kesakitan yang dialami. Mata hitamnya menikam tajam anak mata milik pemuda itu.
Dadanya mula berombak laju."Nampaknya, kau belum mahir lagi, Weld..." ujar pemuda itu. Dia meletakkan semula pedangnya di sisi pinggangnya. Dia menghela nafas pendek seraya menoleh ke arah lelaki yang bernama Weld itu.
Weld berdecit kasar. "Kau memang tak pernah berlembut dengan aku kan, Amato?"
Pemuda bernama Amato itu hanya sekadar mengangguk bahu. "Kau ingat musuh kita tu akan berlembut ke?"
Weld tertawa kecil. "Mestilah tak.."
Amato kemudian memapah Weld menuju ke bilik rawatan. Mujur sahaja luka yang dialami Weld tidak sebegitu dalam. Hanya perlu berehat secukupnya.
"Hish, korang berlatih lagi? Kan aku dah cakap, korang berdua kena rehat.." Seorang jejaka bermata kelabu sedang bercekak pinggang apabila melihat wajah Amato dan Weld terjengul di bilik rawatan itu.
Amato dan Weld hanya sekadar menganggap bebelan jejaka itu sebagai angin yang lalu bertiup. Amato meletakkan Weld di sebuah katil pesakit. Setelah itu, Amato duduk di sebuah kerusi bersebelahan dengan tingkap bilik itu.
Manakala, jejaka tadi terus mengambil beberapa daun, air dan tuala kecil apabila perasan dia tidak dilayan oleh kedua sahabatnya itu.
Selesai mengubati Weld, jejaka itu duduk di samping Amato. Jejaka itu meregangkan tangannya. "Amato, Weld.. Lepas ni, kalau aku dah takde kat sini, jaga diri korang baik-baik ye.."
Amato dan Weld berpandangan antara satu sama lain sebelum menatap pelik ke arah jejaka itu. "Kau dah kenapa? Buang tebiat ke?" soal Amato, pelik dengan sikap sahabatnya yang satu itu.
Jejaka itu mengeluh. "Aku kan dah tua, jadi, kematian itu sangat dekat.." ujarnya dengan nada sedih. Dia sedar yang umurnya sudah mencecah 90 tahun namun, tubuh badannya masih kelihatan sihat dan wajahnya tiada tanda-tanda seperti orang yang sudah berumur.
Amato menjeling ke arah jejaka itu. "Mechabot, kau tu boleh hidup lama lagi.. Kitorang berdua ni? Tak tahu lagi.." balasnya geram. Dia dan Weld baru sahaja menginjak ke 20-an. Masing-masing sudah pun mempunyai isteri.
Jejaka bernama Mechabot itu tersengih. "Tapi, korang untunglah ada isteri.. Aku ni, dah tua pun belum kahwin.. Haih, apalah nasib aku.."
Weld mengerutkan dahinya. "Kalau tak silap aku, kau kan ramai peminat.. Tapi satu pun kau tak minat ke?"
Mechabot menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Memang aku ada ramai peminat, tapi takde pun perempuan yang aku minat dan menepati cita rasa aku.."
Amato menghela nafas pendek. "Dahlah, daripada cakap benda ni, lebih baik kita periksa kawasan ni.. Aku risau kalau-kalau puak albino tu datang lagi.." Mechabot dan Weld mengangguk akur.
Setelah itu, mereka bertiga beredar dari bilik latihan itu. Tanpa mereka sedar, dua orang sedang memerhati mereka dalam diam sambil tersenyum sinis.
Ya, kembali lagi kita dalam series The Warriors untuk siri kedua! (≧▽≦) Ada yang tengah menantikan siri kedua ni? OwO
Tapi Author tak janji boleh update selalu sebab Author memang sibuk TwT
Dan kemungkinan bab seterusnya pasti akan ditunggu lama oleh korang😹
Satu lagi, sebarang perubahan plot akan Author beritahu.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE 7 WARRIORS 2
Fanfiction| SILA BACA T7W SIRI PERTAMA DAHULU | 🛡️ [ 🅾🅽 🅷︎🅾︎🅻︎🅳︎ ] 🛡️ "K-kita kat mana ni?" Pada penamat cerita siri pertama, para putera tiba di suatu tempat yang asing bagi mereka. Dan mulalah pengembaraan mereka di dunia itu sekali gus mencari rahs...