Izaan POV
Aku memandangnya yang berdiri dihadapanku.. Mata kami saling berhubung..
Izaan : " Abang betul ke nak pergi?"
Aku menggenggam erat tangannya..Arash : " Ye sayang.. Kenapa ni? Abang pergi sekejap je.. Seminggu je sayang.. Lepas tu abang balik sini balik.."
Ya Arash akan pergi ke Kemboja sebagai sukarelawan membantu pergolakan di negara itu..
Sungguh hati aku berat nak lepaskan dia pergi..
Kenapa hati ini seakan gusar sekali? Dia pergi untuk kerja amal.. Sepatutnya aku sokong...
Izaan :" Janji ye abang akan balik kesini.. Jangan lupakan iz.."
Arash : "Abang janji sayang.. Abang janji takkan lupakan iz.."
Aku memeluk tubuhnya erat.. Pedulilah apa orang akan kata... Sungguh aku risaukan buah hati aku ni..
Izaan : " Dah tiba masa nak boarding.."
Arash : "Aah la, tak perasan lak.. Leka dengan sayang ni.. Jaga diri sepanjang abang takde..jangan nakal ey. Ingat cinta kita.."
Izaan : " apa lah abang ni.. Iz setia tau orangnya. Tengok dalam 4 tahun kita lalui pernah ke iz buat hal.. Takde kan.. Trust me sayang.. "
Arash :" iz, sebelum abang pergi abang nak tanya 1 soalan.."
Izaan :" apa dia? "
Arash :" Kalau ditakdirkan abang tak kembali iz tunggu abang tak? "
Izaan :" iz akan tunggu biarpun memerlukan sepanjang hayat iz.. "
Arash :" I love you sayang.. "
Izaan : " i love you more.. "
Aku melepaskan tangannya perlahan.. Hati aku makin berat melepaskan dia pergi...
Abang, semoga perjalanan abang dalam lindunganNya...
Dia melambaikan tangannya sebelum hilang masuk ke gate berlepas..
..............................................................................
Sejak dari hari tu lagi hati aku tak tenang.. Adakah rindu ini keterlaluan sehingga menyebabkan aku sebegini resah... Ya aku betul2 rindukan dia.. Baru 2 hari tak bersua muka.. Nak dicall takde sambungan.. Takde coverage mungkin..
Aku mencapai bingkai gambar kami di meja katil.. Perlahan wajahnya ku usap..
Izaan : " Abang, iz rindukan abang..terlalu rindu.."
Entah kenapa hati aku begitu resah kali ni.. Bagai ada yang tak kena..
Izaan : "Ya Allah kenapa aku resah ni... Tenangkanlah hati ini ya Allah.."
Aku meletakkan kembali bingkai gambar tersebut di meja katil.. Entah mana silapnya bingkai gambar itu terjatuh ke lantai.. Berderai kaca bingkai.
Aku tunduk mengutip kaca.. Entah dimana silap nya tangan ku terkena serpihan kaca tersebut..
Izaan :" Auchhhh... Luka la pulak.. Hati kenapa ni?"
Ya Allah kenapa hati aku resah sekali...
Bunyi deringan telefon menyentakkan aku.. Terus aku bergegas mendapatkan telefon bimbit ku..
Tertera nama Nizam disitu.. Terus icon hijau aku gesel..Izaan : "Hello, zam kenapa...?" belum pum sempat aku menghabiskan kata nizam terus mencelah...
Nizam : "Hello Iz, bukak tv sekarang.."
Izaan : "Dah kenapa kena buka tv ni?"
Nizam : " bukak iz.. Kau kena tengok.."
Izaan : "yela2.. Kau ni.. Aku bukak sekarang..."
Terus tangan mencapai remote... Buletin utama sedang bersiaran..apa benda yang best sangat buletin utama ni nizam oi..
Aku masih menonton buletin utama tu bersiaran.. Baru aku nak sembur nizam satu berita menyentakkan aku.. Terus volume aku tingkatkan.."Berita luar negara.. Satu letupan terjadi di Battambang, Kemboja telah meragut 20 individu.. Letupan dipercayai angkara puak pemgganas di daerah itu.. Mangsa terdiri dari 10 orang sukarelawan negara kita.. Manakala 2 orang lagi sukarelawan masih belum ditemui.. Mangsa letupan dianggarkan 30 orang.. Menurut saksi warga penduduk menyatakan letupan terjadi di sebuah bangunan yang merupakan tempat tinggal para sukarelawan negara kita..
Berikut nama sukarelawan yang terkorban dan belum dijumpai :1. Muhd izzudin bin Tahir (28)
2.Izmir Alamsyah bin Arif (26)
3.Muna Shahirah binti Ismail (26)
4.Aisyah Humaira Binti Kasim (29)
5.Ahmad Fateh Bin Hashim (29)
6.Auni Aulia binti Din (26)
7.Danish Wong (27)
8.Irene Miranda (26)
9. Jonathan A/l Arumugam (30)
10. Mohd Tazkir Bin zikri (30)Dua individu belum dijumpai :
1. Arash Dheo Darwin Bin Zach Zachary( 28)
2. Aufa Assauqie bin Aslam (27)Nizam : " Hello... Iz.. Iz... Iz.. Helllo.."
Terlepas telefon dari genggaman ku.. Tanganku bergetar.. Airmataku sudah merembes keluar..
Bibirku bergetar menahan tangis.. Perlahan aku melorot ke lantai.. Tangis yang ku tahan akhirnya pecah..
Teresak esak aku menangis di ruang tamu..
Izaan : " Bukan ini takdirku.. Allah selamatkan dia... Aku sangat menyayanginya..."
Nizam : "Hello iz.. Iz... Aku kesana..."
Terdengar suara nizam dari corong telefon...
Abang... Tolong jangan tinggalkan iz... Iz terlampau cintakan abang..iz tak mampu hidup tanpa abang...
Tolong jangan hentikan takdir ini..
Tolong jangan katakan ini pengakhirnya...
Tolong jangan hilangkan kekasihku...
Aku tak mampu tanpanya...
Tolong,, bukan ini takdir ku...
Untuk sekali lagi,
Tolong jangan hilangkan kekasihku...
Perlahan badan ku menyembam lantai.. Terus gelap pandanganku.. Demi menerima khabar ini...
Bersambung...
Notes : "maafkan author guys.. Author plan citer ni tak panjang.. So enjoy ye.. Cuma author minta jangan bandingkan dengan yang seoson 1 k.. Author cuba untuk tambah perisa dalam cerita author.. Hehhe.. Tentang berita tu author karang sesuka hati author je.. Maaf kalau merapu..hahahha...syg korang..
![](https://img.wattpad.com/cover/224667682-288-k144542.jpg)
YOU ARE READING
Untuk Sekali Lagi ( Special Edition)
RomanceKesinambungan cinta Izaan buat Arash... 4 Tahun berlalu makin mekar cinta dihati dua insan.. Kasih disemai mekar mengharum.. Sayang ditatang seutuhnya... Namun, takdir sekali lagi menyentak sekaligus merebut kebahagian itu... Izaan : " kerana kasih...